BAB 11

3.3K 129 1
                                    

     INTAN Sofea membantu ibunya masuk ke dalam rumah pakciknya. Dia memandang ke serata rumah. Tak sangka pula pakcik dia yang kerja kontraktor ni mampu beli rumah besar.

"Kenapa?" Soal Syazlan. Intan Sofea cuma menggeleng. "Mana isteri paklong?" Tanya Intan Sofea. "Oh dia balik Kedah. Esok baru ada. Sof tinggal sini sampai esok ye?" Kata Syazlan.

"Tak boleh lah pakcik. Esok Sof dah kena masuk kerja. Nanti Tengku marah Sof tambah cuti" Ujar Intan Sofea.

"Hmm tak pa lah kalau gitu. Nanti ada masa  jangan lupa pula nak ambil cuti jenguk ibu Sof" Intan Sofea cuma mengangguk.

Esok sebelum tengah hari dia mesti sudah berada di rumah Tengku Faridah. Dia fikir nak balik sana selepas solat subuh. Bolehlah dia bantu Makjah buat sarapan nanti.

"Pakcik dengan ibu nak makan apa-apa ke? Sof boleh masakkan" Tanya Intan Sofea. "Sofea ni mahir tau memasak. Dah banyak benda dia masak. Paling sedapt ketam masak cili tu. Memang dia punya pedas UMPHH! lah" Beritahu Puan Suhaila. Tertawa Syazlan mendengar.

"Iya? Kalau gitu Sof masaklah. Dalam peti ais tu ada ketam. Entah berapa ekor. Semalam beli konon nak masak tapi lupa". Intan Sofea cuma mengangguk.

Dia menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Terkejut juga sebab dalam tu ada bermacam-macam jenis makanan yang belum masak. Air pun banyak juga.

"Pakcik Sof tumpang minum ye" Katanya. "Minum je lah. Kalau nak makan coklat dalam peti ais tu pun boleh. Isteri pakcik tak makan sangat coklat tu" Intan Sofea cuma mengangguk.

 

    TENGKU Arash bersama Fakrul sama-sama berjalan keluar dari balai ketibaan. Mereka baru sampai. 3 hari lepas dia dengan Fakrul bawa kapal pergi Indonesia. Hari baru balik. Sempat juga lah dia jalan-jalan dekat sana. Siap belikan barang untuk perempuan-perempuan yang ada dekat rumah.

"Aku tengok bukan kemain lagi kau shopping tudung dekat situ ye? Kau borong banyak sangat buat apa? Ariqah bukannya selalu pakai tudung macam ni. Mak kau? Mana lah mak kau nak pakai tudung bawal ni. Kau nak bagi siapa? Irdina? Dia bukan pakai tudung pun" Tanya Fakrul. Tengku Faridah tu kalau boleh nak pakai tudung sarung atau shawl sahaja. Dia memang suka bergaya. Tengoklah anak bongsunya itu. Memang itu perangai di.

"Mula-mula aku beli untuk adik aku tapi aku tak tahu pula dia tu jenis yang tak suka pakai tudung ni. Aku mana lah tahu pasal tudung ada banyak jenis. Aku tahu benda tu tudung jadi aku beli lah. Semalam aku call adik aku lepastu dia bising lah sebab aku salah beli. Jadi aku beli lah lagi tudung yang dia nak. Dia siap hantar gambar bentuk tudung tu lagi. Tu yang kau nampak dalam beg tu tudung je semua" Beritahunya.

"Oh salah beli? Atau sengaja nak beli? Dah terang-terang adik kau suka pakai tudung lilit sana sini.  Hei aku tahu lah si Intan tu suka pakai tudung bawal  ni. Salah beli konon. Kenapa kau tak tanya je aku? Aku ni banyak adik beradik perempuan. Semua jenis tudung aku tau. Maklumlah adik aku yang sorang tu hantu tudung. Tak pasal-pasal aku tahu jenis tudung" Sengaja nak usik Tengku Arash.

"Ma-mana ada. Aku cakap benda yang betul lah. Pasal tudung ni entahlah. Aku fikir dulu nak bagi dia atau tak. Oh ya nanti malam lepak mamak. Dah lama tak tengok bola. Sambil tu aku boleh cuci mata tengok amoi pelayan tu" Ujarnya.

