Bab 44 - Hadir ke konsert MeetsUp 🔞

434 5 2
                                    

Ketukan di pintu kamar hotel kedengaran.
"Fareena..kamu sudah siap ke?" suara Malik di sebalik pintu.

Fareena berhenti mengemas lalu ke muka pintu dan meletakkan nota yang Dae Hyun tinggalkan untuknya yang bertulis;

FAREENA,
HANYA WAKTU YANG MAMPU MENGERTI, BETAPA BERATNYA PERPISAHAN INI. MESKIPUN HATI INI BELUM BERSEDIA, DAN HARAP KITA AKAN BERSUA LAGI SUATU MASA NANTI.
DAE HYUN.

Kepingan nota itu dilipatkan lalu dimasukkan ke dalam poket baju panasnya. Kemudian Fareena membuka pintu bilik hotelnya. Malik sudah berada di muka biliknya.

"En. Malik, tinggal sedikit lagi barang yang mahu saya packing." jawab Fareena. Malik tersenyum sipu apabila melihat wajah Fareena muncul.

Malik sebenarnya menyimpan perasaan dan minat terhadap Fareena. Pada saat pertama mereka bersua mata, hatinya telah terpaut pada Fareena.

Ketika itu, Fareena datang bersama sepupunya, Mya ke agensi pelancongan untuk bertanya. Sikap Fareena yang nampak sedikit dingin dan sukar didekati itu menarik hati Malik.

"Baiklah jika begitu, cepat turun ya, semua sudah menunggu di bawah." ujar Malik. Penerbangan mereka hanya berbaki kurang tiga jam lagi. Yang telah dijadualkan pada pukul 3.00 petang.

Sebelum melangkah, Fareena memandang ke sekeliling ruang kamar yang bakal dia tinggalkan. Di mana telah mencipta memori terindahnya bersama Dae Hyun. Skaf tebal pemberian Dae Hyun dibelit ke lehernya. Keharuman baunya masih ada.

Sampai sahaja di ruang lobi, semua ahli rombongan telah berada di sana. Masing-masing sedang rancak berborak. Ada juga yang sibuk bergambar sesama mereka. Cuma Fareena seorang sahaja yang jadi pemerhati.

"Cik Fareena, pergi ke mana petang semalam. Kelam kabut En. Malik mencari awak." Kak Shera datang mendekati Fareena.

"Oohh.. saya cuma mahu ambil angin di luar, sesak sangat di situ.." balas Fareena.

"Salji turun malam tadi, masa perjalanan pulang, terdapat satu kemalangan. Itu yang membuatkan En. Malik cemas." jelas Kak Shera lagi.

Bukan maksudnya ingin menyusahkan sesiapa. Pada saat itu, hatinya sangat terdesak ingin tahu di mana alamat dan gambar di poster itu. Mungkin dengan masa yang ada semalam dia mahu manfaatkan sebaiknya. Akhirnya, dia telah berjaya menemui Dae Hyun.

"Anak akak akan stay satu hari lagi, dia dengan kawan-kawan baru dia. Mereka berpakat mahu ke konsert artis pujaan mereka malam ini." cerita Kak Shera lagi. Fareena hanya menggangguk.

"Budak-budak tengah membesar, kalau tak diikutkan, memberontak nanti." sambung Kak Shera lagi.

"Oh, konsert artis mana yang mereka pergi tu akak?" Fareena terdetik ingin tahu.

"Adik, Kak Fareena mahu tahu ni, konsert artis K-pop mana yang kamu semua akan pergi malam ni?" Kak Shera memanggil anaknya yang sedang rancak berbual dengan teman-temannya.

"Kejap ya Kak Fareena.." Maria, anak Kak Shera mengambil tiket daripada poket beg galasnya. Lalu menunjuk kepada Fareena dan ibunya.

"Tadaa.., ni dia.." Tiket konsert itu direntang supaya ibu dan Fareena dapat melihatnya. Fareena mengamati lebih dekat tiket itu. Seolah pernah melihatnya.

"Ni.. kalau Kak Fareena nak tahu.. artis berkumpulan K-pop ni bernama MeetsUp.. Diorang lebih kurang seangkat BTS laa.. ini adalah konsert comeback mereka tau.." cerita Maria penuh bersemangat.

"Sekejap.. saya macam pernah tengok laa tiket macam ni.." Lalu Fareena menyeluk poket di baju panasnya.

Dan mengeluarkan nota yang diberikan oleh Dae Hyun padanya. Dia melihat ke belakang nota itu, dan membandingkan dengan tiket konsert Maria. Ternyata sama!!

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now