BAB 39

2.6K 93 0
                                    

  

      HARI ini merupakan hari bersejarah bagi Isac. Dia sudah diijab kabulkan dengan Lily atau nama Islamnya Fatehah. Nampak sungguh cantik kakak iparnya berbaju nikah berwarna putih disertakan dengan tudung.

Intan Sofea gembira melihat kebahagian yang angahnya baru bina. Satu  lagi orang baru masuk ke dalam keluarga mereka.

"Tahniah kak Lily." Ucap Intan Sofea sambil memeluk gadis yang baru bergelar kakak iparnya. "Thanks adik." Balas Lily tersenyum manis. "Dekat dia je? Habis angah?" Sampuk Isac.

"Hmm ye lah. Tahniah angahku yang paling ku benci. Semoga selepas ini angah jangan buli kak Lily tau." Ucapnya. "Memandai je budak ni. Dah pergi sana. Pi tempat Arash ke apa. Sibuk je kacau orang atas pelamin ni." Padahal dia juga yang ajak adiknya bergambar tadi.

"Yang angah dah kahwin. Intan bila pula? Dah lama kan bertunang? Bila majlisnya?" Tanya makciknya yang merupakan adik beradik kepada Tengku Irham.

Intan Sofea sengih sahaja dan kemudian larikan diri. Soalan itu memang sensatif baginya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan Tengku Farida.

"Cantiknya bakal menantu mama ni." Puji Tengku Farida lalu memegang tangan Intan Sofea. "Eh mama. Bila sampai?" Soalnya.

"Baru je dengan Arash. Nanti Intan jumpa lah dia. Korang dah lama kan tak jumpa." Kata Tengku Farida yang masih memegang tangan Intan Sofea.

"Wah akak makin cantik ya sekarang." Sampuk Tengku Ariqah yang muncul sama-sama dengan Tengku Arash.

Lelaki itu tidak lari dari memandang Intan Sofea. 'Tunang aku ke ni?' Kata Tengku Arash dalam hati. Dia lihat Intan Sofea sudah semakin matang malah semakin lawa.

"Rash berbual lah dengan Intan ya. Mama dengan Ari pi tempat ibu Intan. Korang bincanglah pasal perkahwinan korang nanti ya." Kata Tengku Farida lalu membawa Tengku Ariqah pergi dari sini.

"Long time no see kan? Kau makin lawa sekarang ni." Ujar Tengku Arash. "Tak payah puji kalau tak ikhlas lah Rash." Jawabnya dingin.

"Jadi siapa lelaki dalam gambar tu? Mind me to ask?" Tanya Tengku Arash. "Kawan je. Bukan skandal." Jawab Intan Sofea memerli lelaki itu.

"Aku boleh terangkan pasal hal tu. Please tak lama lagi majlis kita nak dekat Sayang." Ujarnya.

"Saya tahu majlis kita dah nak dekat. Tapi awak pun sendiri tahu kan. Habis kenapa nak buat masalah pula? Kawan? Betul ke tu kawan awak? Tak kan kawan siap peluk-peluk pinggang pula? " Tanya Intan Sofea. "Dia kawan aku je. Tak salah pun aku berkawan dengan dia. Aku masih ingat yang aku ada tunang lawa." Terang Tengku Arash. Bukan dia berniat hendak mencurangi tunangnya itu namun gadis di dalam gambar itu banyak menolongnya.

"Jadi kenapa selama ni awak jarang hubungi saya? Jangan chat saya?" Tanya Intan Sofea. "Memanglah pada mulanya aku ragu-ragu tapi aku sumpah Sofea. Aku sibuk. Selama ni aku tak ambil cuti. Jarang sekali sebab nanti masa kita nikah aku ambil cuti sebulan sebab tu lah aku sibuk. Dan sebab aku jarang chat kau sebab kau kan nak final exam aku tak nak ganggu kau. I'm sorry ya Sayang." Ucapnya.

Tengku Arash sudah banyak berubah. Dulu bukan senang perkataan maaf itu keluar dari mulutnya tapi sejak dia dan Intan Sofea bertunang dia sering mengaku kalah kerana tidak mahu melukai perasaan gadis itu.

"Baiklah saya maafkan. Lain kali awak terangkan dekat saya awal-awal. Jangan buat saya tertunggu-tunggu lagi." Ujar Intan Sofea.

"Ya aku janji. Be happy lah Sayang. Ni kan hari bahagia Isac. Tak mau lah tengok kau menangis. Tahan dulu air mata tu untuk majlis kita ya." Kemudian dia mengenyit matanya.

I'm The One Where stories live. Discover now