Bab 64 -🌊Mendamaikan 🌊

155 3 1
                                        

"Hurm... selesanya tidur." terlelap jua Fareena tatkala asyik termenung memandang ke arah laut sambil swipe-swipe setiap babak kenangannya bersama Dae Hyun. Dalam mamai-mamai itu, terus dia rebah di atas katil empuk beralas cadar putih. Tudungnya entah ke mana. Mengantuk punya pasal, sekali tudung terbang. Mentang-mentanglah Dae Hyun tak kacau dia.. Eh, boleh percaya ke??

 Eh, boleh percaya ke??

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*******************

Setelah selesai memasak beberapa hidangan untuk sarapan pagi, Dae Hyun mencari Fareena di dalam bilik.

'Laa.. Patutlah senyap, rupa-rupanya dia sambung tidur lagi?' ucap Dae Hyun di dalam hati.

Dae Hyun mendekati Fareena. Keinginannya datang untuk bermanja dengan Fareena. Ruang kosong di belakang Fareena kini penuh dengan tubuh Dae Hyun.

"Oh, lena betul si dia ni tidur?" empunya diri di hadapannya langsung tidak berganjak.

"Mungkin hormon wanita mengandung agaknya yang menyebabkan dia ni cepat penat dan mengantuk." bisik Dae Hyun sendirian sambil menguis-nguis helaian rambut milik Fareena. Kepala yang tidak berlapik itu di kucup berkali-kali. Langsung tidak jemu dia mengucupnya. Ala.. syuwitnya.

"Alang-alang ada atas katil ni, joinlah sekali." Penat memandu masih terasa. Dae Hyun menarik selimut lalu menutup kaki Fareena dan juga kakinya. Suhu yang dingin turut menyumbang suasana bikin lagi romantik.

Dadanya makin merapati ke kepala Fareena. Biar dia dan Fareena hangat bersama-sama. 'Sayang, abang takkan lepaskan sayang.' ucapnya pelan.

Tanpa sedar, tangannya yang sedang merayap cuba untuk memeluk Fareena itu sampai ke bahagian perut Fareena. Diusapnya lembut, benihnya yang tertanam di situ. Terasa kembung dan mengeras sedikit. Jika Fareena berpakaian biasa tiada siapa pun sedar yang dirinya sedang berbadan dua.

Sepertimana pada pertama kali bertembung dengan Fareena pada malam itu. Tidak dia sangka, wanita yang sedang sarat mengandungkan anaknya ini sanggup mencarinya sehingga ke Seoul. Biarpun sudah mengetahui dirinya sudah mati.

"Apa yang mengerakkan hati awak untuk datang ke negara ini?" Dahi Dae Hyun bersatu dengan ubun-ubun kepala Fareena. Hembusan lembut nafas si isteri menenangkan jiwa. Bersatu pula dengan cuaca redup di luar sana bersama bunyi hempasan ombak di pantai. Sangat tenang. Mendamaikan...🌊

**************

"Alah.. mana si Dae Hyun ni?, call tidak diangkat." Bobby mengomel semenjak pagi tadi. Hajatnya mahu bertanya keadaan Dae Hyun yang melarikan dirinya ke rumah percutian miliknya. Rumah yang dibelinya semenjak berumur 21 tahun lagi. Sekali-kala, rumah itu menjadi escape port nya untuk mencari ketenangan.

Mereka berenam juga sering menghabiskan waktu cuti di rumah itu. Dan kali ini, biar sahaja Dae Hyun yang mengambil tempatnya pula. Harapan Bobby, Dae Hyun dapat mencari ilham bagi mengubah lagu yang terbaru mereka. Dia kenal sangat dengan Dae Hyun. Ideanya akan datang bertalu-talu jika duduk berasingan dengan orang.

Jaemin datang mendekati Bobby yang gelisah semenjak tadi. HyunBin sedang memetik gitar, manakala yang lain sedang bertarung games di telefon masing-masing. Maklumlah waktu cuti sebegini, takkan disia-siakan dengan hobi kesukaan mereka.

"So.. dapat kau hubungi si Dae Hyun tak?" Jaemin datang mendekat Bobby. Bobby menggeleng kepala. Bantal kecil di tepuk berkali-kali. Geram.

"Sudahlah, bagi ruang untuk dia, mungkin masih tidur dan penat memandu agaknya." pujuk Jaemin.

"Beberapa hari lagi adalah tahun baru. Pada masa itulah, kita buat kejutan untuk dia." ZhouMi datang ikut serta.

"Bagus juga. Biar dia rasa pula kena prank dengan kita." Ahli-ahli boyband tersebut masih belum berpuas hati dengan karenah pelik Dae Hyun ini.

Petang semalam, Dae Hyun asyik melihat rakaman susuk seorang wanita di rumahnya. Malam pula, berada di hospital. Tapi bukan berkaitan dengan Katrina. Kata Dae Hyun, dia menghantar orang sakit. Siapakah itu?

"Lepas ni, kita paksa Dae Hyun cerita satu persatu apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang?" penumbuk sudah digempal di tangan Bobby.

"Jika dia tidak mahu terus terang, campak aje si Dae Hyun ke laut. Biar dia rasa kesejukan,,hahaha" masing-masing ketawa.

Apakah terjadi jika Dae Hyun menceritakan semuanya kepada mereka. Dapatkah mereka terima jika Dae Hyun telah pun memeluk agama Islam. Tambahan lagi, status dirinya kini adalah suami orang dan bakal menjadi bapa.

Adakah reputasi Dae Hyun sebagai ayam tambatan di dalam kumpulan mereka akan tergugat? Disebabkan kebanyakan selebriti K-star ini akan mengetepikan soal perhubungan dan perkahwinan demi mengekalkan populariti mereka. Mereka juga diangkat sebagai aset negara oleh peminat.

*************

🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang