TENGKU Arash membawa masuk beg dan barang isterinya ke dalam bilik. "So this is your room? Lawanya. Mama ke hias?" Tanya Intan Sofea."Ha'ah. Mama tu teruja sangat nak sambut satu-satunya menantu perempuan dia tau. Tu yang beria hias bilik hubby ni." Jawabnya.
"Ni almari untuk Sayang. Khas untuk baju-baju Sayang. Yang sebelah ni Hubby punya. Tapi kalau Sayang nak pakai baju hubby silakan." Dia tahu perangai perempuan yang suka ambil dan pakai baju suami mahupun kekasih mereka.
"Dalam bilik ni je Sayang boleh buka tudung sebab Haikal masih ada. Tapi kalau tak ada baru boleh. Dengan papa pun tak payah pakai." Beritahunya. Intan Sofea dan Tengku Arizal tidak mempunyai batas aurat kerana lelaki itu sudah menjadi seperti ayahnya.
"Hubby rasanya saya patut berhenti kerja kan?" Katanya. Dia sudah memikirkan hal ini sejak beberapa hari lalu.
"Kenapa tiba-tiba?" Tanya encik suami. "Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan sebab papa kan pemilik syarikat. Saya tak nak nanti mereka kecam saya. Nanti dorang kata saya dapat kerja tu sebabkan saya menantu papa. Beside Suzy mesti akan sebarkan fitnah. I know her. Dia akan buat apa saja hubby. She hate me and if i still work there she never tak bencikan saya." Terangnya.
"Sayang. Papa kan dah kata dia ambil saya bekerja sebab kelayakan bukan sebab who you are. Lagipun kalau papa tak adil dia mesti bagi Sayang jawatan lagi tinggi kan? You deserve it better dengan kelayakan Sayang tapi papa tak nak. Dia berlaku adil dekat semua. So tiada isu berkaitan Sayang jadi menantu dia lah. He need you at the company Sayang." Ujar Tengku Arash. Tangan isterinya disuap.
"Jadi cuti saya? 1 bulan tau hubby. Tak kan sebab kahwin je sampai cuti sebulan. Tak masuk akal. Orang lain dapat seminggu je saya pula dapat 1 bulan." Katanya.
"Hubby yang suruh sebenarnya. Encik Amin tu dah tahu yang salah seorang dari pekerja dia akan kahwin dengan hubby. Dia tak tahu siapa. Tapi bila Sayang bagi dia kad tu dia terus bagi sebulan kan? Atas arahan hubby. Don't worry lah Sayang. Chill ok. Jangan fikirkan lagi. Lusa kita nak pergi honeymoon. Tak kan nak sedih-sedih kan?" Pipi Intan Sofea dicubit perlahan.
"Honeymoon. Serius? Pi mana?" Tanya dia. "Pulau Langkawi je Sayang. Hubby lupa nak book ticket flight pergi luar negara." Kerana terlampau sibuk menguruskan persiapan majlis mereka sampaikan Tengku Arash lupa pasal berbulan madu.
Mujurlah Intan Sofea tak kisah. Tapi dia pasti akan membawa Intan Sofea berbulan madu di Greece nanti. Buat masa ini bercuti dahulu lah di dalam negara. Lagipun cutinya masih panjang. Mana tahu nanti boleh bawa Intan Sofea ke Greece seperti apa yang dia mahu.
"RISE and shine Sayang. Dah pagi ni." Tengku Arash mengejutkan isterinya. "Dah jam berapa ni?" Tanya Intan Sofea yabg masih dalam keadaan separuh tidur."Jam 9." Terus segar matanya. "What? 9?" Tengku Arash mengangguk. "Tak lah gurau je. Baru pukul 6 lah. Pi cuci muka dulu ya. Lepastu ambil wuduk. Kita solat. Hubby dah ambil wuduk ni so no touching ya." Kemudian Tengku Arash turun dari katil lalu menuju ke arah sejadah yang berada di tempat letak sejadah dan telekung.
Intan Sofea angguk sahaja dan turut sama turun dari katil. Dia mengikat rambutnya lalu masuk ke dalam bilik air.
