BAB 23

3.5K 136 2
                                    

    Seperti biasa jangan lupa tekan vote

     TENGKU Arash terus-terus sahaja call sepupunya yang duduk jauh di Switzerland bila dia nampak post baru Isyam. Gambar Isyam bersama Intan Sofea dengan caption 'Happy Birthday Kiddo'.

Nampak sangat rapat dia bergambar dengan Intan Sofea. Siap peluk bahu Intan Sofea pula tu. Di tangan dia ada sejambak bunga ros putih. Ada coklat dan juga kek bersaiz sederhana besar.

"Asal kau call aku ni? Tengah malam buta kot di sini" Tanya Isac. Tengah tidur nyenyak telefon dia berbunyi. Terbangun terus dari tidurnya.

"Aku nak tanya satu soalan penting ni. Isyam along kau tu macam mana dia boleh kenal dengan minah tu? Dorang couple ke? Siap post dekat ig lagi" Tanya Tengku Arash.

Isac di sana mula tersengih. Ahlu keluarga di Malaysia belum tahu pasal Intan Sofea. Mereka belum tahu yang gadis itu merupakan adik dia.

Selama 2 tahun setelah berjumpa semula dengan adiknya mereka belum memaklumkan pada mereka. Tengku Arash belum tahu pasal ini. Keluarga dia tidak tahu.

Kelmarin hari lahir adik dia yang ke-20 tahun. Isyam dan Isac ada buat majlis kecil untuk si bongsu itu.

"Mata kau kot salah tengok. Tu bukan dia lah. Aku malas lah nak cakap. Kau tanya along aku sendiri lah. Aku mengantuk ni" Kata Isac lalu dia menamatkan panggilan tersebut.

Isac malas nak bagitau perkara sebenar dekat Tengku Arash. Tak kan senang-senang dia nak bagitau atas apa yang telah lelaki itu lakukan kepada adiknya.

Walaupun Tengku Arash kawan rapat dan juga sepupu jauh dia tapi dia tak boleh nak maafkan lelaki itu dengan mudah. Dia telah sakiti adiknya. Gadis yang sangat lembut hatinya seperti kapas.

Tengku Arash terkebil-kebil pandang skrin telefon dia. Orang belum habis cakap dia dah matikan? Banyak lagi soalan aku nak tanya.

Tengku Arash letak telefon dia atas meja lalu sambung makan kembali. Dia memikirkan pasal gambar yang dipost oleh sepupu dia itu.

Nampak sangat Isyam rapat dengan Intan Sofea. Tak kan Intan Sofea adalah gadis yang selama ini jadi penghuni status Isyam? Hampir setiap hari dia pasti akan post sekurang-kurangnya satu gambar perempuan yang mukanya akan dia tutup.

Itu Intan Sofea? Jadi selama ni Isyam kata dia dah ada peneman. Jadi perempuan itu adalah Intan Sofea. Tapi macam mana dan bagaimana? Intan Sofea bukannya rapat dengan Isac.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini gambar-gambar yang dipost oleh Isyam mahupun Isac mengenai gadis yang disangkakan misteri baginya itu membuatkan dia tertanya-tanya.

Itu yang dia tengah fikirkan. Tapi betul ke itu dia? Atau pelanduk dua serupa? Tak kan dia mampu naik kapal terbang pergi ke Switzerland.

"Abang fikir apa?" Tanya Tengku Ariqah. Harini kelas mula jam 10 pagi jadi ada masa lagi dia nak duduk lepak di rumah.

"Tak da apa-apa" Balas Tengku Arash. Mee goreng yang disediakan oleh Makjah dia suap perlahan ke dalam mulut.

"Abang! Abang tahu tak yang along couple dengan kak Intan?" Mahu tercekik sahaja Tengku Arash bila adik dia menjerit serupa gorilla hilang anak.

"Dari mana kau tahu?" Tanya Tengku Arash setelah dia meneguk air tadi. Adiknya tersengih.

"Nampak dengan ig along. Tak sangka kan dorang boleh kenal. Tapi kan betul ke itu kak Intan? Atau cuna pelanduk dua serupa sahaja?" Katanya.

Tengku Arash pandang adik dia sebentar. Lalu menjawab. "Bukan dia lah tu. Pelanduk dua serua je lah".

