SELEPAS memastikan dia membawa baju yang mencukupi. Dia menutup zip beg bagasinya itu. Kemudian beg bagasi itu ditarik ke hadapan pintu. Usai memakai kasut, dia terus melangkah keluar dari rumah berkenaan. Pintu rumah dikunci menggunakan mangga sebelum dia beredar.
Hari ini. Hari pertama dia bekerja. Syukur alhamdulillah ada insan yang sudi bantu dia dan juga ibu. 'Ibu Sofea dah boleh bayar kos rawatan ibu. Ibu jangan risau Sofea janji akan tanggung semuanya dan ibu akan sembuh.' Dia gembira. Gembira akhirnya dapat membantu ibunya.
'Akhirnya aku mampu tampung kos pembiyaan rawatan ibu. Ibu Sofea pasti akan bantu ibu sembuh.' Bisiknya di dalam hati.
Sementara itu Tengku Faridah kelihatan agak sibuk mengemas bilik di sebelah dapur itu. "Ma? Kenapa tiba-tiba mama nak kemas bilik ni?" Tanya Arash. 'Dah dari tadi aku tengok mak aku ni asyik ke hulur ke hilir kemas bilik ni. ' Desisnya di dalam hati.
"Kamu masih ingat tak perempuan yang mama terlanggar tempoh hari?" Arash membalas dengan anggukan. Sebenarnya aku tak ingat pun pasal perempuan tu. Apasal mama ajak dia datang sini pula? Apa lah yang dorang sembangkan tempoh hari masa aku tergesa-gesa nak jumpa Irdina.
"Dengar tak apa mama kata" Ujar Tengku Faridah. Aku rasa anak aku ni dah pekak kot? Entah apa yang dia fikir tu. Hah tengok tu dia tersengih. Mesti teringat dekat awek dia yang tak cukup kain tu. Aku tak tahu lah apa yang si Irdina pakai sampai anak aku ni tergila-gila dengan dia.
"Puan Besar Cik Intan dah sampai" Beritahu Makjah. "Hmm ye lah. Suruh dia masuk dulu. Rash dah-dah nak kamu berchat tu pi dulu layan Intan kejap. Bawa lah bercerita kejap. Ma nak kemas sikit lagi bilik ni" Ujar Tengku Faridah.
"Hmm ye lah" Balasnya. Dengan malas dia melangkah masuk ke dalam ruang tamu.
Tengku Arash memandang ke arah Intan Sofea. Dia menilik gadis itu dari atas ke bawah. Menilik cara pemakaian gadis itu. Baju blouse yang kelihatan lusuh. Skirt juga sama. Kelihatan nampak lama. Gadis ini berkaca mata. Dia memandang ke arah kaca mata yang Intan Sofea pakai.
Hodoh. Hina dia dalam hati. Minah ni tak de taste dalam cara pemakaian kah? Nampak sangat dia ni gadis kampung. Minah kampung datang bandar. Dia tersenyum sinis.
Intan Sofea kelihatan tidak selesa apabila dia ditilik seperti itu. Macam nak tembus ja mata lelaki itu meniliknya.
"Ehem" Tengku Arash berdehem. Ingin menarik perhatian gadis itu. "Kau duduk lah dulu. Duduk diam. Jangan nak jadikan rumah ni macam rumah kau pula. Sekejap lagi mama aku datang. Oh ya kalau mama aku tanya aku pergi mana cakap dengan dia aku jumpa girlfriend aku" Katanya.
Dia tersenyum sinis memandang gadis itu. Jakun sangat. Habis satu ruang tamu dia pandang. Nasib mulut tak terbuka luas.
Intan Sofea cuma mengangguk. Tidak lama kemudian dia berlalu pergi bersama kunci kereta.
Tengku Faridah dan orang gajinya yang bernama Makjah itu masuk ke ruang tamu sambil membawa dulang berisi air sirap.
"Rash mana?" Tanya Makjah. "Dia keluar jumpa Irdina" Beritahu Intan Sofea. "Hmm budak ni. Kalau tak kerja mesti jadi kutu rayau. Tak pernah lah duduk rumah" Omel Tengku Faridah.
Intan Sofea cuma terpaksa senyum. Tak tahu nak komen apa pasal tu. "Oh ya jemputlah minum dulu. Kita borak-borak. Nanti Intan masuk dalam bilik baru Intan ya? Kemas barang. Esok baru start tolong Makjah" Intan Sofea membalas dengan anggukan kepala. Tanda dia faham.
