BAB 36

2.7K 92 0
                                    

SIAPA sangka kini sudah masuk bulan ramadan dan sudah 1 tahun lebih Intan Sofea dan Tengku Arash bertunang. Mereka masih lagi macam dulu sudah bergaduh tapi semuanya dimulai oleh Intan Sofea.

'Betullah orang cakap perempuan ni suka cari gaduh.' Itu yang Tengku Arash cakap ketika Intan Sofea tiba-tiba mencari pasal dengannya tanpa sebab.

"Kau orang balik Malaysia tak raya ni?" Tanya Tengku Arash ketika menghubungi gadis itu. "Tak. Kami raya di sini sebab saya tak dapat cuti lama. 3 hari je cuti raya kena bagi." Intan Sofea menjawab.

Gadis itu sedang duduk bersantai di beranda biliknya sambil mengupas buah epal. Dia tak puasa hari tersebut jadi dia bolehlah makan sesuka hati. Namun dia menghormati keluarganya yang berpuasa jadi dia cuma makan di dalam bilik.

Alice juga menghormati Intan Sofea dan Salehah. Dia tidak menunjukkan yang dia makan di hadapan mereka berdua. Malah dia turut sama berpuasa dengan mereka berdua.

"Alahhh. Baru nak bergambar sama-sama tahun ni." Rajuknya. "Jangan nak mengada ya Rash. Ingat 3 hari tu cukup ke kalau saya balik Malaysia? Sorrylah tahun depan je lah." Ujarnya.

"Tak nak. Nak juga tahun ni. Kalau begitu aku je lah pergi sana." Cadang Tengku Arash. "Tak perlu lah Rash. Mesti awak kerja kan? Nanti-nanti je lah bergambar semua tu." Katanya lagi lalu menggigit epal itu.

"Tak puasa ke?" Soal Tengku Arash bila terdengar gadis itu mengunyah makanan. "Ha'ah tak. Kenapa?" Soal Intan Sofea semula.

"Dengarlah kau mengunyah." Ujarnya. "Heheheh ok lah sorry Rash." Katanya. "Nanti jangan lupa ganti puasa." Pesannya. Memang tiap hari Tengku Arash banyak berpesan. Setiap hari pasti dia akan ingatkan gadis itu agar tidak lupa solat dan sebagainya.

"Korang dah buka puasa ke?" Tanya Intan Sofea. "Sekarang dah jam 10.30 malam pun kat Malaysia Sofea. Kat sana baru pukul 3.30 kan?" Tekanya.

"Ha'ah. Oh dah lewat. Habis kenapa awak tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?" Tanya dia prihatin. "Kejap lagi nak kena gerak ni. Aku pergi Jepun. Nak kirim tak?" Intan Sofea menjawab.

"Tak perlu. Susah lagi nak hantar pergi sini."

"Alah mana susah. Aku beli je terus suruh pekerja dia hantar terus pergi rumah kau." Katanya. "Tak payah lah buat susah je lah Rash." Intan Sofea tak memanggilnya abang kerana dia tak biasa lagi serta dia tak nak memanggil lelaki itu abang atau panggilan manja yang lain. Cukuplah sekadar menganggap lelaki itu sebagai kawan terlebih dahulu sebelum mereka nikah nanti.

Dia tak nak bercinta dengan lelaki itu. Cukuplah sedar berkawan dahulu. Tengku Arash menghormati keputusan Intan Sofea. Dia tahu bukan mudah untuk Intan Sofea membiasakan semua ini walaupun sudah setahun lebih mereka bertunang.

"Oh ya kau pakai baju warna apa raya tahun ni? Saja tanya." Tanya Tengku Arash. "Entahlah. Hijau kot. Awak?" Intan Sofea menjawab dan bertanya kepada lelaki itu. "Hijau lah. Dah tunang kita pakai hijau kita pakai lah juga. Baru sepadan kan Sayang." Dia sengaja mengusik.

"Mengada je lah Rash. Dah lah saya nak keluar dengan kak Diana jap." Beritahunya. "Hmm ye lah. Jaga diri kat sana faham?" Tengku Arash berpesan. "Fahamlah. Awak asyik cakap benda yang sama berulang kali tau." Aku dah naik bosan dengan ayat yang sama berulang kali.

"Saja sebagai peringatan Sofea." Itu jawapan yang kerap Tengku Arash bagi kepada gadis itu.

INTAN Sofea tak mengikuti keluarganya ke Masjid Madini yang terletak di kota Zurich itu. Memang itu salah satu masjid yang terdekat dengan mereka. Intan Sofea menemani kakak iparnya yang sedang sarat mengandung itu di rumah.

"Akak ni dari tadi asyik bergerak ke sana sini. Biar adik je lah buat. Akak kan tengah mengandung." Tegur Intan Sofea. "Tak pa lah dik. Akak ok ni." Diana membalas.

"Pergilah adik bersiap dulu. Lepas dorang dah balik kita nak salam-salam kan. Lepastu nak bergambar satu family lagi. Nanti tak sempat nak bersiap." Kata Diana.

Selepas sesi bermaaf-maafkan antara ahli keluarga dan sesi bergambar sekeluarga, Intan Sofea menarik tangan abang-abangnya menuju ke belakang rumah mereka.

"Jom lah ambil gambar. Nak bagi tengok dekat dorang Dira di Malaysia tu." Ujar Intan Sofea. Tadi subuh group whatsapp mereka kecoh dengan gambar yang dihantar oleh mereka di Malaysia. Masing-masing nak menunjukkan adik beradik. Intan Sofea pun tak nak kalah.

"Cadangan yang bernas. Angah nak bagi jealous kawan-kawan angah juga." Kawan-kawannya itu sering bertanya mengenai adiknya yang cun itu. Mereka sering bertanyakan khabar Intan Sofea.

Isac baru teringat yang mereka minat gambar adiknya malah nombor telefon juga diminta namun Isac tidak membagi. Mana mungkin dia kenalkan adik dia dekat kawan-kawam dia yang agak nakal itu. Malah Intan Sofea sudah menjadi tunang orang. Tak manis lah. Nanti ada juga yang cemburu

Selepas tamat sesi bergambar mereka masuk semula ke dalam rumah. Bukan setakat di belakang rumah malah di hadapan rumah juga mereka mengambil gambar. Jalan di kawasan perumahan itu memang sunyi sepi dan jarang ada kereta melalui jadi memudahkan lagi mereka adik beradik bergambar.

Ketika mereka hendak melangkah masuk ada sebuah teksi berhenti di hadapan pintu pagar rumah mereka. "Siapa tu?" Tanya Isyam. Dia tidak nampak siapa yang ada di dalam. "Entah. Adik kawan adik ke?" Soal Isac pula.

"Tak tahu. Tapi kalau dorang datang mesti naik kereta sendiri also mereka bagitau." Dia turut sama memandang ke arah kereta itu. Tidak lama kemudian seorang jejaka misteri keluar dari kereta.

"Eh Rash!" Jerit Isac dengan teruja. Habis terkejut adiknya di sebelah. Rupanya lelaki itu ialah Tengku Arash. Sanggup juga mamat tu datang dari jauh semata-mata nak beraya di Swiss ya.

Intan Sofea kemudian segera masuk ke dalam. Dia agak malu dan segan bersua muka dengan lelaki itu kerana selama ini dia dan Tengku Arash cuma bervoice call sahaja.

"Buat apa kat sini? Jumpa adik aku lah tu kan?" Teka Isyam. "Dah alang-alang aku kerja kan. Ada masa kosong 5 hari tu yang datang sini." Dia membawa kapal ke Switzerland kali ini. Sepatutlah dia ke Jepun tapi dia bertukar dengan Charles. Mujurlah mereka dibenarkan bertukar.

"Sanggup ya. Siap dengan baju melayu lagi. Kau datang nak nikah ke apa ni." Gurau Isac. "Aku ok je." Balasnya. "Dengan baju sedondon dengan adik aku. Sejak kau jadi tunang orang ni beria ya perangai kau." Ujar Isac lagi. Tengku Arash sekadar tertawa sahaja.

"Tunang aku kau juga kan bakal abang iparku." Sempat lagi bergurau. "Mengada betul mamat sorang ni. Jom lah masuk dalam. Ibu ada masak banyak tu. Adik aku pun masak juga. Kau jangan nak komen ya masakan dia yang tak sedap itu." Isac cakap je macam tu padahal satu entah berapa kali dia asyik menambah udang masak petai yang adiknya masak. Mengada je lebih.

"Eh Rash. Bila sampai?" Tanya Tengku Irham bila Tengku Arash melangkah masuk ke ruang tamu bersama Isac dan Isyam.

"Kelmarin dari sebenarnya tapi baru datang sini harini. Rash rehat kejap lah di hotel semalam abah." Dia mengelar Tengku Irham abah kerana Tengku Irham sendiri yang menyuruh.

'Kamu kan nak jadi salah satu dari keluarga ni juga nanti.' Kata Tengku Irham ketika dia pulang ke Malaysia 6 bulan yang lalu.

"Jomlah makan dulu Rash. Tu hah adik masak. Isac pun tadi entah berapa kali dia tambah. Jom lah." Ajak Puan Suhaila yang muncul dari dapur. Dia tolong tengok-tengokkan kek yang anak daranya sedang bakar dalam oven tadi.

Tengku Arash sekadar mengangguk dan berjalan ke dapur bersama Tengku Irham.

********

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now