"Rindu lah dengan kak Intan. Nak jumpa dia. Abang. Abang ada nombor dia tak?" Tanya Tengku Ariqah. Tengku Arash geleng kepala.

Sejak peristiwa hampir 3 tahun yang lalu dia terus delete number milik Intan Sofea. Tapi bukan itu sahaja Intan Sofea pula telah memblok instagram miliknya juga Tengku Ariqah. Dia telah memblok semua nombor ahli keluarga Tengku Arash.

"Instagram dia pun adik tak dapat tengok. Kenapa? Dia blok adik ke? Tapi kenapa? Apa salah Ari dekat kak Intan?" Katanya perlahan. Kes Intan Sofea ditampar oleh Tengku Arash cuma diketahui oleh Tengku Arissa sahaja.

Ketika Tengku Arah menampar pipi gadis itu cuma dia sahaja yang nampak. Dia memang tutup mulut. Tak nak sampai mama tahu pasal tu. Nanti teruk pula adik dia kena sembur.

Pada masa yang sama dia kasihan dengan Intan Sofea. Tapi dia tak boleh nak buat apa. Gadis itu sendiri memilih untuk menjauhkan dirinya dari keluarga mereka.

  FAKRUL memandang ke arah Tengku Arash yang baru sampai. Kalau cuti memang dorang akan lepak kedai mamak.

"Kau pehal?" Tanya Fakrul. Dari penglihatan dia nampak sangat kawan baiknya itu.

"Still teringat dekat Irdina ke?" Tanya Fakrul. 2 bulan lepas Irdina sudah selamat menjadi isteri kepada seseorang. Suami dia sama umur dengan Irdina.

Masa perkahwinan dia, Fakrul dan Tengku Arash diajak datang. Kalau bukan sebab Fakrul memujuk tak jalan lelaki itu ke sana.

"Apa kau merepek ni? Isteri orang kot. Aku dah move on lah dari dia" Beritahu Tengku Arash dengan jujur.

"Habis pasal apa?" Tanya Fakrul. "Intan. Intan Sofea" Kata Tengku Arash perlahan. Fakrul dapat tangkap maksud disebalik itu.

"Ooh kau rindu dia ya? Cari je lah dia. Apa susah. Kau tahu kampung dia. Pergilah sana cari" Cadang Fakrul. Dia ni suka tapi tak nak mengaku.

"Buat apa cari dia. Tak da apa pun aku dapat" Ujarnya. Fakrul pandang Tengku Arash sambil tersengih.

"Kura-kura dalam perahu pura-pura tidak tahu" Entah Tengku Arash faham ke tidak.

"Oh ya kau ada nampak tak post Isyam? Lawa gila perempuan tu. Macam bekas pembantu rumah kau. Dia ke tu?" Dari tadi isu pasal post terbaru Isyam menjadi bualan hangat mereka.

"Entah. Isac cakap pelanduk dua rupa je. Lagipun macam mana pula minah tu boleh pergi Switzerland pula" Katanya. Dah banyak kali dia dengar soalan yang sama. Jawapan pun hampir semua dia jawab dengan benda yang sama.

Kenapa semua orang kisah sangat pasal tu? Apa istimewa Intan Sofea tu? Tak mungkinlah dia boleh sampai ke Switzerland.

Dan macam mana pula Isyam boleh kenal dengan dia? Sampai boleh couple dengan Isyam. Isyam jenis yang pandang rupa. Isyam pasti nak perempuan yang educated dan paling penting sekufu dengannya. Mana dia mau perempuan yang cincai-cincai.

Tengku Arash kenal hampir semua bekas teman wanita Isyam. Semuanya cantik, pandai bergaya dan paling penting berpelajaran. Ada yang sampai peringkat phd, ada juga yang sampai peringkat master. Mana mungkin Isyam mahu memilih Intan Sofea yang tidak mempunyai apa-apa.

Kalau dibandingkan Intan Sofea dengan semua bekas teman wanita Isyam, memang Intan Sofea jauh dibelakang. Bekas teman wanita Isyam menang tanpa bertanding.

Itu lah dalam pemikiran Tengku Arash. Andai sahaja dia tahu siapa yang sebenarnya Intan Sofea. Pasti dia terkejut dan menafikan semuanya.

******

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now