BERITA tentang kehamilan pertama Intan Sofea ini dibiarkan sahaja rahsia. Hanya diketahui oleh keluarga sahaja. Intan Sofea sendiri yang tidak mahu expose kehamilannya ini di mana-mana laman sosial.
Tengku Arash hormat akan keputusan isterinya itu. Biarlah mereka sahaja yang tahu terlebih dahulu. Jika sudah bersedia barulah Intan Sofea akan post di laman sosial mereka. Kita tidak tahu hati orang lain. Takut ada yang dengki dengannya dan membuat sesuatu ke atas kandungannya.
Kawan-kawan pun belum tahu lagi. Nanti Intan Sofea bagitahu kerana masing-masing masih sibuk. Dia pun masih bekerja lagi. Walaupun puas Tengku Arash melarang tapi dia tetap berkeras nak kerja juga.
"Ya hubby tahu Sayang bosan dekat rumah. Tapi Sayang tu kan tengah mengandung. Awal trimester pula tu. Doktor kata kan jangan bagi tekanan dekat diri tu." Pesan Tengku Arash. Sebenarnya cuba memujuk Intan Sofea untuk berhenti kerja.
"Bukannya berat pun kerja saya. Hubby boleh lah." Rayunya. "No, nanti jadi apa-apa dekat Sayang and our baby macam mana? What if masa tu hubby fly? Who going to look after you?" Dia sudah mula tegas untuk kesihatan dan keselamatan isteri serta anak dalam kandungan isterinya itu.
"Sayang tahu lah jaga diri nanti. Boleh lah hubby." Dia merayu lagi. "Hmmm baiklah. Tapi 2 minggu je hubby bagi Sayang kerja ya. Lepastu berhenti. Sama ada papa sendiri yang pecat or Sayang sendiri yang hantar notis berhenti kerja." Katanya. Lambat-lambat Intan Sofea mengangguk.
"Hubby buat semua ni untuk Sayang dengan anak kita juga. Nanti kalau dah beranak, Sayang nak kerja hubby tak larang tapi sekarang ni lebih baik Sayang duduk rumah sahaja ya." Ujarnya lalu mengusap kepala isterinya itu.
Intan Sofea tunduk sahaja sambil memeluk pinggang suaminya itu. Dibenamkan mukanya ke dada suaminya. Dengan Tengku Arash yang tengah berdiri manakala dia yang tengah duduk di sofa itu memang senang lah dia mahu memeluk suaminya itu.
"Hah ni kenapa tiba-tiba nak manja-manja ni?" Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu. Intan Sofea merengek kecil lalu mengetatkan lagi pelukan tersebut. "Hubby wangi." Tiba-tiba pula dia memuji bau badan suaminya itu.
"Dengan badan berpeluh ni pun Sayang kata wangi? Hubby baru balik dari jogging kot." Dia hairan sendiri. Tapi kemudian dia teringat pesan Tengku Farida tempoh hari, hormon wanita ini tika mengandung tidak menentu jadi layankan sahaja lah apa yang si isteri mahu. Bagi sahaja apa yang dia mahu makanan walaupun dia mengidam benda yang pelik-pelik. Ikutkan sahaja lah permintaan dia.
"Mana ada hubby bau. Wangi apa." Balasnya lalu dia tersengih. "Dah tepi. Hubby naik mandi ni. Nak pergi klinik kan." Terus dia tolak badan isterinya itu. Jika dia tidak tolak nanti sampai bila dia mahu mandi pula. Tak kan lah dia ke klinik dengan badannya yang berpeluh dan berbau itu. Nanti ada juga yang pengsan jika dekat dengannya.
Bila Intan Sofea sudah lepaskan dia, segera dia meluru naik ke atas kerana dari tadi dia tengah tahan kencing sebenarnya. Kang lama-lama dia tahan ada juga yang terkencing nanti.
Intan Sofea pula ke dapur sebab dia nak makan buah epal yang suaminya tolong kupaskan sebelum Tengku Arash keluar berjogging tadi. Dia simpan dalam peti ais lama sebelum dikeluarkan buah yang sudah dipotong itu.
DIA dan suaminya sama-sama menunggu di luar bilik doktor. Menunggu namanya dipanggil. "Hubby rasa harini kita boleh tahu ke jantina anak kita ni?" Dia bertanya pada Tengku Arash yang sejak tadi cuma bermain dengan telefon sahaja.
"Hmm... entahlah Sayang. Hubby bukannya pakar pun dalam hal tu. Kita tengok lah nanti. Kenapa?" Balas Tengku Arash. "Tak de lah. Saya tanya je. Hubby rasa anak kita ni apa?" Dia bertanya. Teruja sekali mahu tahu. "Hubby nak first anak kita lelaki. Tapi kalau dapat girl pun hubby je. Anak hubby juga kan. Anak kita juga. Tak kan nak dibuang pula kan." Intan Sofea sekadar mengangguk sahaja.
"I wish to be a father before 31. But sebab kita kahwin masa hubby umur 32 tahun, hubby dah tak kisah sangat pasal anak. Tapi bila dah dapat tahu Sayang mengandung ni, tipu lah kalau hubby kata hubby tak gembira. Hubby gembira tau. Sekurang-kurangnya ada juga yang berbin or berbintikan nama hubby." Katanya.
Dia target mahu kahwin masa umurnya 30 tahun tapi kerana ketika itu Intan Sofea masih belajar, dia lupakan sahaja targetnya itu. Walaupun boleh dikatakan agak lambat juga untuk dia berkahwin, tapi dia bersyukur lah kini sudah berkeluarga sendiri.
"I already old Sayang. Rasa macam pelik lah umur macam ni baru jadi bapa budak. Kawan-kawan hubby yang lain mostly dah jadi bapa pun. Banyak yang kahwin before 30 tahun. Hubby ni boleh dikatakan antara yang paling lambat lah kahwin dalam geng hubby tu." Dia memberitahu. Intan Sofea dengar sahaja cerita suaminya itu.
"Tapi lambat pun hubby kahwin ada sebab. No one ever know that selama ni my own jodoh dekat je dengan hubby. Hubby ni je yang buta selama ni. Selama ni hubby jaga jodoh orang lain sedangkan jodoh hubby di depan mata hubby tau." Tambahnya lagi. Dia terus teringat akan perangainya yang dahulu itu. Suka membuli Intan Sofea dan sampai ke satu tahap tangannya naik ke pipi gadis itu.
Bila Intan Sofea pergi. Bila gadis itu berhenti kerja, dia terasa sunyi. Dan disitu lah dia baru sedar yang selama ini ada sebab kenapa dia suka membuli gadis itu. Dia menyesal ketika itu kerana telah menyebabkan gadis itu pergi. Dan dia juga menyalahkan diri sendiri kerana gadis itu pergi berpunca darinya.
Tiap hari dia berdoa agar dia dipertemukan semula dengan Intan Sofea. Dan Alhamdulillah, doanya termakbul. 4 tahun setelah gadis itu menghilang, gadis itu muncul semula. Muncul sebagai orang baru. Intan Sofea yang dahulu telah banyak berubah dalam tempoh 4 tahun itu.
Dan bila dia telah bertemu semula dengan Intan Sofea, dia cepat-cepat mahu mengikat gadis itu sebagai tunang serta isterinya. 2 tahun tempoh pertunangan mereka. Dalam tempoh itu lah mereka diuji dengan pelbagai dugaan sampai ke satu tahap mereka hampir putus tunang. Basically dah putus tapi mereka sambung semula.
2 tahun itu lah Tengku Arash belajar untuk mengubah dirinya. Dia telah belajar banyak benda. Dan berkat doanya selama ini, Intan Sofea terjaga. Walaupun jarak memisahkan mereka, Tengku Arash bersyukur kerana impiannya untuk memperisterikan Intan Sofea termakbul.
Dan kini dia berada di klinik bersama wanita yang bergelar isterinya, sedang menunggu untuk nama isterinya dipanggil. Hari ini, dia bakal bertemu dan mengetahui tahap kesihatan anaknya dalam kandungan isterinya itu. Sungguh cantik perancangan-NYA.
Tangan Intan Sofea yang dia asyik pegang dari tadi dibawa ke bibirnya. Tangan lembut itu dikucup olehnya. Tindakan Tengku Arash itu menyebabkan pipi Intan Sofea berubah mereka.
Terus dia menampar perlahan lengan suaminya itu. "Apa ni hubby. Malu lah orang nampak." Mujurlah kakak yang duduk 3 kerusi darinya itu tidak nampak kerana tengah sibuk memarahi anaknya."Mana ada orang nampak lah Sayang." Balas Tengku Arash dengan selamba.
******
Jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...