INTAN Sofea dan abang sulungnya keluar berjalan-jalan di sekitar bandar. Tak lama lagi Intan Sofea akan masuk universiti."Kita nak pergi mana along?" Tanya Intan Sofea. Atas sokongan ahli keluarga Intan Sofea sambung belajar dalam bidang bisnes. Nak ganti tempat abahnya konon.
"Shopping lah. Along baru dapat gaji tau. Adik cakap je nak beli apa along belikan. Kat sini banyak coklat tau. Banyak yang murah-murah. Kalau nak yang mahal pun boleh" Ujar Isyam. Isac tak ikut sebab masa dorang keluar Isac masih tidur.
"Tak payahlah" Tolak Intan Sofea. Dia masih rasa segan dengan lelaki yang bergelar along ini. "Betullah macam apa yang angah kata. Adik memang pemalu orangnya. Alah tak pa lah. Along juga ni. Abang sendiri. Beli je lah apa-apa ja. Tak lama lagi nak masuk U kan? Kalau nak minta beli laptop pun boleh" Ujar Isyam.
"Abah dah belikan laptop. Telefon pun sama. Baju pun banyak juga adik borang. Banyak dah adik ada" Katanya. Isyam cuma senyum. Intan Sofea memang gadis yang sopan.
Hatinya senipis kertas dan selembut kapas. Dia kena lindungi adik dia. Tak kira sebelum kahwin atas sesudah kahwin. Intan Sofea satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
"Coklat nak? Di sini banyak tau" Katanya. "Tak nak. Nanti adik gemuk" Balasnya. Isyam tertawa kecil lalu dia pandang adik dia yang duduk di sebelah. "Jadi nak beli apa? Cakap ja along belikan" Pujuk Isyam. Intan Sofea kemudian tersengih.
"Tak tahu nak beli apa" Balas Intan Sofea. "Kalau macam tu kita jalan-jalan lah dulu ya? Mana tahu tiba-tiba muncul idea nak beli apa" Katanya. Intan Sofea cuma angguk kepala. Tanpa Intan Sofea sedar Isyam mengambil gambarnya. Lepastu dia post dekat status. Siap letak caption 'date with her ♡'.
Semua kawan-kawan dia di Switzerland mahupun dia Malaysia banyak yang bertanya siapa gadis dalam status dia sebab masa dia ambil gambar Intan Sofea pandang luar tingkap.
Orang tak tahu yang aku ada adik perempuan. Bolehlah acah-acah dia ni girlfriend kecik aku. Hehehehe.
ISAC duduk di beranda rumah sambil memerhati sebuah kereta masuk. Tak kan abah pula. Abah baru je jalan tadi. Kemudian dia terfikir pasal adik dia. Tak pula nampak selama sehari ni.
"Ibu adik pergi mana?" Tanya Isac. Dia pandang wajah ibunya. "Oh dia keluarlah dengan along tadi. Kamu tidur tu pasal dorang tak bawa sekali. Hah tu dorang kot" Kata Puan Suhaila.
Puan Suhaila bersyukur dapat bertemu semula dengan anak-anaknya. Pada mulanya dia takut mereka tidak menerima dia kerana dia meninggalkan mereka dahulu. Tapi tidak. Isyam dan Isac amat memahami.
Dia bersyukur yang anak-anaknya tidak membenci mahupun melupakan dia. Dia turut bersyukur juga sebab mereka jaga anak gadisnya dengan baik. Walaupun baru seminggu lebih si gadis itu mengenali abang-abangnya dia sudahpun rapat dengan mereka. Intan Sofea lebih rapat dengan Isyam dari Isac. Mungkin sebab Isyam lagi suka manjakan dia.
"Ibu dulu adik baik tak?" Tanya Isac. Puan Suhaila tersenyum. "Baik sangat" Jawabnya. "Patutlah masa kerja dulu adik baik ja. Tak pernah mengeluh. Semua yang kena suruh buat dia lakukan. Adik masak sedap tau" Beritahu Isac.
Puan Suhaila kerut dahi. Anaknya sorang ni sudah kenal adik dia berapa lama?
"Ibu kenapa buat muka begitu? Oh ya mesti ibu bingung kan. Sebenarnya haritu Isac ada balik Malaysia nak cari adik sebab Arash cakap yang pembantu rumah baru mereka seiras wajah abah. Jadi Isac balik sana. Memang ya. Itu adik. Isac tak tahu masa tu" Terangnya.