Intan Sofea tunduk bersalam dengan Tengku Arash setelah mereka selesai solat berjemaah berdua. Sudah menjadi kebiasaan sejak bergelar isteri dia menyalami tangan suaminya selepas solat.
"Saya nak turun bawah. Tolong mama. Hubby sambung lah tidur." Beritahunya. Tengku Arash sekadar mengangguk sahaja dan berbaring di atas sofa. Intan Sofea pula turun ke bawah.
"Awal kamu bangun Intan. Arash mana? Dah bangun?" Tanya Tengku Farida. Dia baru nak sediakan bahan memasak ketika Intan Sofea menegurnya.
"Dia awal lagi bangun. Arash yang bagi bangun tadi." Beritahunya. Tengku Farida sekadar mengangguk.
"Mama nak masak apa? Biar saya tolong." Katanya. "Eh tak pa lah. Intan tu kan masih pengantin baru lagi. Baru je 3 hari lepas jadi menantu mama. Biar mama je masak. Intan rehat lagi. Korang nak pi honeymoon kan esok. Rehat-rehat lah dulu atau kemas barang awal-awal. Oh ya Arash dah bagi?" Intan Sofea segera memandang wajah mama mentuanya.
"Bagi? Bagi apa?" Tanya dia. "Dia tak bagi tahu lagi ke? Tak pa lah kalau macam tu. Intan tanya dia sendiri lah." Sikit kagi terlepas cakap. Tengku Farida di dalam hatinya.
"Awal ya pengantin baru kita ni bangun. Selalu pengantin baru bangun tengah hari." Usik Haikal dia datang bersama anaknya Hafizi. Hannah pula dekat uminya.
"Sibuk je lah mamat sorang ni. Bila kau nak balik Kelantan oi. Penat aku hadap muka kau." Balas Tengku Arash. Haikal tinggal di Kelantan sejak 2 tahun yang lalu. Hanya dia seorang kerana Tengku Arissa tak dapat ikut pindah disebabkan butiknya di Kuantan, Pahang. Lagipun Hannah dan mula sekolah sekarang. Hafizi pun dah 3 tahun.
Kerana kerja mereka terpaksa berpisah. Tapi setia hujung minggu Haikal pasti akan balik melawat isteri dan anak-anaknya. Jika tidak Tengku Arissa yang melawatnya.
"Suka hati aku lah. Aku cuti seminggu." Haikal baru-baru ini menyelesaikan sebuah kes besar di mahkamah iaitu konflik pembahagian tanah arwah pemimpin tempat di sana dan dia diberi cuti boleh bosnya atas usahanya bekerja untuk menyelesaikan kes tersebut.
Haikal ni bekerja sebagai peguam. Kerjanya untuk membantu orang menuntut hak tanah mahupun rumah serta pembahagian harta pusaka. Dia tak terlibat dengan kes-kes rasuah mahupun kes berat yang lain.
Tidak lama kemudian muncul Intan Sofea dan Tengku Farida dari dapur. "Aik dalam rumah pun pakai tudung ke?" Soal Haikal. "Kau tu bukan mahram dia lah Kal. Kau ni pun." Tengku Arash mengingatkan. Dia tak panggil lelaki itu 'abang' kerana dia dan Haikal seperti kawan rapat dan bukannya abang ipar dan adik ipar.
"Ha'ah aku lupa." Intan Sofea senyum sahaja dan mengambik tempat di sebelah suaminya. "Hubby nak makan sikit ke banyak?" Tanya Intan Sofea yang sudah sedia hendak ingin mencedok mi goreng yang dia masak ke dalam pinggan lelaki itu.
"Sikit je." Beritahunya.
"Fuiyoo sejak kau dah kahwin ni kan Rash senang hidup kau ya." Sampuk Haikal sambil tersengih. "Abang ni sibuk je. Dah makan." Tengku Arissa pula yang membalas.
Tengku Arash memberi thumbs up kepada kakaknya. Terus berubah kelat muka Haikal bila dimarah oleh isterinya.
*******
Jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...