DIA duduk termenung menghadap ke luar rumah. Sudah 2 hari sejak suaminya meninggalkan dia. Dia semakin rindu pada suaminya. "Bila hubby nak balik ni. Saya rindu." Adunya. Padahal baru juga tadi dia bervideo call dengan suaminya itu. Lama pula tu. Sampai sempat suaminya keluar makan. Intan Sofea tengok sahaja lah Tengku Arash makan tadi."Alah lusa kan Arash tu balik. Jangan risau lah." Tegur Puan Suhaila. Intan Sofea tidak dibenarkan naik kapal terbang jadi Puan Suhaila lah yang datang untuk membantu dia tika berpandang nanti. Dia sedang menunggu hari. Doktor beritahunya bahawa dia akan beranak pada minggu ni dan paling tidak pun pada minggu hadapan.
Memang Tengku Arash ada minta cuti tapi cutinya akan bermula pada hari di mana dia tiba di Malaysia. Penerbangan dia ke Los Angeles ini merupakan penerbangan terakhir sebelum dia mula bercuti sebulan tanpa gaji.
"Ibu masak apa?" Dia kemudian bertanya. "Ada kari ayam. Baru je masak. Kamu makan lah ya adik. Kejap lagi angah tu datang." Sejak Intan Sofea menunggu hari untuk beranak, Isac dan Lily rajin datang melawat dia.
"Angah datang lagi? Dia tu tak bosan ke asyik datang je hari-hari. Tak ada kerja ke?" Omelnya. "Lah biarlah. Dia datang nak lawat adik dia juga. Lagipun angah tu tak sabar nak jumpa anak buah dia." Isac pula yang terlebih teruja berbanding suaminya.
"Oh ya, bilik apa yang kamu kunci tu?" Puan Suhaila ada perasan yang ada bilik berkunci di sebelah bilik anaknya itu. "Oh itu. Itu untuk baby room." Intan Sofea memberitahu.
Puan Suzana mengangguk. "Lah, ye ke. Ibu ingatkan bilik apa. Tapi kenapa berkunci?" Intan Sofea sudah tersengih. "Sebab adik dengan Arash dah hias bilik tu based on genre baby ni. Ibu tak boleh lah masuk sana, nanti tak suprise lah." Mereka dah tahu jantina anak mereka itu.
"Oh korang dah tahu. Kata tak nak tahu." Pada mulanya Intan Sofea nak kekalkan rahsia jantina anaknya itu tapi suaminya yang beria sangat nak tahu. Akhirnya dia putuskan untuk check jantina anak mereka semasa dia ke klinik tempoh hari.
"Nama pun dah ada. Tapi tak terfikir lagi nak letak satu perkataan je atau dua untuk nama baby ni." Sebab dia dan suaminya ada 2 perkataan untuk nama mereka which is Intan Sofea dan Tengku Arash. Tak kan lah anak mereka satu perkataan sahaja. "Ibu rasa baik letak dua sebab kalau satu je pendek sangat dan kalau tiga panjang pula." Puan Suhaila memberi cadangan. Intan Sofea mengangguk sahaja.
Tidak lama kemudian kedengaran orang memberi salam. Intan Sofea segera menuju ke pintu utama. Dia senyum sahaja bila nampak Isac dan Lily. "Angah ni selalu sangat datang ni." Omelnya sambil memberi ruang pada abang dan kakak iparnya untuk masuk.
"Suka hati aku lah." Jawab Isac dengan selamba. Lily punya sekadar menggeleng sahaja melihat perangai suaminya itu.
Sementara itu pula, Tengku Arash keluar bersama Charles. Ada benda yang dia kena beli. Lelaki itu turuti sahaja lah Tengku Arash kerana dia pun tak ada benda nak dibuat.
"Kau nak beli apa?" Charles bertanya. "Ada lah tu. Kau ikut je lah." Balas Tengku Arash. Dia nak keluar belikan baju untuk isterinya. Sejak mengandung, Intan Sofea banyak pakai dress dan blouse. Jadi dia nak belikan banyak-banyak buat isterinya. Lagipun dia suka tengok isterinya memakai dress panjang.
Dia tidak suka jika Intan Sofea memakai seluar. Dia tidak mahu lelaki untuk melihat bentuk kaki isterinya dan sebab itu lah dia lagi suka Intan Sofea pakai skirt ataupun dress panjang.
Charles akhirnya ikut saja ke mana lelaki bawa dia. "Kau tak nak belikan apa-apa ke untuk girlfriend kau tu?" Tengku Arash bertanya.