BARU sahaja Sofea hendak melelapkan matanya pintu biliknya diketuk. Ya Allah aku penat sangat ni. Dengan tolong Tengku Faridah berkebun lagi tadi petang.
Tak sangka juga yang Tengku Faridah ni pun minat tanam bunga. Belakang rumah dia dah macam kebun bunga tau. Sana sini ada bunga. Tadi petang dia bawa pula aku berkebun. Masa tu memang lah tak rasa lagi penat dia sebab Tengku Faridah tu ada saja benda dia nak bawa berbual. Katanya sunyi sebab anak perempuan sulungnya tinggal jauh ikut suami.
Anaknya yang lagi satu pula tak da kat rumah. Hujung minggu nanti baru balik. Aku dengar dia pergi bercuti. Best kan? Entah bila aku boleh pergi bercuti juga. Tapi yang paling penting ibu kena sembuh juga.
Jadi tinggallah dia dengan si Arash tu. Aku tak pernah lagi nampak suami Tengku Faridah selama aku berada di sini kurang daripada 24 jam. Mungkin sibuk kot.
Yang aku asyik tengok si Arash tu. Mamat tu tak kerja ke macam mana? Kalau tak da di rumah dia keluar dengan kekasih dia yang bernama Irdina. Cantik kan nama dia? Mesti macam orang dia juga. Kalau tak di rumahnya 24 jam. Itu yang aku dengar dari apa yang Tengku Faridah kata.
Pintu biliknya diketuk lagi dan membuatkan Sofea terhenti dari mengelamun. Dia mengambil tudung sarungnya lalu disarungkan ke kepala sebelum melangkah ke arah pintu.
"Lamanya kau nak buka pintu" Ucapnya. Siapa lagi kalau bukan si Arash ni. "Maaflah tadi kemas baju sikit. Ye ada apa?" Tanya Sofea. "Buatkan aku milo boleh? Hantar dekat tingkat atas" Ujar Arash. Muka bajet macho tapi minum milo? Terkejut juga aku.
"Hmm ye lah. Tapi...bilik awak kat mana ek?" Tanya Sofea. "Kau cari je bilik yang ada kata KEEP OUT ." Beritahu Arash lali meninggalkan Sofea. Dia ingat aku ni kerja dah berpuluh tahun ke kat sini? Tak sampai pun 24 jam dah dia nak mengarah aku?
Ye lah walaupun dia tu anak bos aku tapi...hei dia lalu dapur kot. Tak kan tak boleh buat sendiri. Setahu aku senang je nak buat milo ni. Tak payah pun nak guna resepi bagai.
Ahhh! Dari aku fikir pasal mamat tu baik aku buatkan dia nanti bising pula.
Selepas membuatkan milo kepada si Tengku Arash tu Intan Sofea melangkah naik ke tingkat atas. Masyaallah luasnya tingkat atas ni. Bukan kata tingkat atas je bilik aku tu pun luas juga tau. Lagi luas dari bilik aku sebelum ni. Tak sangka juga ada orang yang baik sangat nak bantu aku ni.
Intan Sofea menapak ke hadapan bilik seperti yang diterangkan oleh Arash. Baru sahaja dia nak mengetuk bilik itu tudungnya ditarik dari belakang. Dia menoleh ke belakang lalu ternampak Tengku Arash. "Aku lupa nak bagitau aku dalam bilik game" Katanya. Sofea cuma mengangguk.
"Nah" Dia menyerahkan air milo di dalam mug itu kepada Arash. "Ok aku pergi dulu. Kau sambung lah tidur kau" Kata Arash. Sebelum dia masuk ke dakam biliknya sempat lagi dia menarik belakang tudung Sofea. Harini je dah berapa kali dia tarik tudung aku kalau aku pakai tudung bawal ni mesti dah jadi rupanya macam ikan bawal. Eh apa yang aku merepek ni.
Intan Sofea kembali semula ke biliknya setelah menghantar minuman kepada Arash. "Ya Allah nikmatnya dapat baring" Ucap Sofea sebelum dia mula masuk ke dalam alam mimpinya.
*****
Btw jangan lupa vote tau
-love hazzy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...