BAB 9

3.4K 126 3
                                    

        SEDANG elok Intan Sofea menyiram pokok bunga di halama belakang tiba-tiba kedengaran bunyi lonceng. Pili air ditutup lalu dia menuju ke pintu pagar. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri dan terdapat beg bagasi di sebelahnya.

"Ye encik. Cari siapa?" Tanya Intan Sofea. Lelaki itu memandang ke arahnya. Lawa. Pujinya di dalam hati. "Arash ada?" Tanya lelaki itu. "Oh Tengku Arash keluar sekejap. Encik ni siapa?" Tanya Intan Sofea pula. "Aku Isac. Sepupu dia. Kau pula siapa? Girlfriend baru dia?" Soal Isac. Lantas Intan Sofea menggelengkan kepalanya.

"Saya pembantu rumah dia je. Encik nak masuk dulu tunggu dia?" Tanya Intan Sofea. "Boleh juga" Pintu pagar dibuka dan Isac mengikuti Intan Sofea masuk ke dalam.

"Encik duduk lah dulu ye? Saya siapkan air" Ujar Intan Sofea. "Tak payah nak berencik-encik dengan aku. Panggil je Isac. Lagi manis panggil Abang Isac" Katanya lalu tersenyum manis. Intan Sofea memang cantik tapi entah kenapa Isac terus sahaja menganggap gadis itu sebagai adiknya bila berjumpa buat kali pertama. Pelik. Selalu kalau dia tengok perempuan cantik pasti nak kacau. Ni tidak. Tiba-tiba jadi sopan pula.

Intan Sofea cuma tersenyum lalu menuju ke dapur. Tidak lama kemudian dia datang semula membawa dulang berisi air oren. "Jemputlah minum dulu" Pelawa Intan Sofea setelah dia menuang air ke dalam cawan.

"Eh kejap kawankan la aku bercerita cik-". "Intan Sofea. Panggil Intan je" Potong gadis itu. Isac mengangguk. "Oh ya boleh aku tanya soalan tak dekat kau? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Soal Isac. Lantas Intan Sofea menggelengkan kepalanya.

"Tak pernah. Kenapa ye?" Kata Intan Sofea. "Tak. Aku tak tahu tapi muka kau familiar dengan aku" Balas Isac. Aku rasa aku pernah jumpa dia sebelum ni tapi aku tak ingat di mana dan bila. "Mungkin pelanduk dua serupa kot" Kata Intan Sofea. Mana pernah dia berjumpa dengan Isac. Kalau dia pernah berjumpa pasti dia akan ingat.

Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi enjin kereta milik Tengku Arash masuk ke dalam rumah. Aku terus bangun dari kerusi. Mujurlah dia sah balik. Sebab aku tak berapa selesa duduk lama dengan lelaki itu.

"Err saya pergi dapur dahulu. Nak siapkan makan tengah hari" Ujar Intan Sofea. Aku dengar Tengku Arash akan berangkat ke LA malam ni sebab jadual kerja dia. Dalam seminggu dua ni tak pernah aku nampak dia pergi kerja. Ahh mungkin jadual kerja dia tak padat tu. Ada orang ganti tempat dia kot.

"Eh Isac? Bila kau sampai? Tak call pun" Satu per satu soalan dilontarkan oleh Tengku Arash bila ternampak kelibat sepupunya itu.

"Baru je sampai. Hei aku nak tanya sikit ni" Balas Isac. "Apa dia?" Soal Tengku Arash lalu mengambil tempat di sebelah sepupunya itu.

"Dari mana kau jumpa Sofea tu?  Muka dia tu. Muka dia tu familiar dengan aku lah. Aku rasa pernah jumpa dia sebelum ni" Tanya Isac.

"Cakap macam tu kan aku baru perasan tau. Entah aku tak ingat. Oh pasal macam mana aku jumpa dia? Mama aku terlanggar dia masa dia tengah cari kerja. Jadi mama bawalah dia makan tengah hari. Dorang berbual-buallah. Masa tu aku sekejap je sebab Irdina bawa jumpa. 2 hari lepas tu mama bagitau yang dia ambil Intan tu untuk kerja di sini" Beritahu Tengku Arash.

    "ISAC duduk sini berapa lama?" Tanya Tengku Faridah ketika mereka sekeluarga sedang elok menjamu selera. "Sampai abah balik kot" Jawab Isac. Pertama kali juga Intan Sofea menjamu selera bersama keluarga Tengku itu. Selalunya dia lagi gemar  makan di dapur.

"Intan umur berapa?" Soal Isac. Saja nak tambah ilmu pengetahuan. "Tahun ni masuk 18" Jawab Intan Sofea jujur. Tak kan nak tipu pula kan. "Wah. Jauhnya beza. Aku 28 tahun ni. Jauhnya beza. 10 tahun. Jadi maknanya Intan dengan Arash... hmm kejap" Dia tengah mengira jarak beza umur Tengku Arash dengan Intan Sofea.

I'm The One Where stories live. Discover now