TENGKU Arash hanya memerhati isterinya yang sibuk melihat mini pelamin yang sedang dipasang itu. Datin Faridah yang sponsor. Katanya khas untuk cucu-cucunya. Intan Sofea dan Tengku Arash ikutkan sahaja. Nak membantah pun tidak boleh kerana Tengku Faridah tetap berkeras juga mahu menyewa mini pelamin. Bukan untuk apa pun, untuk ambil gambar juga.Bukan setakat mini pelamin, di luar rumah mereka sudah terpasang dua buah khemah kanopi yang disewa oleh Tengku Arash. Walaupun di dalam rumah luas, tapi dia lagi suka kalau tetamu duduk menjamu makanan di luar rumah. Lagi luas dan mudah. Tidak perlu masuk ke dalam rumah semata-mata mahu mengambil makanan nanti.
"Pakngah. Arin mengangis." Hanna memberitahu. Walaupun Tengku Arash sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, dia tetap sayang dekat anak buahnya itu.
"Arin mana? Bukan tadi dia tidur ke?" Tengku Arash bertanya. Dia ingat lagi, selepas isterinya menyusukan Aira Denisha, anak sulungnya itu pun ikut tidur sekali di bilik tetamu.
Sengaja dia suruh isterinya menidurkan anak mereka di situ kerana dia memang pantang dan tidak suka ada orang lain masuk ke dalam bilik tidur mereka. Bilik utama mereka. Seperti menganggu privasi mereka sahaja.
"Dia dah bangun. Dia cari pak ngah." Hanna memberitahu. Mujurlah Tengku Arash tiada jadual fly siang ini. Malam ini baru ada dan esok baru lah dia cuti. Dia sudah banyak ambil cuti kita Intan Sofea berpantang. Nanti dia minta cuti banyak kali, ada juga yang kena buang kerja.
"Oh tak pa lah kalau macam tu. Hanna boleh tolong jaga sekejap? Sekejap lagi nanti pak ngah pergi situ." Hanna sekadar mengangguk.
Anak buahnya itu sudah pun membesar menjadi seorang anak dara yang cantik. Sedangkan abang iparnya pun jadi overprotective, ini kan pula dia. Anak buahnya itu cantik, bijak dan sopan orangnya. Mana mungkin dia mahu lelaki sembarangan mengganggu Hanna.
Dia tak berbayangian bagaimana dia mahu melepaskan Aira Denisha pula untuk pergi jika anaknya itu membesar nanti. Pasti susah. Mungkin dia lebih tegas berbanding abang iparnya.
Dia mahu mendapatkan isterinya pun susah, jadi tak kan lah dia senang-senang mahu menyerahkan anaknya dekat lelaki. Kalau mahu mestilah berusaha.
"Sayang." Intan Sofea terus menoleh memandang Tengku Arash. "Kenapa hubby?" Dia bertanya. "Arin menangis. Dia cari Sayang. Hubby dah cuba nak pujuk tadi. Tapi dia tidak mahu."
Boleh pula wajahnya ditolak ketika dia mahu mencium anaknya itu tadi. Muka handsome pun kena tolak. Rasa macam dikhianati oleh anak sendiri pula.
"Eh bukan dia tidur ke tadi?" Intan Sofea bertanya sambil dia menoleh memandang suaminya. "Tak tahu lah kenapa. Dia tak nak dekat hubby. Di tolaknya muka hubby tadi." Sempat juga mukanya dicakar oleh anaknya tadi.
Mujurlah kuku Arin Daniel pendek, kalau panjang sudah tentu muka papanya itu akan ada kesan akibat dia cakar tadi. Dah macam kucing pula pandai mencakar.
Intan Sofea hanya mengangguk. Dia ke singki untuk mencuci tangan sebelum dia mengikut suaminya masuk ke bilik tetamu. Tidak lah dia penat mahu naik ke atas lagi untuk menjenguk anaknya itu. Mujurlah dia menidurkan dua beradik itu di bilik bawah sahaja.
Arin Daniel yang tadinya meraung menangis perlahan-lahan berhenti meraung bila dia melihat mamanya masuk. "Mama." Panggilnya sambil tangan diangkat. Meminta untuk didukung.
"Kenapa ni nangis-nangis? Ada orang kacau Arin kah?" Intan Sofea bertanya. Dia mendukung anak sulungnya itu sambil dia mengesat air mata anaknya itu. Arin Danie hanya diam. Dia menyorokkan wajahnya dileher mamanya yang ditutupi dengan tudung itu.
Arin Daniel sejak ada adik ini, tersangatlah manja dengan mamanya. Tengku Arash tidak berguna baginya. Dia hanya akan mencari papanya itu jika Tengku Arash kerja. Jika papanya ada di rumah, dia tak kisah pun dekat papanya itu. Itu yang membuatkan Tengku Arash geram dekat anak sulungnya itu. Suka sangat menyakitkan hatinya.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...