SELALUNYA pada hujung minggu Intan Sofea akan mengemas rumah. Terutamanya dalam walk-in closet mereka kerana Tengku Arash sering kali meletakkan bajunya sesuka hati ketika dia mencari baju."Hubby nanti kita pi beli barang basah ya. Banyak dah habis." Beritahu Intan Sofea. "Bila? Sekarang?" Tanya Tengku Arash yang berada di dalam bilik air. Dia baru balik kerja. Nanti malam lagi baru kerja semula.
"Dalam jam 2 macam tu lah. Saya nak kemas baju-baju hubby yang berselerak ni lagi." Sahut Intan Sofea yang berada di dalam walking closet mereka.
Tidak lama kemudian Tengku Arash keluar dari bilik air mereka sekadar melilit tuala di pinggangnya. Dia berjalan menuju ke walking closet. Bila nampak isterinya di dalam keluar idea nak mengusik.
"Yang. Tengah buat apa tu?" Dia bertanya. Intan Sofea memaling mukanya memandang suaminya. Mukanya berubah merah bila melihat suaminya half naked. Dengan absnya lagi. Ya Allah buat gugur imanlah.
"Kenapa tengok hubby macam tu Sayang?" Tengku Arash bertanya. "Hah? Ta-tak de pape. Hubby nak pakai baju ke? Saya keluar dulu." Intan Sofea akan menjadi gagap bila melihat suaminya begitu.
Tengku Arash menghalang isterinya. Dia memegang pergelangan tangan Intan Sofea untuk menghalang isterinya itu keluar.
"Apa ni? Saya nak keluar lah." Ujar Intan Sofea. Tengku Arash sekadar mendiamkan diri. Dia menarik isterinya ke arahnya sebelum menolak ke dinding. Mengunci wanita itu. Kedua belah tangan Intan Sofea dipegang.
"A-apa ni hubby. Lepaslah." Ujarnya lagi. "Kenapa? Tak suka? I thought you like my smell." Tengku Arash mendekati isterinya.
Makin memerah muka Intan Sofea bila Tengku Arash menghampirinya. "Your scent make me want to eat you." Katanya. Dia menghampiri leher isterinya.
"Ja-jangan lah hubby." Intan Sofea cuba menolak dada suaminya. Tengku Arash tersenyum sahaja lalu memandang wajah merah padam isterinya. Suka dia bila mengusik isterinya begini.
"Stay." Ucapnya. Kata-kata dari Tengku Arash menyebabkan dia seolah-olah kaku. Tengku Arash mendekatkan bibirnya dengan isterinya. Intan Sofea lantas menutup matanya. Selepas itu dia terasa bibirnya disentuh oleh sesuatu yang basah. Tak lain tak bukan bibir suaminya.
Intan Sofea masih lagi menutup mata. Menikmati ciuman dari kekasih halalnya. Tangan Tengku Arash yang tadinya memegang ke dua belah tangannya sudah dilepaskan. Tangannya turun ke pinggang si isteri sebelum dia memeluk. Intan Sofea pula bertindak memeluk leher suaminya.
2 minit kemudian Tengku Arash berhenti. Dia menjarakkan bibirnya dari bibir isterinya. "I think we should stop. Nak pi beli barang basah kan?" Ujar Tengku Arash.
Kemudian Intan Sofea terus keluar dari walking closet tersebut dengan mukanya yang merah itu. Tengku Arash tertawa sahaja lalu memilih baju untuk dipakai.
DI dalam kereta Intan Sofea kekal senyap. Dia malu teringat perkara yang berlalu di dalam walking closet tadi. Rasa macam nak sembunyikan diri dalam tanah sahaja. Boleh tak? Huhu.
"Sayang. Kenapa ni? Senyap je." Tanya Tengku Arash yang sedar isterinya tak banyak cakap. "Tak de apa-apa. Saya tengah fikir nak masak apa malam ni." Ujarnya.
"Tak perlulah masak. Kita makan dekat luar je malam ni ya Sayang." Katanya. Dia meraih tangan isterinya.
"Sorry for my action before Yang." Dia mengucapkan kata-kata maaf. "You know that i can't hold when it berkaitan Sayang." Tambahnya lagi.
"Tak pa. Bukan salah hubby pun." Balas Intan Sofea.
Bia mereka sudah masuk ke pasar raya Tengku Arash sekadar mengikuti ke mana Intan Sofea pergi. "Berapa kg nak ketam ni Yang?" Tengku Arash bertanya.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...