"Maklumlah Irdina tak de dekat sini kan? Pandai Gatal pula kau ni Rash. Kalau Irdina dengar habislah kau" Tengku Arash cuma tersengih.

Mereka berdua berjalan menuju ke parking lot ke kereta masing-masing. "Jangan lupa malam ni" Pesan Tengku Arash. Fakrul cuma mengangguk lalu masuk ke dalam kereta dia yang berada di sebelah Tengku Arash.

Kawasan ni memang tempat khas untuk orang yang bekerja ni KLIA ni. Sama ada yang terbang atau tak. Private parking lot lah katakan.

Tengku Arash memandu keretanya keluar dari parking lot itu dan menuju  balik. Sebelum itu sempat lagi dia call adik dia. Suruh masak tomyam.

Kereta diparkir di dalam garaj. Tengku Ariqah awal-awal lagi sudah menanti kepulangan abangnya itu. Tengku Arash keluar dari kereta lalu melihat adiknya yang sedang berdiri sambil tersengih.

"Apa?" Tanya Tengku Arash. "Abang ada beli?" Tanya dia. "Tiada. Abang lupa" Tipu dia. Terus Tengku Ariqah menghentak kakinya ke atas lantai dan memuncungkan bibirnya. Tanda dia protes.

Tergelak kecil Tengku Arash dibuatnya. "Tak payah nak tayangkan muncung tu. Ada dalam bonet. Buka sendiri. Ambil sendiri. Lepastu bawa masuk pergi dalam" Kunci kereta diserah dengan adiknya.

Ketika dia memandang ke pintu pagar dia ternampak Intan Sofea baru sahaja turun dari teksi. Minah ni dari mana.

"Dia dari mana? Siap bawa beg lagi" Tanya Tengku Arash kepada adiknya. "Oh kak Intan baru balik lah tu. Dia ambil cuti 3 hari sebab ibu dia dah keluar hospital" Jawab Tengku Ariqah. Beg bagasi abangnya dibawa masuk ke dalam. Tengku Arash cuma menganguk.

   INTAN Sofea sedikit terkejut apabila Tengku Arash memberi sebakul beg plastik berjenama. Terus dia bingung.

"Aku tersalah beli tudung. Adik aku tak pakai tudung bawal sangat. Nak bagi Irdina dia tak pakai tudung. Anggaplah rezeki kau" Kata Tengku Arash.

"Er...terima kasih" Ucapnya sambil tertunduk malu. "Ibu kau dah sihat?" Tanya Tengku Arash. "Dah. Tapi perlu setiap bulan pergi hospital. Temu janji dengan doktor" Beritahunya.

Tengku Arash cuma mengangguk lalu menuju ke ruang tamu. Nak tengok bola lah tu sementara menunggu azan isyak. Lepas solat baru dia pergi mamak.

"Weii minah buatkan aku air kopi" Laungnya. Intan Sofea menghembus nafasnya dengan berat. Aku baru nak rehat. Tapi nak buat macam mana kan? Kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya. Hendak simpan barang yang diberikan oleh Tengku Arash.

"Tambah lagi satu cawan"Laung Tengku Arash lagi. Mesti Isac yang minta. Ye lah dia masih duduk sini lagi. Abah dia tak balik lagi dari oversea.

Dua cawan air kopi diletak di hadapan dua jejaka itu. "Nah airnya" Kata Intan Sofea lalu . Tengku Arash cuma mengangguk. Tapi Isac sempat mengucap terima kasih sebelum gadis itu masuk semula ke dapur.

Makjah memandang Intan Sofea yang baru sahaja masuk ke dalam dapur. "Intan dari mana?" Tanya Makjah. Dia siap solat maghrib. Terlambat sebab banyak sangat berbual dengan Intan Sofea. Semua pasal anaknya yang seumur dengan Intan Sofea itu dia cerita. Dari mula pertama kali dia berpisah dengan anak bongsunya itu.

Intan Sofea dengar je Makjah bercerita. Nasib dia tak dapat solat harini. Kalau tak dengan dia sekali terlambat solat.

******

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now