HARI INI merupakan hari terakhir Intan Sofea bekerja. 2 minggu selepas ini dia akan bekerja semula dengan status yang baru. Iaitu isteri orang. Isteri kepada Tengku Arash.Kawan-kawannya belum tahu lagi pasal ini. Tunggulah habis waktu pejabat nanti baru dia bagitahu.
"Wei aku pi bilik Encik Amin kejap. Ada benda nak tanya ni." Beritahu Intan Sofea sambil memegang sebuah fail. "Pergilah." Jawab Nina.
Intan Sofea segera menuju ke bilik Encik Amin. Sebelum melangkah masuk dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Bila sudah dibenarkan baru dia masuk.
"Ya cik Intan ada apa?" Tanya Encik Amin yang sedang meneliti beberapa laporan di hadapannya. "Saya nak minta cuti start esok boleh tak? 2 minggu." Tanya dia.
"Cuti? Cuti apa? Ada masalah keluarga ke?" Tanya Encik Amin. Jarang sekali pekerjanya meminta cuti last minutes kerana mereka akan memaklumkan seminggu sebelum untuk memohon cuti.
"Eh tak. Keluarga saya ok je. Saya nak kahwin. Kalau Encik free nanti jemputlah datang ya. Minggu depan." Sepucuk sampul diberi.
"Insyaallah Cik Intan. Minggu depan ya? Saya dengar bos besar syarikat ni pun akan adakan majlis perkahwinan anak lelaki itu. Dengar kata dengan pekerja syarikat ni. Awak rasa siapa? Tak mungkin Cik Suzy kan? Sebab konon dia kata dah kahwin dengan anak bos kita tu." Kata Encik Amin.
"Saya tak tahu pula pasal tu." Tipunya. "Oh ya Encik buka lah dulu ya. Tengok tarikh mana tahu Encik sibuk masa tu." Ujar Intan Sofea.
"Ye tak ye juga kan. Saya baca dulu lah." Jawab Encik Amin. Bila dia membaca nama pengantin lelaki dia terkejut.
"Awak? Dengan Tengku Arash? Pewaris syarikat ni? Betul ke? Sejak bila? Tak percaya saya." Kata Encik Amin separa menjerit kerana dia terkejut.
"Dah lama pun Encik. Dah 2 tahun kami tunang. Ni buktinya." Intan Sofea menunjukkan gambar pertunangan mereka berdua.
"Patutlah saya selalu nampak kereta dia kat depan tu masa balik. Rupanya ambil awak. Bukan setakat cuti dua minggu Cik Intan. 1 bulan terus saya bagi. Awak kan bakal menantu Bos besar." Intan Sofea tersenyum sahaja dan ucapkan terima kasih.
"Oh patutlah bos besar nak saya layan awak bagus-bagus. Bakal menantu dia pula. Tapi kenapa awak dapat kerja akauantan? Awak boleh dapat lebih dari ni tau." Tanya Encik Amin.
"Saya tak nak ambil kesempatan dekat bakal bapa mentua saya. Lagipun saya kerja di sini sebabkan kemahiran yang saya ada. Oh ya Encik jangan bagitau sesiapa tau pasal ni. Biar saya je bagitau." Encik Amin sekadar mengangguk dan kemudian Intan Sofea keluar dari biliknya.
"Tak sangka pula bakal isteri Arash kerja kat sini. Betullah apa yang dorang gosipkan dulu." Omelnya setelah Intan Sofea keluar.
JAM sudah menunjukkan pukul 4.50 petang. Sekejap lagi masa balik. Intan Sofea asyik memandang ke arah jam dari tadi sehinggakan Nina yang duduk di sebelahnya rimas.
"Kau ni dari tadi asyik tengok jam kenapa? Tak sabar sangat ke nak balik?" Tegurnya.
"Tak lah. Kak nanti tunggu sekejap ya. Beritahu Farhana dengan Zati sekali. Ada benda nak bagitau ni." Katanya. Nina menangguk sahaja dan terus panggil mereka berdua.
"Wei aku dengar masa bos kita bercakap dengan Tengku tadi kan aku dengar kau cuti sebulan. Kenapa?" Tanya Zati yang baru muncul. Sekarang sudah habis masa pejabat.
"1 bulan? Kau sakit ke?" Tanya Nina pula. "Eh tak. Hah sampai pun Far. Aku ada berita nak bagitau ni." Katanya.
"Apa dia ni? Kenapa kau panggil?" Tanya Farhana yang baru muncul. Tadi dia ke tandas. "Aku nak tukar status aku." Beritahu Intan Sofea.
"Oh status whatsapp? Tukar je lah. Kenapa nak bagitau kami orang?" Ujar Nina yang tidak memahami maksudnya. Intan Sofea sudah menampar dahu sendiri.
"Bukan itu lah. Aku nak kahwin lah." Katanya. "Oh nak kahwin. Cakap lah direct ni tak." Kata Zati sambil mengangguk. Dia diam sekejap kemudian mula kecoh bila memikirkan ayat yang Intan Sofea cakap.
"Ka-kahwin? Kau? Nak kahwin? Oh my gosh serius ke ni Intan?" Tanya Zati. Satu pejabat boleh dengar suara dia yang terjerit-jerit macam mak lampir ni.
"Ha'ah aku nak kahwin. Sabtu depan. Korang datang ya aku jemput ni. Nak kad." 3 sampul surat diserahkan kepada Nina, Farhana dan Zati.
Kemudian Intan Sofea menapak jauh sedikit dari Zati. Dia tahu Zati akan menjerit. "Mestilah kitorang datang. Nak makan nasi minyak kau kan. Pastu nak juga tengok lelaki malang jadi suami kau." Nina bergurau sambil dia mengoyakkan sampuk tersebut.
"Tengku Arash bin Tengku Arizal? Wei Intan! Ni bu-bukan anak bos besar ke? Kau? Anak bos? Nak kahwin? Serius?" Tanya Farhana yang tidak mempercayai.
Intan Sofea sengih sahaja. "Ok lah aku balik dulu. Datang tau. By the way rahsiakan hal ni dari pekerja lain tau. Ok bye. Selamat mengambil kerja aku HAHA." Intan Sofea mencapai begnya dan melangkah pergi. Mengelakkan diri dari di tanya banyak soalan dari rakan sekerjanya itu.
Bila Intan Sofea turun ke aras bawah dia nampak ada seorang lelaki yang dia kenali. Dia tersenyum dan menuju ke arah lelaki itu.
"Arash. Awak buat apa kat sini?" Tanya Intan Sofea. Bukankah ini tempat terbuka? Nanti kalau pekerja lain nampak susahlah dia. Mereka kenal siapa Tengku Arash kerana gambar lelaki itu elok sahaja bergantung di dalam bilik pejabat Tengku Arizal. Malah setiap tahun semasa majlis makan malam tahunan Tengku Arash akan membuat ucapan setelah papanya memperkenalkan dirinya.
Jadi secara ringkasnya semua pekerja di sana mengenalinya.
"Mesti lah datang jemput kau. Sayang tak kan dah lupa kot? Kita ada makan malam family malam ni." Beritahunya. Ketika itu ada beberapa orang pekerja yang melintasi Tengku Arash saling berpandangan antara satu sama lain dan mula berbisik-bisik.
"Kalau ye pun tak payah lah masuk." Omel Intan Sofea. "Kenapa tak boleh? Ni syarikat papa juga. Also gonna be mine. I mean us Sayang." Katanya. Padahal Tengku Arash sudah tahu kenapa gadis itu nampak agak takut sedikit.
"Don't be afraid lah Sofea. Lepas ni kalau dorang cakap buruk dekat kau report terus dekat papa ya wahai bakal menantu papa. Ok lah jom kita balik." Dan seperti biasa dia akan 'merampas' beg tangan milik Intan Sofea dan dengan selamba dia letak di bahu kirinya.
"Sofea jom." Ajaknya lagi. Lambat-lambat Intan Sofea menjawab sebelum dia mengikuti lelaki itu dari belakang.
"Korang berdua dah bersedia?" Tanya Tengku Arizal ketika mereka sedang makan malam di rumah Tengku Arash. "Insyaallah dah bersedia abah." Jawab Tengku Arash dan kemudian memandang Intan Sofea. Gadis itu pula langsung tidak memandangnya.
"Ni hari terakhir korang jumpa ya? Semua dah selesai kan? Jumpa semula hari pernikahan kamu ya. Papa tak nak pula nanti ada orang tiba-tiba ubah fikiran last minutes dan siapkan diri masing-masing." Beritahu Tengku Arizal. Intan Sofea dan Tengku Arash sekadar mengangguk.
Selepas makan malam Tengku Arash dan Intan Sofea duduk di pondok belakang rumah lelaki itu.
"Tak lama lagi kan?" Kata Tengku Arash. Dia memandang gadis yang berjaket di sebelah itu. Cuaca malam itu agak sejuk jadi Tengku Arash membaginya jaket miliknya kepada gadis itu.
"Ha'ah. Tak sangka pula." Intan Sofea menjawab sambil dia memandang ke arah langit gelap itu.
"Jom aku hantar balik. Dah lewat ni." Ajaknya. Intan Sofea sekadar menangguk dan turut sama berdiri.
********
Jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...