[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Pembantu Seo tiba di pintu kamar hotel Dae Hyun pada jam 10 malam. Dia agak terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Di atas katil, Dae Hyun sedang lena tidur sambil memeluk sekujur tubuh wanita.
Di lantai pula, kelihatan pakaian mereka berselerak di merata-rata. Menyedari perkara itu, pembantu Seo segera beredar dari situ sebelum kehadirannya diketahui.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
'Oh, itukah agaknya wanita yang dikatakan Dae Hyun..' getus pembantu Seo di dalam hati. Melihat itu semua, hatinya merasa bimbang tiba-tiba.
Buat pertama kalinya, pembantu Seo melihat Dae Hyun begitu prihatin tentang seorang wanita. Selama dia mengenali Dae Hyun semenjak anak didiknya itu umur 15 tahun, Dae Hyun belum pernah menunjuk minat terhadap seseorang wanita.
Yang dia tahu, sikap Dae Hyun sangat dingin. Berlainan pula layanan Dae Hyun kepada para peminat. Dia cuma menyapa ramah dan melayani setiap kerenah peminat perempuan. Yang kebanyakan daripada mereka masih bersekolah tinggi.
Memikirkan tentang Dae Hyun, dia sendiri tidak mempunyai hak untuk menentukan kebahagiaan Dae Hyun. Dia tahu Dae Hyun berhak untuk bahagia dengan wanita yang dicintainya. Apatah lagi sekarang ini, Dae Hyun telah pun berkahwin.
Berat beban di hati terasa saat membayangkan Dae Hyun dipisahkan daripada isterinya. Bagaimana jika dirinya sendiri yang berada di tempat Dae Hyun. Dia sendiri pun tidak ingin semua itu berlaku ke atasnya.
15 tahun dahulu,
Pembantu Seo atau nama sebenarnya Seo Kang-Joon pernah mencintai seorang wanita. Namun, wanita yang satu-satunya dia cintai itu telah pergi meninggalkannya. Tiada lagi di dunia ini. Ianya berlaku angkara kedegilannya.
Wanita itu mendapat kecelakaan saat mereka merancang untuk melarikan diri daripada cengkaman ayah wanita itu. Cinta mereka tidak mendapat restu daripada orang tua teman wanitanya yang merupakan orang yang berada pada ketika itu.
Betapa sukar untuk dia menerima kepemergiaan cinta hatinya. Menjadi kaki botol setiap malam dan hampir menghancurkan dirinya. Oleh itu, dia tidak ingin Dae Hyun menjadi sepertinya. Melepaskan dan membiarkan wanita yang dicintai hidup bebas adalah pengorbanan sejati. Jangan jadi sepertinya. Keluh-kesah di dalam hati pembantu Seo sepanjang dia memandu ke tempat yang dia ingin tenangkan diri.
Keesokan harinya,
Kelihatan Dae Hyun menghantar Fareena ke pejabatnya. Pembantu Seo meletakkan kereta di seberang jalan. Gaya pemakaian dia sepanjang di Malaysia agak santai. Berkemaja kolar dan seluar jeans. Sesuai dengan gaya orang tempatan.
Selepas Dae Hyun beredar dari situ, dia segera melintas jalan menuju ke pejabat di mana Fareena bekerja. Ada urusan penting harus diselesaikan antara dia dan Fareena.
Fareena masih terpacak di situ menunggu bayangan Dae Hyun hilang dari pandangan matanya.
" Excuse me, are you miss Fareena, right?" pembantu Seo menyapa Fareena. Riak wajah wanita itu kehairanan.