"Ha'ah lah aku lupa lah yang aku ni dah ada girlfriend." Dia kemudian menepuk dahi sendiri. Hampir sahaja dia lupa yang teman wanitanya itu ada pesan untuk dia belikan baju di LA. Mujurlah Tengku Arash ingatkan dia.
SELEPAS selesai mandi, Tengku Arash tidak keluar. Dia cuma duduk di dalam bilik kerana dia malas. Hanya Charles sahaja yang keluar untuk mencari makan. Charles senanglah cari makan sebab semua benda pun dia makan.
Tengku Arash pula sepanjang berada di LA ini, dia banyak makan salad sahaja. Tak pasal-pasal nanti balik Malaysia jadi vegetarian pula dia. Tak apa lah nanti balik Malaysia dia makan lah makanan melayu puas-puas.
Dia mengerling jam di tangannya itu. Hampir masuk pukul 7 malam. Maknanya di Malaysia kini hampir masuk pukul 10 pagi. Beza masa hampir 15 jam.
Dia bercadang mahu menghubungi isterinya. Dia yakin yang sekarang ini Intan Sofea sudah bangun dan sedang duduk di hadapan tv, sedang menonton tv bersama Puan Suhaila. Bila panggilan diangkat oleh isterinya, dia tersenyum sendiri.
"Waalaikumsalam Sayang, tengah buat apa tu?" Tengku Arash terus bertanya bila si isteri memberi salam. Dia ada mendengar suara selain ibu mentuanya itu. "Tak ada buat apa-apa. Oh ya, angah ada datang ni hah." Intan Sofea memberitahu.
"Patutlah ada suara lelaki. Ingatkan Sayang keluar makan dengan ibu tadi." Dia tak perasan yang suara tu milik Isac kerana bukan suara Isac seorang sahaja yang dia dengar. Ada suara lain juga. "Abah pun ada juga ni. Abah baru sampai." Tengku Irham sampai petang tadi. Intan Sofea memang gembira habis lah bila abahnya sampai kerana Tengku Irham tak janji yang dia dapat melawat Intan Sofea dalam masa terdekat ini kerana sibuk bekerja. Ada masalah yang syarikatnya hadapi di sana, jadi dia memang sibuk sangat nak selesaikan semuanya.
Hari ini Tengku Irham datang pun tiada siapa yang tahu. Dia tak dapat nak lama-lama sebab masalah belum selesai. Dia kena balik Switzerland semula dalam 2 hari ini.
"Eh, abah pun ada juga ke? Selain tu? Isyam ada?" Dia bertanya. "Tak. Along tak dapat balik. Dia kata nanti bila saya dah beranak baru dia balik sebab dia pun busy juga." Intan Sofea membalas.
Isac yang dari tadi asyik mengunyah kerepek pisang yang dibelinya segera memandang adiknya yang sedang bersembang itu. Dia terus bangun lalu menghampiri adiknya itu. "Alah bercall macam setahun tak jumpa." Sengaja dia kuatkan suaranya untuk Tengku Arash dengar. Dia sengaja mahu cari gaduh dengan adik iparnya itu.
"Eh, orang yang di sana tu sibuk je lah." Jawab Tengku Arash. Isac pun terus rembat telefon adiknya itu. "Nasib kau tak ada di sini. Kalau kau ada depan aku sekarang ni, memang dah lama aku rendam kepala kau dalam besen air tau." Intan Sofea hanya tertawa kecil bila mendengar pertengkaran tidak matang antara abang dan suaminya itu.
"Nasib lah aku ni bukan pemilik Air Asia tau. Kalau tak memang dah lama aku banned kau dari naik kapal terbang. Biar kau naik perahu je dari Swiss tu datang Malaysia." Tengku Arash membalas balik.
"Korang berdua ni lah tak boleh tak gaduh ke?" Intan Sofea menyampuk. "Ish tak boleh dik. Angah kena juga gaduh dengan dia ni sebab dia ambil adik cepat sangat. Tak sempat angah nak kenalkan adik dekat kawan-kawan angah." Isac sengaja mahu membuatkan Tengku Arash mengamuk dan pada masa yang sama mahu membuatkan Tengku Arash cemburu.
Tidak lama selepas itu, Tengku Arash terus mematikan panggilan itu menyebabkan Isac ketawa besar. "Someone is merajuk." Sempat lagi dia mengejek adik iparnya itu sebelum dia memberi semula telefon itu kepada pemilik asalnya. Nanti jadi kerja Intan Sofea lah nak pujuk suaminya itu. Ini semua salah abangnya.
*********
Jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...