Bab 56 - 'Jangan apa-apakan saya'🔞

330 4 7
                                    

Di dalam kenderaan MPV milik syarikat, Dae Hyun ternampak kelibat 'seseorang' yang baru memasuki ke dalam hotel mewah 5 bintang di Seoul.

Gerangan apakah yang membawa 'pesaingnya' itu sanggup terbang ke Korea? Tiba-tiba jantung Dae Hyun berdengup laju. Adakah dia ke sini untuk membawa Fareena pergi?

"Eh kamu semua??? selepas habis kerja ni, jom kita ke pusat karaoke, sudah lama kita semua tidak ke tempat seperti itu sambil minum-minum." cadang Bobby memecah kesunyian di dalam kenderaan.

Langit semakin gelap dan menganjak ke pukul 7.00 malam. Tempahan bilik VIP di salah pusat karaoke terkenal telah dibuat. Hanya menunggu mereka semua, ahli-ahli group MeetsUp melalak sepuas-sepuas hati mereka. Pasti mereka tidak akan pulang jika belum mabuk.

Tetapi, suasana yang bahagia itu tidak dapat dirasai oleh Dae Hyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tetapi, suasana yang bahagia itu tidak dapat dirasai oleh Dae Hyun. Fikirannya hanya mengingati akan kehadiran lelaki tadi di tengah-tengah kota metropolitan ini.

Mereka berlima yang lain sedang asyik menyanyikan lagu pilihan masing-masing. Dae Hyun terkecuali. Dia hanya menjadi pemerhati. Sekali-sekali minuman ringannya diteguk. Minuman keras serta tin bir di hadapannya sekadar hiasan di matanya. Semakin larut malam, semakin banyak alkohol diteguk oleh mereka.

"Hyung, kamu belum minum lagi, kan?" Pelawa Hyunbin sambil membuka satu tin bir. Namun, ianya ditolak lembut oleh Dae Hyun. Gelasnya yang berisi air soda lemon masih lagi berbaki separuh.

Beberapa orang gadis seksi yang menjadi pelayan mereka turut bersorakkan sambil menuang minuman keras ke gelas kosong.

Melihat suasana itu, Dae Hyun merasa rimas, dia ingin ke tandas. Dan sebaik sahaja Dae Hyun melangkah keluar, tubuhnya ditahan oleh lelaki penghantar surat.

"Kamu Cha Dae Hyun, kan?" sapa penghantar surat itu.

"Iya saya."

"Ada bungkusan untuk kamu. Nah!" Sampul surat coklat bertukar tangan. Di satu sudut yang agak terpencil, Dae Hyun segera membukanya.

"Apa semua ni?" terketar - ketar tangannya. Terkejut dengan kandungan isi sampul yang baru diterimanya itu. Sampul bersama photo-photo ditangan diremuk lumat. Lalu di buang ke tong sampah.

'Siapa yang mengirimkan ini?' perkara itu menjadi tanda tanya. 'Siapakah yang cuba mencurah minyak lagi ke dalam api?' Dae Hyun akui, hatinya makin sakit bersama bara api cemburu.

Tidak kemudian, di dalam tandas. Satu panggilan telefon di terima. Melihat nombor tersebut, Dae Hyun sudah tahu. Ianya adalah Tuan Cha.

"Hello, kenapa bapa telefon?" sapa Dae Hyun di hujung talian.

"Kamu sudah melihatnya?" pertanyaan bapanya mengelirukan Dae Hyun. Dan akhirnya dia mengerti. Rupa-rupanya ini adalah permainan Tuan Cha yang cuba memisahkan dia dan Fareena.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now