BAB 33

2.7K 107 4
                                    


     TENGKU Arash sedang duduk bersantai di rumah Fakrul sambil bermain game bersama Fakrul. Santai sahaja gayanya berbaring di atas sofa sementara Fakrul duduk bersila di atas lantai. Dia lagi selesa begitu.

"Kau masih contact tunang kau tu ke?" Tanya Fakrul. "Siapa? Sofea?" Dia memberi soalan bonus.

"Ye lah Intan. Kau ni ada berapa banyak tunang sebenarnya Rash?" Saja nak mengusik.

"Dia sorang je kau ni. Aku dengan dia still contact each other lagi. . Tapi tak selalu. Dia kan sibuk dengan assignment dia." Jawab Tengku Arash.

Harini dia cuti sebab itu lah dia tidur di rumah Fakrul. Fakrul berasal dari Kedah tapi disebabkan dia kerja di KL dia menyewa sebuah rumah sewa yang selesa buatnya. Tengku Arash selalu juga tidur di rumah sewa milik Fakrul.

"Tu lah pilih yang masih belajar juga kau ya. HAHAHA." Fakrul mentertawakan. "Jadi lagi 2 tahun kan kau kahwin? Lama lagi tu Rash. Bukan kau nak kahwin umur 30 ke." Tanya Fakrul lagi. Matanya fokus sahaja pada game yang mereka sedang main tersebut. Sekali-sekala terdengat dia memaki bila kalah dengan Tengku Arash.

"Nak buat macam mana. Sudah dia nak lepas dia graduate. Itupun kalau jodoh panjang." Tengku Arash membalas. Sesekali dia memandang ke arah telefonnya. Dia menunggu panggilan dari gadis itu. Intan Sofea berjanji akan menghubunginya semula setelah dia menyiapkan kerjanya.

Tidak lama kemudian dia tersenyum gembira bila nampak nama Intan Sofea di skrin telefonnya. "Wei aku masuk bilik jap." Beritahu Tengku Arash. Dia memberhentikan game tersebut. Lantas Fakrul tidak berpuas hati. "Napa wei? Aku dah nak menang ni."

"Tunang aku call. Kejap je. Nanti sambung lah balik." Tengku Arash memberitahu dan kemudian masuk ke dalam bilik. "Hmm ye lah. Pergi lah korang bergayut sana. Tapi jangan lupa sambung main." Pesan Fakrul. Tengku Arash sekadar mengangguk lalu masuk ke bilik.

"Kenapa lambat sangat nak call?" Tanya Tengku Arash. Lama dia menunggu gadis itu menghubunginya. "Tadi dalam kelas lah." Jawab Intan Sofea.

Memang kekok rasanya bila menghubungi lelaki yang bergelar tunangnya itu kerana Intan Sofea tak menganggap lelaki itu lebih dari seorang saudara. Dia masih tidak boleh menerima Tengku Arash sebagai tunangnya.

"Jadi kenapa suruh call? Nak keluar kejap lagi ni." Tanya Intan Sofea. Dia sedang bersiap untuk keluar bersama Isyam. Alongnya meminta tolong dengannya untuk memberi idea hadiah untuk isterinya kerana tidak lama lagi hari lahir Diana.

"Keluar? Dengan siapa?" Tanya Tengku Arash. Suaranya tiba-tiba kedengaran serius. "Did i need to tell you? No right? Is none of your business lah." Ujar Intan Sofea dengan selamba. Tidak kisah langsung dengan apa yang bakal dibalas oleh Tengku Arash.

"Of course is my business Intan. Kau tunang aku. Aku berhak tahu dengan siapa kau keluar. Aku tak kan benarkan kau keluar rumah. Lebih-lebih lagi dengan lelaki." Tegas dia bercakap.

"Awak tak berhak. Jangan lupa yang saya boleh putuskan tunang ni sekarang juga. Stop controling my life. Jangan disebabkan hal ini saya betul-betul putuskan tunang Arash." Intan Sofea membalas balik.

"Buatlah kalau berani. Aku cabar kau." Tengku Arash mencabar. "Ok then. I'll talk to my parents about this. Jangan menyesal.
By the way Arash saya keluar dengan along. Jangan disebabkan awak cemburu buta awak tak kan kahwin." Dan kemudian selepas itu dia menamatkan panggilan tersebut. Intan Sofea memang tidak suka akan orang yang sering mengongkong hidupnya. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut bukan lah rapat dengan dia.

Tengku Arash terkebil-kebil memandang skrin telefonnya. Gadis itu benar-benar meletakkan telefonnya.

"Hnm kita tengok dia berani buat ke tidak. I bet she can't do this. Mesti dia tak nak keluarga dia kecewa." Dia bercakap seorang diri.

ISYAM dan Intan Sofea tak jadi keluar bersama kerana mood gadis itu berubah bila dicabar oleh Tengku Arash. "Maaflah along sebab tiba-tiba tak jadi nak keluar harini." Intan Sofea meminta maaf.

"Tak pa along faham. Lagipun adik kan pening. Jangan lupa makan ubat tau. Lepastu tidur. Along pergi sorang je." Ujar Isyam.

"Maaf sekali lagi along. Adik masuk tidur dulu." Pamitnya lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Isyam sekadar memandang pemergian adiknya.

'Mesti ada benda yang dia sorokkan. Kalau tidak kenapa mood dia tiba-tiba berubah. Mesti ada kaitan dengan Arash.' Dia berkata dalam hati. Dia perasan mood adiknya itu berubah selepas adiknya menghubungi Tengku Arash.

Ketika makan malam bersama gadis itu menyepi. Tidak seperti malam sebelumnya. Intan Sofea memang tak pandai senyap dia makan bersama ahli keluarganya. Ada sahaja benda yang dia nak cakap. Tapi malam ini tidak. Gadis itu memilik sekadar senyap dan mendengar perbualan yang lain.

"Adik? Adik ada masalah ke?" Tanya Tengku Irham dengan prihatin. Dia memandang anak daranya yang senyap sejak tadi. "Tak da." Balas Intan Sofea perlahan.

"Kalau ada masalah bagitau abah atau ibu. Along dengan angah pun boleh tolong juga. Kalau tak selesa cakap dengan ibu atau kaklong je ya sayang." Intan Sofea sekadar mengangguk dan kembali makan semula.

"Kenapa anak ibu ni? Monyok je. Bergaduh dengan Arash ya." Tanya Puan Suhaila. Ketika itu dia dengan suaminya sedang menonton berita bersama tiba-tiba anak gadisnya muncul.

"Arash cari gaduh ya?" Tanya Puan Suhaila bila Intan Sofea kekal senyap. Puan Suhaila  menghela nafas sebelum kembali semula menonton tv.

"Ibu.. abah... umm.. adik nak putuskan pertunangan ni." Intan Sofea berkata setelah lama menyepi. Puan Suhaila  dan Tengku Irham lantas memandang satu sama lain.

"Kenapa tiba-tiba? Baru 2 bulan kan korang bertunang. Sebab apa nak putuskan?" Tanya Tengku Irham.

Memanglah Intan Sofea jarang menghubungi atau bertanya khabar Tengku Arash namun tak kan lah sebab ini anak gadisnya itu nak memutuskan tali pertunangan ini. Malah setahunya Tengku Arash tak melayan perempuan lain kecuali atas dasar kerjanya.

"Kitorang tak bersefahaman. Lagipun Arash tu dia asyik cari gaduh. Adik tak suka. Dia tak pernah nak hormat keputusan adik. Setiap hari dia asyik mendesak adik untuk call dia. Also dia jenis cemburu buta. Even adik nak keluar dengan along pun tak dapat. Sebab tu lah adik nak putuskan." Intan Sofea menerangkan sebelum dia menanggalkan cincin pertunangan itu.

"Cakap dekat mama dengan papa dia adik minta maaf. Adik tak boleh teruskan semua ni. Ni cincin bagi semula dekat dorang. Adik masuk tidur dulu. Assalammualaikum." Ujarnya lalu cincin itu diletak di hadapan ibu dan abahnya. Kemudian dia berlalu pergi.

"Macam mana ni bang?" Tanya Puan Suhaila kepada suaminya. "Kita tak boleh desak dia Sayang. Mungkin ini yang terbaik. Adik tu masih muda tapi fikiran dia matang. Tak kan Sayang nak tengok anak kita tu dekat kawal oleh suaminya kan? Lagipun mungkin bukan jodoh mereka. Esok lah saya bagitau dorang." Jawab Tengku Irham.

Dia sedar selama ini anaknya tidak bahagia dengan pertunangan ini. Intan Sofea menerima lelaki itu kerana dipujuk dan didesak. Jika tidak dia tak menerima lelaki itu.

*****

Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now