"Dan lepas tu kan ibu ada suatu hari tu angah tak sengaja ternampak adik tanpa tudung. Dia terus bersembunyi bawah meja" Intan Sofea memang menjaga aurat dan batas pergaulannya.
Walaupun Isyam dan Isac memang abang-abang kandung kepada Intan Sofea, gadis itu masih malu dah tak pernah lagi dia tayang rambut dia secara keseluruhan. Kalau di rumah mesti dia pakai selendang untuk tutup kepala dia.
Tidak lama kemudian Intan Sofea dan Isyam masuk ke dalam rumah. Ada beberapa beg kertas dari kedai berjenama seperti Chanel.
"Wah along kau bawa dia pergi Chanel?" Tanya Isac. Abangnya cuma mengangguk.
"Beli apa?" Tanya Puan Suhaila. "Ni hah along paksa adik masuk kedai tu. Adik beli 2 helai baju je. Oh ya along ada belikan ibu beg" Katanya.
"Pandai ek ambil hati adik sendiri? No wonder lah ramai perempuan tergila-gila dekat kau long. Siapa je tak mahu kan? Tapi kau long sombong. Pemilih sangat dekat perempuan. Sampai acah-acah jadikan adik girlfriend sendiri" Isyam tersengih.
"Hah?" Intan Sofea bingung. "Adik tak tahu? Ni hah along post gambar adik dekat status whatsapp dia dengan caption 'date with her ♡'. Apa tu?" Kata Isac.
Abangnya cuma tersengih. "Biarlah. Adik tak kisah kan?" Dia tanya Intan Sofea. Gadis itu cuma geleng kepala tanda dia tak kisah.
"See. Adik pun tak kisah. Boleh kan?" Dia kata. "Sila kan. Adik tak kisah. Jangan ja abang terlampau obses jadikan adik ni fake girlfriend along" Pesan Intan Sofea. Isyam cuma tersengih.
"Adik dah sedia nak masuk U?" Tanya Isac pula. Tak lama lagi bulan 10 ni dia masuk U. Area Zurich juga.
Intan Sofea angguk kepala. "Sedia lah" Katanya. Dia masih tak sangka yang dia ada adik-beradik. Selama ni dia cemburu tengok layanan baik Tengku Arash kepada adiknya walaupun mereka selalu bergaduh.
Dia cemburu tengok kemesraan dua beradik itu. Memang dia sentiada berdoa dan bermohon agar dia ada adik beradik. Tak kisah lah kecil atau beza. Dia nak rasa kasih sayang daripada adik-beradik.
Dan alhamdulillah doanya termakbul. Dia ada dua orang abang. Abang-abangnya sangat sayang dekat dia. Dia rasa selamat dan selesa berada berhampiran mereka.
Walaupun dia tidak pernah berjumpa dan ini kali pertama berjumpa mereka dia sudah rasa selesa bersama mereka. Dia rasa bahagia bersama mereka.
Isyam dan Isac tak pernah pilih pilih kasih. Abah pun sama. Tak pernah pilih kasih. Dia sayang semua anak-anak dia sama rata. Tiada beza.
"Along duduk sini kan?" Tanya Puan Suhaila. Isyam angguk. "Kenapa ibu? Ibu nak balik Malaysia ke?" Tanya Isyam. "Tak tahu lah. Nanti ibu balik adik tu nangis" Sempat dia usik anak bongsu dia.
Intan Sofea memuncungkan bibirnya. Tanda tak puas hati.
"Kenapa? Adik tak pernah duduk jauh dari ibu ke?" Tanya Isac. Puan Suhaila senyum lalu geleng kepala. "Malaysia dan Switzerland. Jauh tu. Nanti dia nangis. Kenapa? Korang nak hantar ibu balik Malaysia ke?"
"Tak lah. Along lagi suka ibu dudk dengan kami" Katanya. 17 tahun lebih berpisah dengan wanita yang bergelar ibu. Wanita yang telah mengandung dan melahirkan dia dan adik beradik dia.
Dia bersyukur dapat berjumpa kembali dengan anak-anak dia yang telah lama terpisah. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka. Dia juga bersyukur dan berterima kasih pada DIA sebab telah membenarkan dia hidup lagi. Telah menyembuhkan dia.
******
Seperti biasa jangan lupa untuk vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...