Bab 27- Malam perpisahan

148 3 1
                                    

Selepas mendengar sendiri bahawa Fareena tidak pernah menyintainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas mendengar sendiri bahawa Fareena tidak pernah menyintainya. Dae Hyun bergegas pergi dari rumah itu. Dia tidak sanggup lagi mendengar apa yang akan Fareena ucapkan.

Beberapa kali dia melepaskan geram pada stereng kereta. Dae Hyun baru terasa pedih di buku lima tangannya. Di atas dashboard kereta masih ada bersisa asam kulit limau yang Fareena tinggalkan tadi pagi. Dae Hyun hanya merenung plastik makanan itu.

Entah kenapa sebegini lemah jadinya hati dia apabila sesuatu hal yang berkait dengan Fareena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah kenapa sebegini lemah jadinya hati dia apabila sesuatu hal yang berkait dengan Fareena. Kuasa apa yang Fareena gunakan sehingga dirinya jatuh terjelepuk angkara kecurangan Fareena itu. Adakah sebab pertama kali dia betul-betul jatuh cinta kepada seorang wanita?

Tidak lama kemudian, dia terus menekan minyak sekuatnya keluar dari perkarangan rumah sewa itu. Saat itu juga, Pak Abu menelefonnnya.

"Hello..Dae Hyun, kamu ada?" Suara di sana bertanya tatkala kedengaran si penerima senyap sahaja.

"Oh, maafkan saya Pak Abu..saya terleka sekejap.."

" Kenapa ye Pak Abu?" Dae Hyun bertanya kembali.

"Malam esok, kami di warung Pak Abu ingin mengadakan jamuan perpisahan untuk kamu." jelas Pak Abu atas tujuan menghubungi Dae Hyun.

"Tidak mengapa Pak Abu, tidak perlu menyusahkan Pak Abu." tolak Dae Hyun lembut.

"Kamu datang ye, tidak lama lagi kamu akan berangkat pulang, tak tahu bila lagi kesempatan yang ada.." jelas Pak Abu niatnya itu.

"Ermm..jika begitu Pak Abu fikirkan, saya akan datang.."

"Mengenai Fareena, Pak Abu sudah tahu apa yang terjadi antara kamu berdua..Jika itu yang kamu berdua putuskan..Anggap sahaja tiada jodoh kamu berdua.." Pak Abu mengakhiri perbualan mereka.

Nampaknya berita penceraian mereka sudah diketahui Pak Abu. Mungkin bagi orang luar, itu yang selayaknya dia patut melepaskan ikatan pernikahan mereka itu. Disebabkan pernikahan tanpa sengaja dan tanpa cinta.

Kereta Dae Hyun laju meluncur kembali ke Hotel. Tapi bukan ke bilik penginapan, tapi ke ruang pub hotel itu. Dia ingin meneguk beberapa gelas minuman keras untuk menghilangkan kekusutan di fikirannya sekarang.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now