Bab 2 - Penumpang misteri

511 5 1
                                        

Fareena terus memecut laju kereta jenama Kancil putih miliknya. Berkira-kira bahawa langit akan gelap tidak lama lagi. Tambahan lagi waktu balik kerja sekarang dan traffik semakin sesak. Dalam kepekatan malam, jam di dashboard kereta menunjuk angka 7.25 petang dan esok pula hari minggu. Maka, berpusu-pusulah kenderaan yang membanjiri jalan raya.

Keretanya di park di tempat yang sama sewaktu dia tiba bersama Encik Azman tadi. Kelihatan keadaan sekeliling gudang usang sunyi sepi. Hanya bersahutan bunyi cengkerik sekali sekala. Matanya sempat pula melihat ke arah gudang yang paling hujung. Cahaya lampu dari premis usang itu samar-samar kelihatan. 'Mungkin ada pekerja lagi yang sedang membuat clearing site kot' teka Fareena dalam hati.

 'Mungkin ada pekerja lagi yang sedang membuat clearing site kot' teka Fareena dalam hati

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Fareena terus memecut laju kereta jenama Kancil putih miliknya. Berkira-kira langit akan gelap tidak lama lagi. Tambahan lagi waktu balik kerja sekarang dan traffik semakin sesak. Dalam kepekatan malam, jam di dashboard kereta menunjuk angka 7.25 petang dan esok pula hari minggu. Berpusu-pusulah kenderaan membanjiri jalan raya.

Kereta di park di tempat yang biasa sewaktu dia tiba bersama Encik Azman tadi. Kelihatan keaadan sekeliling gudang usang sunyi sepi. Hanya bersahutan bunyi cengkerik sekali sekala. Matanya sempat pula melihat ke arah gudang yang paling hujung. Cahaya lampu dari premis usang itu samar-samar kelihatan. 'Mungkin ada pekerja sedang membuat clearing site kot' teka Fareena sendiri.

Namun, ada sedikit gentar menyelubungi sanubarinya. Apa tidaknya, berseorangan ke tempat seperti ini. Dalam hati Fareena sempat berdoa agar tiada apa-apa anasir jahat yang datang kepadanya ketika ini. Aminn..

Lebih kurang 15 minit Fareena mencari walletnya itu, akhirnya dapat dijumpai. Senyum lebar terukir di pipinya. Ditepuknya wallet berkali-kali untuk menghilangkan debu dan terus menyimpan ke dalam beg galasnya.

Fareena mengambil kembali dan memeriksa isi dalam walletnya bagi memastikan tiada kehilangan duit atau kad-kad penting.

"Laparnya.." ucap Fareena sejurus gear minyak ditekan. Dalam benaknya berkira-kira jenis menu yang ingin dimasak. Tergelak sendiri.

Kadang-kadang bukan main beria dia memerah otak berfikir mencari resepi. Tetapi, apabila sampai sahaja di rumah, niatnya itu terbantut akibat dek kepenatan. Biskut cracker Jacob sudah dicicah air milo juga yang menjadi santapannya. Mee segera Maggi pun kekadang berganti jikalau dia sudah bosan dengan biskut.

Keadaan rumah sewa itu gelap gelita, cuma ruang dapur sahaja dinyalakan lampu. Memang kebiasaannya hidup bergelap, lebih menjimatkan kos belanja bulanan. Dengan luasan rumah kurang dari 1000 kaki persegi sudah cukup selesa buat gadis bujang sepertinya.

Selepas selesai membersihkan diri, Fareena menuju ke dapur, membuka peti ais. Agak lama dia berdiri merenung ruang dalaman peti ais. Ada setin sos segera pasta yang belum tamat tarikh luput. Cepat-cepat dia menyediakan bahan-bahan untuk membuat sajian spaggeti carbonara. Memang menjadi kesukaannya.

Fareena mencari tin sos segera carbonara, rupanya masih belum di ambilnya dari kereta. Semenjak dua hari lepas lagi.

"Alamak, terlupa pula, barang-barang tu masih dalam kereta." ngomel Fareena dek alpanya itu. Di luar, jalan hanya bercahaya lampu tiang TNB. Sepi tanpa orang dan kenderaan yang lalu lalang.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang