Bab 33 - Dae Hyun masuk perangkap pula.

178 3 1
                                        

"Bos, kami baru sahaja nampak kelibat Dae Hyun keluar dari rumah perempuan itu. Dia mungkin telah mengesyaki perempuan itu telah hilang.." salah seorang pengikutnya memberitahu.

Mereka melihat dari jarak jauh. Supaya Dae Hyun tidak mengesyaki mereka di situ.

Seung Joon dapat rasakan saat ini, Dae Hyun mesti sedang susah hati

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seung Joon dapat rasakan saat ini, Dae Hyun mesti sedang susah hati. Sememang itu yang patut dia rasakan. Puas hatinya sekarang. Sekarang waktunya telah tiba mengheret Dae Hyun berlutut kepadanya.

"Kamu hantar gambar perempuan itu kepada Dae Hyun sekarang!!!" arah Seung Joon.

"Biar dia sendiri yang datang menyerah diri..haha!!" tawa mereka semakin mengilai.

Bob mengikut sahaja arahan majikannya itu. Semenjak tadi lagi dia ingin berbuat demikian.

************

Bunyi kiriman pesanan beberapa kali masuk. Dae Hyun yang sedang memandu tanpa arah dan tujuan itu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nombor yang tidak dikenali, mengirim beberapa keping gambar.

Itu adalah gambar Fareena yang sedang tidak sedarkan diri, dengan kaki dan tangannya diikat.

Itu adalah gambar Fareena yang sedang tidak sedarkan diri, dengan kaki dan tangannya diikat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Seung Joon!!!"

"Argghhhh!!!" Dae Hyun menjerit sekuat hati melaungkan nama musuh ketatnya itu. Telefon bimbit di genggamnya kuat dek amarahnya itu.

"Kamu memang sengaja cari nahas kali ini Seung Joon.." sekarang telah terbukti, Seung Joonlah dalang disebalik kehilangan Fareena itu.

"Hello hyung.." Nombor pembantu Seo segera didail.

"Hello, iya Dae Hyun, kamu di mana sekarang?"

"Hyung..sekarang memang Fareena telah diculik oleh Seung Joon, mereka telah menghantar gambar Fareena sebagai bukti.. apa harus kita lakukan sekarang ini,hyung?" ada bergetar di suara Dae Hyun.

"Kita serah sahaja kepada pihak polis, jangan bahayakan diri kamu, Dae Hyun.." saran pembantu Seo.

"Hyung!!!" Dae Hyun membentak pembantu Seo.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang