Akhirnya, figura Fareena muncul di skrin CCTV Dae Hyun. Sekarang, Fareena sedang berada di dapur.
'Keluar juga dari bilik, tahu pun lapar. Asyik memerap di dalam bilik.' sindir Dae Hyun di dalam hati. Aishh.. sudah hilang ke perasaan marah tu?
Wajah teruja Dae Hyun jelas terpancar. Tapi hampa, ianya sekejap sahaja. Makanan yang yang terhidang hanya dicicip sedikit oleh Fareena.
Adakah Fareena hilang selera selepas 'penderaannya' malam tadi. Yang melegakannya, Fareena baik-baik sekarang. Lalu, skrin telefonnya dimatikan dan menuju ke set penggambaran semula.
Pada waktu rehat, Dae Hyun mengambil peluang memeriksa kembali CCTV. Tangannya menekan sejarah beberapa hari lalu, bermula hari pertama Fareena tiba. Skrin di pause pada saat 18.45.31 petang semalam. Terkejut.
Ketika itu, cctv merakam saat Fareena sedang menghidangkan makanan. Beberapa kali kelibat Fareena mundar mandir. Makanan dihadapannya ditatap lama. Kemudian Fareena kembali mundar mandir semula ke pintu masuk besar.
'Adakah Fareena sedang menanti dia pulang?' Hati Dae Hyun berdebar-debar. Jika benarlah apa yang difikirnya. Dia cukup bersalah kepada Fareena.
'Macam mana dia hendak berdepan dengan Fareena nanti?'
Rakaman tersebut dipercepatkan kelajuan. Pada saat 20.30.15 malam tadi, kelibat Fareena keluar lagi menjengah di ruang tamu.
Benarkah apa yang dia lihat ini?, melihat Fareena tidak senang duduk sambil menahan kedinginan. Sekali-sekala memegang perutnya. Sehinggalah saat 00.12.10, Fareena masuk semula ke.dalam bilik. Hampa wajahnya kerana dia tidak juga pulang. Melihatkan babak itu, timbul pula rasa simpati.
"Fareena, benarkah apa yang abang lihat ni?, kamu sedang menanti abang pulang, kan?" Suara Dae Hyun perlahan. Matanya sedikit berkaca.
Patutkah dia mendapatkan Fareena sekarang? Bertanyakan tentang hal yang baru dia ketahui tadi. Dia ingin tahu sebab dan kenapa Fareena beria-ria menantinya pulang.
'Sabar Dae Hyun, sedikit lagi kerja kamu akan sudah.' Dae Hyun memujuk hatinya supaya tahan daripada pergi meninggalkan set pengambaran sekarang ini.
"Hyung, tersenyum pula sekarang. Tidak mahu berkongsi cerita dengan kami ke?" Usik ZhouMi melihat Dae Hyun kembali semula. Dae Hyun pura-pura tidak dengar.
"Huh.. nanti siaplah kau Dae Hyun, sampai di asrama nanti, kamu kena jelaskan kepada kami apa yang berlaku kepada kamu dan siapa perempuan yang kamu lihat tadi." Ugut Bobby dengan nada keras dan berbisik. Tapi, ianya disambut dengan gelak tawa Dae Hyun. Bobby makin hairan.
"Nanti aku akan ceritakan pada kamu semua, bila sampai saatnya. Jom, cepat-cepat kita selesaikan kerja hari ini." desak Dae Hyun memberi semangat kepada ahli MeetsUp yang lain.
"Amboi, tiba-tiba datang angin semangat dia tu?" perli Bobby.
"Banyak cakap sangat!" kepala Bobby disekeh manja oleh Dae Hyun. Hilai tawa yang lain meriuhkan suasana. Lagak seperti abang dan adik, begitulah juga akrabnya Dae Hyun dengan Bobby.
"Malam ni mesti tak sabar-sabar mahu jumpa tunang kesayangan, kan." ujar Bobby.
Oh! Shit. Dae Hyun teringatkan tentang majlis makan malam yang akan dihadirinya beberapa jam lagi.
Majlis yang juga akan dihadiri oleh bakal tunangnya, Katrina Kang. Jika dia hadir, pasti bapanya akan membuat pengumuman tentang pertunangannya dengan Katrina.
Jika hal ini diketahui oleh isterinya, pasti menjadi sebab yang makin kukuh untuk Fareena mengundur diri. Lama dia berfikir, biarpun manusia dihadapannya sedang merakam photonya dengan lensa kamera. Yang ada di fikirannya adalah Fareena.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romantik[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...