Bab 68 - Cari bayi pengganti.

372 5 5
                                        

Perjumpaan antara dua buah keluarga di rumah Presiden Kang bagi membincangkan perkara antara anak mereka berdua.

Kediaman mewah milik ahli perniagaan itu tidak kalah dengan rumah milik Tuan Cha. Presiden Cha lebih memilih konsep rumah Korea tradisional.

Kelihatan Katrina sudah yang baru keluar dari hospital bergaya dengan persalinan pereka terkenal. Wajahnya ketat memandang bakal mertuanya itu yang baru tiba. Hal semalam masih dipendamnya.

Para pembantu rumah mengiring tetamu mereka ke ruang makan untuk menjamu hidangan makan malam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Para pembantu rumah mengiring tetamu mereka ke ruang makan untuk menjamu hidangan makan malam. Tidak lama kemudian, muncullah Presiden Kang bersama isterinya.

Mereka turut melabuhkan punggung ke kerusi di ruangan makan. Mengadap diri masing-masing.

"Apa dah jadi ni, Tuan Cha?" Puan Kang memulakan perbicaraan. Berita yang tersebar mengenai pertunangan 'tidak jadi' anaknya kini hangat diperkatakan.

"Susah saya mahu terangkan." Tuan Cha menjawab.

"Cha Dae Hyun di mana sekarang?" Soal Katrina pula.

"Dia masih berada di korea, tidak usah risau tentang dia. Biar dia tenangkan diri." jawab Tuan Cha. Mendengar jawapan bakal mertuanya itu, Katrina lega. Jika boleh, dia tidak mahu merayu pada Dae Hyun lagi. Kali ini, biar lelaki itu sendiri datang melutut padanya.

"Perkahwinan anak-anak kita masih diteruskan, bukan?" Puan Kang ingin kepastian.

"Nanti, kita akan adakan sidang media untuk menjernihkan masalah ini. Mungkin masa itu, Dae Hyun akan munculkan dirinya."

"Saya sudah memikirkan sesuatu supaya kamu berdua bersatu juga dengan Dae Hyun." ujar Tuan Cha. Katrina dan ibubapanya mengerut dahi.

"Apa maksud Tuan?" Soal Katrina dalam musykil.

"Kamu perlu hebahkan pada wartawan yang kamu sedang buntingkan anak Dae Hyun." jelas Tuan Cha.

"A..apa?" melopong mulut Katrina.

"Habis macam mana dengan Dae Hyun?, Sedangkan kami tidak pernah..erm..maksud saya..?" tergagap Katrina ingin menjelaskan hubungan sebenar dia dan Dae Hyun.

"Saya tak nak, bukan dengan cara begitu saya perlu dapatkan Dae Hyun. Ibu, ayah!" Katrina tidak bersetuju.

"Jika kami tidur bersama pun, belum tentu akan terus hamil. Saya pun belum bersedia untuk menimang bayi. Badan saya ni.. aduh!!" ujar Katrina lagi. Risau jika bentuk badannya berubah selepas melahirkan anak.

"Jika begitu, kita cari bayi pengganti." Tuan Cha berkata dalam nada yakin. Lalu tersengih.

"Dan pula di mana kita mahu carikan bayi yang baru lahir?" Soal Presiden Kang pula.

"Itu usah bimbang. Semua itu boleh diaturkan. Asalkan kamu semua bersetuju. Dae Hyun akan memperisterikan kamu, Katrina. Tunggu dengan sabar.." mendengar apa yang dinyatakan oleh bakal mertuanya, membuatkan hati Katrina girang semula.

Dia merasa lega kerana bakal mertuanya turut sama menyokong komplotnya untuk mendapatkan Dae Hyun. 'Tunggu Dae Hyun, kamu akan menjadi milik aku nanti.'

"Jika ianya berjaya, maka kita akan jadi sebuah keluarga yang paling disegani di negara ini." luah Presiden Kang. Masing-masing mengangkat gelas kaca yang berisi wain untuk bersulang.

"Jemput minum.. haha." bukan main seronok mereka dengan rancangan mereka itu.

"Lagi satu, pembantu Seo juga akan turut serta menolong kita untuk menjadikan rancangan ini berjaya." beritahu Tuan Cha.

"Oh, jika begitu kami lagilah senang hati. Pembantu Seo adalah orang paling rapat dengan Dae Hyun. Mesti dia juga inginkan Dae Hyun bahagia." Puan Kang tersenyum. Manakala Tuan Cha dan isterinya saling memandang.

Presiden Kang tidak tahu, pembantu Seo terpaksa akur dengan arahan majikannya itu kerana terhutang budi.

Malam ini, mereka berempat boleh tidur dengan lena. Ini kerana masing-masing akan mendapat manfaat mereka. Sedangkan mereka tidak tahu, jika itu bakal membawa malang kepada mereka nanti.

🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷

💌 AUTHOR'S NOTE : Tinggal komen guys. Tak sabar nak endingkan story ni. Suspend tak?

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang