Bab 60 - Bawa Fareena dari sini.

133 4 4
                                    

Acara majlis makan malam perayaan krismas tahun ini dihiburkan dengan beberapa penghibur korea yang terkenal. Sajian yang dihidang juga menepati konsep perayaan hari natal. Lazat dimakan bukan sekadar di pandang. 

Saat sedang mereka menikmati makanan, mata-mata ahli boyband  itu teralih kepada meja VVIP di barisan hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saat sedang mereka menikmati makanan, mata-mata ahli boyband  itu teralih kepada meja VVIP di barisan hadapan mereka. Teman-teman seangkat VVIP turut bangun bagi menghormati keberangkatan En. Kang bersama isterinya.

"Kenapa En. Kang terburu - buru pergi. Bukankah majlis ini belum habis lagi." Bobby membuka mulut. 

"Hey semua... tengok sana!" sambungnya lagi. Muncung Bobby menunjuk kepada kelibat pasangan Kim dan  ibu bapa Dae Hyun yang beredar dalam keadaan tergesa-gesa. Riak wajah mereka juga tidak keruan seolah bala telah menimpa mereka.

"Seperti sesuatu yang tragis telah berlaku?" duga Jaemin. 

"Cepat hubungi Dae Hyun semula, bimbang ini berkaitan dengan dia. Kita semua tak mahu Dae Hyun dalam masalah, kan." cadang Jaemin semula. Lekas-lekas Bobby mendial, banyak kali. Dan akhirnya, panggilan dijawab.

"Hello, hyung? Kamu di mana?" soal Bobby kelam-kabut.

"Aku di hospital sekarang?, sesuatu hal kecemasan telah berlaku pada_" belum sempat dihabiskan ayat, dipotong Bobby.

"Aapa???! Kenapa dengan kamu hyung?, kau mengalami kemalangan ke? Cederakah??, Huh..huh.. patutlah En. Kang bersama Tuan Cha beredar awal dari majlis malam ni. Hyung, kamu beritahu kamu di mana?,kami pergi sekarang.!"terbahak-bahak Bobby batuk. Kelam-kabut Bobby setelah mendengar khabar berada di hospital.

"Bobby.. Bobby.. aku baik-baik sahaja. Aku bawa seseorang ke hospital. Sebab dia tidak sihat. Kamu jangan risau, Okay. Dan satu hal lagi, kenapa ibubapa aku beredar awal pada majlis yang dianjurkan oleh mereka sendiri? Jangan cakap mereka memburu aku??" bunyi kegelisahan disebalik suaranya. 'Adakah disebabkan tindakannya tidak munculkan diri di majlis penting ini?'

"Hyung, kamu tidak berjumpa dengan Katrina kan?" Bobby risau jika Dae Hyun lesap dijadikan tawanan Katrina.

"Jangan risau, aku tak balik ke rumah malam ini." jelas Dae Hyun. 'Memanglah, cari masalah besar jika terserempak dengan Katrina yang berkampung di hadapan rumahnya.'

"Baik, Hyung. Jaga diri. Walaupun kami tidak menyokong tindakan kau malam ini. Tapi, kami faham. Mesti ada alasan kau tersendiri jika kau bertindak sejauh ini." Bobby telan air liur sebak.

Dae Hyun mengerti, 'bertindak jauh' yang dimaksudkan Bobby adalah membatalkan pertunangannya dengan Katrina. Yang sememang sudah kecoh satu negara perihal khabar angin perkahwinannya dengan Katrina Kang. 

****************

Setengah jam berlalu, 

Setelah Dae Hyun menerima panggilan daripada Bobby tadi. Sejak itu, dia asyik mundar-mandir memikirkan hal 2 orang perempuan; iaitu : Fareena a.k.a isteri dan Katrina a.k.a bakal tunang pilihan orangtuanya.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now