BAB 19

3.3K 139 10
                                    

    BILA ibu dah sihat abah bawa kami pergi balik rumah dia. Rumah abah memang besar. Lagi besar dari keluarga Tengku Faridah.

Abah juga suruh kami tinggal dengan dia.  Dah aku baru tahu yang sebenarnya ibu dan abah belum bercerai. Ibu terpaksa bawa aku yang ketika itu masih dalam perut lari ke kampung semula sebab isteri pertama abah  tak suka dekat ibu.

Orang kampung kahwin dengan anak Tengku. Tambah lah isteri pertama abah tak suka bila tahu kisah silam ibu. Isteri pertama abah  tindas dan seksa ibu.

Kemudian dia nak halau ibu dan cederakan kandungan ibu tapi ibu larikan diri balik semula ke kampung. Sebab tu lah aku terpisah dari abah sejak kecil.

Aku tak tahu pun yang selama ni abah ada ja perhatikan aku. Dia tengok aku waktu pertama kali aku masuk tadika.

Abah dah tahu yang aku kerja sebagai pembantu rumah. Dia memang marah habis lepas aku bagitau pasal kenapa aku balik haritu mata aku merah dan bengkak serta pipi aku merah.

Abah sampai nak jumpa lelaki itu. Tapi aku halang. Abah cakap yang aku ni terlampau baik dan senang dipermainkan. Aku cuma tunduk dan diam.

Kini aku duduk sahaja di rumah. Sudah sebulan aku berhenti kerja. Abah juga larang aku jumpa dorang lagi.

"Adik termenung apa tu?" Tanya abah. Dia sekarang fokus dengan syarikat dia di Malaysia. Abah janji kalau ada masa terluang dia bawa aku dan ibu pergi luar negara. Lawat syarikat dia di sana.

"Tak ada apa-apa. Abah tak masuk kerja ke harini" Tanya Intan Sofea. "Tak. Oh ya abah nak tanya ni. Adik nak sambung belajar tak? Abah boleh uruskan semuanya. Cakap ja adik nak masuk dekat universiti mana dan bidang apa" Beritahu Tengku Irham.

"Boleh ke? Tak terlambat ke?" Tengku Irham geleng kepala lalu mengusap kepala anaknya. Kat rumah Intan Sofea memang tak pakai tudung. 

Akhirnya tak payah asyik bertudung sahaja. Dulu masa dia masih kerja dia cuma buka tudung masa dalam bilik ja. Sekarang tak. Dia bebas. Cuma kalau keluar sahaja dia pakai tudung.

"Bolehlah sayang. Adik 18 tahun pun belum. Lagi 2 minggu kan? Jadi nak sambung belajar tak? Tak kan nak sia-sia kan kepandaian adik" Kata Tengku Irham.

Dia tak sangka yang anak dia ni pandai. Masa dia tengok result SPM milik Intan Sofea memang dia terkejut. Dari 11 subjek yang Intan Sofea ambil dia dapat 9A+ dan 2B+.
2B+  tu ialah  biologi dan prinsip akaun.

"Nak lah" Jawab Intan Sofea. "Nanti abah uruskan kan ya? Bidang apa?" Tanya Tengku Irham. "Perakaunan boleh?" Tanya Intan Sofea.

"Nak jadi akauntan lah ni? Nanti kerja dekat syarikat abah ya" Intan Sofea cuma angguk kepala.

Tidak lama kemudian Puan Suhaila datang membawa segelas air kopi. Mungkin untuk abah.

"Hei anak ibu ni kenapa termenung ja" Intan Sofea cuma gelemg kepala. "Tak da. Abang cadang nak masukkan adik ni dekat universiti ambil bidang perakauanan. Nanti dah gradute boleh kerja dekat syarikat" Beritahu Tengku Irham.

"Baguslah adik sambung belajar" Kata Puan Suhaila. Intan Sofea senyum lagi. Kemudian dia teringat sesuatu.

"Ibu kenapa korang panggil Sof sebagai adik? Adik ada adik beradik lain kah?" Tanya Intan Sofea. Sudah lama dia ingin bertanya tentang perkara ini.

Tengku Irham dan Puan Suhaila saling berpandangan. "Lupa pula nak bagitau. Ya adik ada adik beradik. Nanti masa birthday adik baru abah bagitau ya? Sekarang ni dia dekat luar negara. Nanti masa birthday party adik baru dia balik" Beritahu Tengku Irham.

Intan Sofea tersenyum lalu mengangguk kepala. Tak sabar nak jumpa abang atau kakak dia tu.


   INTAN Sofea sedang bersiap-siap hendak keluar. Nak keluar dengan abah. Daughter and father 's time.  Seharian dia akan keluar dengan abah dia. Ibu tak ikut.

"Wah cantiknya my little princess ya" Puji Tengku Irham. Intan Sofea cuma tersenyum. "Dan comel juga" Tambah abah dia.

Intan Sofea perhatikan penampilan dia. Celah mana comel yang macam abah cakap? Dia perhatikan lagi depan cermin besar pula.

Baju t shirt long sleeve yang dituck in di dalam skirt labuh paras buku lali. Tudung berwarna ungu. Dan dia pakai kaca mata. Saja.

"Mana ada lah" Katanya. Tengku Irham tersenyum kecil lalu digeleng kepalanya. "Betullah you look cute. Just like your mother when she still young dulu. Both of you look the same" Katanya.

"Apa-apa je lah. Jom lah jalan" Kata Intan Sofea dengan teruja. "Amboi tak sabar ya? Ok lah jom" Kata Tengku Irham. Intan Sofea cuma tersengih.

Abah dia bawa dia pergi mall dahulu sebab nak belikan Intan Sofea baju baru. "Adik cakap ja adik nak beli apa ya? Ambil je. Abah tak kisah" Pesan Tengku Irham. Anak gadisnya itu cuma mengangguk.

Mereka ke butik yang popular itu untuk membeli baju. "Beli je berapa banyak yang Sofea nak" Kata abah dia lagi. Intan Sofea angguk lagi.

Tengku Irham duduk sebentar sementara menunggu anak gadisnya siap memilih baju.

Habis satu butik itu Intan Sofea terokai. Banyak juga dia pilih baju. Pekerja yang tadi asyik mengikutinya hanya tersenyum. 10 pasang baju dia pilih lalu dibawa kepada Tengku Irham.

"Dah siap? Ini je? Tak nak tambah?" Tanya Tengku Irham. Dia pandang baju yang ada di tangan anaknya. Semua baju yang berfesyen muslimah dan labuh.

Intan Sofea angguk. "Cukup lah. Nanti baru beli lagi" Katanya. Tengku Irham angguk kepala juga. Mereka pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar baju tersenyum.

Intan Sofea tersengih memandang ke arah harga semuanya. Hampir seribu  juga harga semua baju yang dia pilih. Tiba-tiba rasa bersalah pula. Tapi abah dia senyum sahaja lalu mengeluarkan kad kredit untuk digunakan.

Intan Sofea pandang abah dia lalu cakap terima kasih. Tadi abah suruh pekerja hantar baju-baju tu terus pergi rumah. Pekerja dia sana cuma menuruti. Dan mereka panggil abah sebagai tuan. Tak tahu kenapa.

Tapi kemudian abah bagitau yang tanah tempat mall itu didirikan adalah tanah milik abah. Jadi secara tidak langsung mall tu sebahagian daripada  milik abah. Intan Sofea terkejut juga masa abah bagitau.

"Lepas ni nak pergi mana lagi?" Tanya Tengku Irham. Dipandang anak gadisnya itu. "Tak tahu lah" Jawab Intan Sofea.

"Adik nak laptop dan telefon baru tak? Abah belikan nak?" Tanya Tengku Irham. Kalau boleh semua yang anak gadisnya mahu dia akan dapatkan. Asalnya Intan Sofea gembira dan bahagia. Hampir 18 tahun tidak bertemu dengan anak gadisnya. Mestilah dia akan membelikan apa-apa sahaja buat Intan Sofea. Lebih-lebih lagi apabila Intan Sofea merupakan anak bongsunya dan satu-satunya anak perempuannya. Memang dia sayang sangat lah.

"Tak payahlah. Telefon adik ok lagi. Laptop pun tak payahlah" Katanya. Walaupun Tengku Irham tu ayah kandung dia tapi dia tak nak terlampau bergantung hidup dengan kemewahan yang Tengku Irham ada. Dia dibesarkan dengan hidup berdikari.

"Jom lah. Kenapa? Masih segan lagi ke nak minta beli? Alah laptop ni kan adik guna nanti untuk belajar. Telefon pun beli lah baru. Adik pakai telefon ni dari tingkatan 2 lagi kan?" Intan Sofea angguk kepala.

Telefon adalah habis duit gaji dia. Sejak dari tahun 6 lagi dia mula bekerja. Membantu Puan Suhaila. Dia kerja di pasar malam dan restoran. Memang semua kawan-kawan dia hidup mewah. Pergi dan balik dihantar. Dia pula terpaksa jalan kaki sejauh 2 km setiap hari.

Apa sahaja yang mereka ada dia tidak pernah ada. Dia tekad kumpul duit nak beli telefon sebab cikgu selalu marah dekat dia sebab tak siapkan kerja rumah. Tapi dia diam sahaja tidak mahu bagi alasan. Sebenarnya semua kerja sekolah di hantar di aplikasi whatsapp. Dia tiada telefon macam mana nak tahu.


*****

Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now