Bab 29 - Bawakan gadis itu kepada aku!!!

218 3 2
                                        

DETUMMM

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

DETUMMM.. DETUMMMM...

Bunyi yang terhasil dari bidikan senjata api memekakkan deria pendengaran bagi sesiapa yang berada di sekitarnya. Serpihan dari sisa kelongsong peluru pula menyelerakkan lagi ruangan sebesar gudang itu.

Park Seung Joon sedang mengasah kemahiran menembaknya. Meskipun, dia boleh dikatakan master dalam lapangan itu. Mungkin disebabkan, mangsanya akan jatuh ke jebaknya tidak lama lagi.

Setiap sudut ruangan premis yang besar seluas 100 kaki panjang kali 50 kaki lebar itu dilengkapi para pengikutnya. Mereka lengkap dengan senjata. Seung Joon adalah seorang ketua penyeludupan dadah di sekitar asia tenggara dan serantaunya. Dia sendiri lupa asal usul bermula sejarah hidupnya dengan benda terlarang itu.

Empayarnya sangat kukuh. Pertahanannya adalah pihak berkuasa di negara itu sendiri. Hanya dengan sogokan wang. Semua kerja ditanggung beres.

Hal ini dapat dilihat semasa penculikan musuh ketatnya dahulu, Cha Dae Hyun dua bulan yang lepas. Orang-orangnya dengan mudah bolos masuk ke negara ini. Dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa, Dae Hyun sudah pun berada di tangannya.

Jika bukan kelalaian salah seorang pengikutnya, pasti kini Dae Hyun telah selamat dikebumikan. Abu mayatnya kini dicampak hanyut ke laut.

Asap di hujung pistolnya ditiup. Alatan kalis bunyi di kepalanya di cabut.

"Bos, ada sesuatu yang menarik perlu bos tahu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Bos, ada sesuatu yang menarik perlu bos tahu.." Si boroi datang menghampiri dengan suatu berita yang mengujakan majikannya itu.

"Hurm...apa dia gemok??" Seung Joon dalam nada tidak sabar. Bob menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.

"Ini bos.." ditunjuknya telefon bimbitnya. Terdapat beberapa gambar hasil tangkapan konco mereka yang berkawal di kawasan rumah sewa Fareena.

"Maksud kau?!.." Seung Joon makin tertanya-tanya.

"Budak-budak saya sempat mengintip di luar rumah perempuan tu bos, rupa-rupanya perempuan itu adalah isteri Dae Hyun bos.." terbeliak mata Seung Joon akan khabar itu.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang