Bab 38 - Berlepas ke Korea.

106 4 3
                                    


Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam masyarakat Malaysia. Sama ada menjadi destinasi pelancongan atau populariti K-pop yang semakin menular sehingga ke seluruh pelosok dunia.

Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Incheon akan berlepas beberapa minit lagi. Fareena mengikuti travel secara berkumpulan seramai 25 orang semuanya. Pakej itu lengkap dengan penginapan 5 hari 4 malam dan makan minum sekali.

Seoul sememangnya telah menjadi salah satu kota metropolitan dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoul sememangnya telah menjadi salah satu kota metropolitan dunia. Ia terletak di sebelah laut Korea Selatan dengan keluasan wilayah 605.2 km persegi.

Fareena mengusap lembut perutnya yang telah berpenghuni itu. Satu anugerah yang tidak ternilai buatnya bagi menggantikan ketiadaan Dae Hyun.

Yang ada tersemat sekarang hanyalah perasaan rindu. Rindu ke atas pemergian Dae Hyun. Tidak terduga juga dia boleh membuat keputusan yang mendadak untuk melancong ke Korea. Semoga perjalanannya ke sana nanti boleh memberi sedikit ketenangan jiwa buat Fareena.

Beberapa hari lepas, Fareena menyelongkar kembali borang yang pernah diberikan oleh pembantu Seo. Di borang tersebut ada tercatit alamat surat menyurat Dae Hyun. Walaupun Fareena belum pasti kesahihan maklumat itu. Jika dia tidak mendapat jawapan di atas kematian Dae Hyun, sekurang-kurang dia telah berusaha mencari tahu.

WhatsApp @ 10.30 a.m.

HAI FAREENA..
I'm always waiting for you here. Have a safe return.

KHALID AMMAR

Kiriman pesanan daripada Khalid Ammar dibaca. Lelaki kacak itu masih menghubunginya. Dia mengucapkan takziah kepada Fareena di atas pemergian Dae Hyun, suami Fareena. Pada masa yang sama, Khalid Ammar juga memohon supaya dia diberi peluang untuk menerima hatinya kembali.

Fareena juga pernah terserempak dengan Khalid Ammar beberapa kali dan mereka juga ada berbual dan makan tengahari di restoran.

"Fareena.. I tahu you masih bersedih dengan kehilangan Dae Hyun. Salam takziah I ucapkan. Sudah tertulis ajal Dae Hyun telah sampai. Tapi I masih ada di sini untuk you.." tangan Fareena digenggamnya erat.

"Khalid, I tahu niat you baik terhadap I, tapi..buat masa ni, I perlukan ruang untuk tenangkan diri.." jelas Fareena lalu menarik kembali tangannya dari pautan tangan Khalid Ammar.

"Isteri you yang sangat memerlukan you sekarang, bukankah dia tengah sarat mengandung?, Hargailah apa yang kita ada di depan mata kita sekarang, jangan jadi macam I.., okaylah Khalid, I better go now.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now