[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Masa terus berganti hari, minggu pula berganti minggu, dan kini telah sebulan berlalu. Kenyataan sebulan lalu cuba dihadamnya perlahan-lahan. Kehilangan orang yang dicintainya itu cukup memberi impak dalam kehidupan sekarang.
Ditambah lagi, satu amanah yang besar bakal dia galas 8 bulan lagi. Mengalas tanggungjawab itu sendirian bukan sesuatu yang mudah. Wanita muda yang sebatang kara sepertinya. Mampukah dia nanti?
Fareena masih menatap hasil alat ujian kehamilan di atas meja sisi. Bergaris dua berwarna merah. Ditepinya pula adalah photo scan ultrasound. Lalu ditatapnya gambaran kecil sebutir biji zaitun itu. Yang berusia 8 minggu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Dae Hyun.. awak akan jadi ayah tak lama lagi.." perutnya diusap lembut. Air mata laju membasahi pipi.
"Jika awak masih ada, adakah berita ini akan menggembirakan awak?"
"Maafkan saya, saya terlambat..saya tak pernah ucapkan bahawa saya cintakan awak..saya sangat mencintai awak..baru sekarang saya sedar.." Suara tangisannya tidak dapat dibendung lagi.
"Saya mahu awak.. saya mahu awak kembali.." kepenatannya merintih membuatkan dia sampai tertidur.
Mya mengetahui hubungan Fareena dan Dae Hyun, bukanlah lakonan, tapi hubungan sebenar suami dan isteri. Sehinggakan Dae Hyun telah menghamili Fareena, barulah Mya mengerti sebabnya sepupunya itu amat sedih.
"Fareena, aku ada simpan satu video Dae Hyun, mana tahu boleh mengubat kerinduan kau tu.." Beberapa saat kemudian, satu file mp4 diterima di telefon bimbit Fareena.
"Itu adalah video persembahan Dae Hyun pada malam perpisahan dia tu.." jelas Mya.
"Susah payah aku pujuk budak-budak sekolah yang rakam ni tau.." ujar Mya. "Aku dengar viral rakaman ni, maklumlah Dae Hyun ni kan pujaan ramai.."
Fareena membuka file tersebut. Ianya adalah rakaman video ketika Dae Hyun membuat persembahannya di malam jamuan perpisahannya di warung Pak Abu. Fareena tersenyum.
"Patutlah, siapa yang tak jatuh cinta dengan dia ni," ujar Fareena sendirian.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.