SELEPAS selesai mengebumikan anaknya itu, Tengku Arash terus ke hospital semula. Intan Sofea dah bangun. Memang menangis habis lah dia bila tahu anaknya meninggal. Lama juga Tengku Arash tenangkan Intan Sofea tadi. Dia terpaksa keluar sekejap sebab nak pergi kebumikan anaknya itu. Hanya ahli keluarga yang terdekat dan beberapa orang rakan sekerja Intan Sofea sahaja yang tahu pasal hal ini.Tengku Irham dan Puan Suhaila dah tahu. Mereka terus balik ke Malaysia. Begitu juga dengan Isyam dan Diana. Ketika ini mereka dalam perjalanan ke Malaysia.
Bila Tengku Arash masuk ke dalam wad peribadi isterinya, kelihatan Lily cuba untuk memujuk Intan Sofea makan. "Sampai bila macam ni adik? Baby dalam perut pun mesti lapar tau." Pujuk Lily. Intan Sofea diam sahaja.
Tengku Arash terus menghampiri Lily. "Tak pa. Biar aku je makanan dia." Lily pandang Tengku Arash lalu memberi bekas makanan itu pada Tengku Arash. Kemudian dia melangkah ke sofa itu, memberi ruang pada Tengku Arash dan Intan Sofea.
Bekas makanan itu diletak di atas meja sebelum Tengku Arash duduk di tepi katil. "Sayang. Jom makan. Mama ada masakkan sup ayam ni." Bila dengar suara suaminya, Intan Sofea terus menoleh memandang Tengku Arash. Dia menghampiri suaminya lalu dia memeluk tubuh badan suaminya.
"Baby dah tak ada hubby. Saya ni mak tak guna nak. Sebab saya anak kita meninggal." Ujarnya. "Jangan lah kata macam tu Sayang. Bukan salah Sayang and Sayang bukan mak yang tak guna. Memang sudah takdir dia Sayang. Jangan salahkan diri sendiri lah." Pujuk Tengku Arash. Dia usap perlahan kepala isterinya itu dan kemudian dia cium ubun-ubun isterinya.
"Kita kan ada lagi sorang. Jangan sedih lah. Mesti puteri kita Eshal tengah tunggu kita di syurga sekarang ni." Beritahunya. "Eshal?" Tanya Intan Sofea. "Ya, nama anak kita. Ariana Eshal." Beritahu Tengku Arash.
"Ariana maksudnya suci dan Eshal maksudnya bunga syurga. Eshal bunga syurga kita." Terang Tengku Arash. Intan Sofea angguk sahaja. "Hubby ada gambar Eshal tak?" Dia bertanya.
Tengku Arash angguk lalu tunjukkan gambar anaknya yang sempat dia tangkap tadi. Intan Sofea melihat gambar itu. Tambahlah dia mahu menangis kerana melihat wajah suci anaknya itu. "Kening dia macam kening saya kan hubby?" Tengku Arash angguk sahaja sambil menyuapkan Intan Sofea makan.
"Jangan sedih lah Sayang. Nanti bila dah discharges, kita lawat Eshal ya." Pesannya. Intan Sofea angguk. "Patutlah tadi pagi saya ada rasa double tendangan. Rupanya berkawan dia di dalam ni ya." Intan Sofea tertawa kecil. Dia cuba untuk tidak bersedih lagi.
Suaminya itu senyum sahaja melihat Intan Sofea. "Kita ada lagi sorang Sayang. Jadi jangan sedih ya. Nanti kalau Sayang sedih, kesian dekat Eshal dengan adik dia ni. Nanti dorang pun sedih juga bila mama dorang sedih." Tengku Arash berpesan lagi.
"Lepas ni saya dah tak kerja lagi." Beritahunya. "Kenapa pula Sayang? Sayang trauma ya." Tengku Arash bertanya. Intan Sofea mengangguk. "Ada orang tak puas hati dengan saya. Lagipun nanti kalau saya kerja, takut perkara yang sama terjadi lagi." Dia sudah rasa tidak selamat jika dia terus bekerja.
Kemudian Tengku Arash terfikir sesuatu. Terus dia menghubungi papanya. "Pa, dekat pejabat tu kan ada cctv. Cuba tengok masa benda ni berlaku." Dia baru teringat akan hal itu. "Kenapa hubby?" Intan Sofea bertanya.
"Macam ada benda yang tak kena Sayang sebab doktor kata punca utama Sayang keguguran bukan sebab jatuh dekat tandas. Doktor kata Sayang ada termakan pil menggugurkan bayi dari botol air yang Sayang minum before pergi tandas. Hubby syak ada orang letak pil tu dalam air Sayang." Tengku Arash memberitahu.
"Ya Allah betul ke? Bukan sebab jatuh?" Terkejut dia bila dapat tahu yang dia terminum air yang mengandungi pil berkenaan. "Dari mana Sayang dapat air tu? Sayang beli dekat luar atau dari pantri?" Tengku Arash bertanya.
Intan Sofea cuba untuk ingat balik. Lama dia berfikir sendiri. Kemudian baru dia teringat. "Dari pantri. Saya ambil dari dalam kotak air tu." Dia tak syak apa-apa tika dia ambil air itu sebab semasa dia buka penutup botol itu, tiada kesan pernah dibuka. Sama seperti baru.
"Saya terus minum dekat situ. Lepastu bawa pergi meja then Encik Amin panggil. Jadi saya masuk bilik dia. Lepas jumpa Encik Amin saya minum lagi. Tidak lama lepas tu perut saya sakit. Terus pergi tandas." Dan bila sampai ke tandas, entah di mana silapnya dia terpijak lantai licin itu jadi dia terjatuh.
"APA? Suzy?" Tengku Arash terkejut bila melihat rakaman video yang dihantar oleh Isyam tadi. Lelaki itu membantu Tengku Arash untuk mencari dalang di sebalik semua ini terjadi. "Dah 4 kali aku tengok. Ya betul, perempuan tu." Ujar Isyam. Dia sanggup tidak membuat kerjanya sebab nak tengok rakaman cctv.
"Kalau gitu esok lah aku datang pejabat. Sekarang ni aku tak boleh nak keluar." Beritahu Tengku Arash. Dia tak boleh nak tinggalkan Intan Sofea seorang diri kerana emosi isterinya itu belum stabil lagi. Dia takut jika dia tinggalkan isterinya itu seorang diri, tiba-tiba Intan Sofea meroyan sendiri. Itu yang dia risaukan tu.
Tengku Arash berbual seketika bersama Isyam sambil mengusap rambut isterinya. Intan Sofea baru makan ubat tadi. Kalau dah ok, esok dia dah boleh discharge.
Sedang dia berbual dengan abang iparnya itu tiba-tiba Intan Sofea merengek kecil. Terus terhenti lelaki itu bercakap. "Jap." Dia letak telefonnya di atas meja itu, masih lagi tengah calling dengan Isyam.
"Sayang, kenapa ni?" Intan Sofea terus buka mata lalu pandang Tengku Arash. "Ba-baby." Dia memandang wajah suaminya. "Baby ok je. Tak ada apa-apa." Tipunya. Dia tak nak Intan Sofea tertekan. Nanti boleh efek dekat bayi dalam kandungannya.
"Ta-tapi" Tiba-tiba dia sesak nafas sendiri. Tengku Arash terus kalut sendiri. Terus cuba untuk membuat isterinya itu tenang. "Tengok muka hubby. Fokus dengan suara hubby." Intan Sofea angguk kepala lalu pandang wajah Tengku Arash.
"Tarik nafas perlahan-lahan lepastu hembus." Intan Sofea melakukan dengan perlahan. Isyam masih lagi di dalam talian. Dia senyap, cuba mendengar macam mana Tengku Arash berhadapan dengan situasi begini.
Bila Intan Sofea mula tenang, Tengku Arash memanggil doktor untuk memeriksa isterinya. "Weii sorry aku lupa lah tengah call dengan kau." Ujarnya pada Isyam.
"Its ok. Adik aku dah ok?" Tengku Arash terus angguk. Eh, bukannya Isyam boleh nampak pun. "Dia dah ok sikit. Tapi masih susah nak bernafas." Sambil menunggu doktor sampai, Tengku Arash menggosok perlahan belakang isterinya.
Intan Sofea diam. Dia bersandar lemah di dadanys suaminya. "Sayang tak nak bercakap dengan along?" Tengku Arash bertanya. Dia geleng kepala. "Tak larat." Balasnya. Suaminya angguk lalu sambung bercakap dengan Isyam.
Ketika doktor memeriksa Intan Sofea, wanita itu langsung tidak melepaskan tangan Tengku Arash. Dia menggenggam kuat tangan suaminya itu. Doktor itu sekadar senyum sahaja. Dia tak kisah pun sebab tak ganggu pun dia tengah memeriksa Intan Sofea.
"Macam mana doktor?" Tengku Arash bertanya. Dia berada di luar bilik wad bersama doktor berkenaan. Intan Sofea baru sahaja tidur. "Setakat ok. Tapi saya sarankan buat sementara masa ni Tengku sentiasa berada dengan dia. Sepertinya Intan takut kalau tak ada Tengku dengan dia." Tengku Arash mengangguk.
"Esok jam 9.30 pagi dah boleh discharge. Sebelum balik nanti Tengku isi borang dekat kaunter ya." Tambah doktor itu lagi. Tengku Arash mengangguk. "Bil?" Dia bertanya.
Doktor itu senyum. "Tak perlu. Abang kepada Intan dah bayar pun tadi pagi. Isyam namanya." Tengku Arash sekali lagi mengangguk. Tak sangka pula abang iparnya itu yang membayar. Nanti dia akan call Isyam ucap terima kasih pada lelaki itu.
******
Jangan lupa tekan vote. Thanks.
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...