Bab 1 - Gudang Usang

1.5K 6 0
                                        

[Lokasi: Kedai Makan]

"Mana kau ni? Cepatlah!" bentak Fareena di hujung talian, suaranya sudah mula meninggi. Matanya melirik jam di telefon bimbit — berulang kali. 'Aku yang nak tolong, aku juga yang kena tunggu,' rungutnya dalam hati, penuh geram.

Ini bukan kali pertama sepupunya, Mya, menyusahkan dia begini. Kalau ikutkan hatinya yang panas dan cuaca terik hari ini, mahu saja dia bangun dan terus meninggalkan kedai makan itu. Waktu rehat tengaharinya pun hampir tamat.

Fareena sudah tidak larat lagi menahan lirikan mata rakan-rakan sejawat yang sesekali mengerling ke arahnya. Sebagai staf junior, dia memang tiada keistimewaan langsung di mata mereka — apa saja kerja berat, dialah yang diarah ke sana ke mari.

Beberapa minit kemudian, kelibat Mya akhirnya muncul, sambil mengipas-ngipas tangan tanda keletihan dan panas. Tanpa banyak bicara, dia menarik kerusi plastik merah di hadapannya dan terus melabuhkan punggung, nafasnya masih tercungap.

 Tanpa banyak bicara, dia menarik kerusi plastik merah di hadapannya dan terus melabuhkan punggung, nafasnya masih tercungap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Hah?! Apa yang penting sangat sampai kau paksa aku datang ni?" soal Fareena, nada suaranya masih keras.

"Err... nak minta tolong sikit..." jawab Mya sambil tersengih-sengih, tak ubah seperti budak kecil minta gula-gula.

"Ek... eleh," Fareena sudah dapat mengagak. Pemilik rambut merah yang duduk di depannya itu — bukan sehari dua dia kenal. Sejak bangku sekolah lagi, Fareena sudah lali — dialah tempat Mya menumpang masalah, tempat segala beban dilemparkan.

"Macam ni..." Mya mula mengeluarkan sesuatu dari tas tangan separa kulit gred AAA miliknya. Sekeping brosur dilayangkan ke arah Fareena.

Fareena menyambutnya malas-malas. Sekilas dia membaca — huruf Arial Narrow, penuh tawaran pinjaman yang menggoda.

"Hmm..." dia telan air liur.

"Nak suruh buat apa ni?" matanya sudah membulat.

Cepat-cepat Mya menarik balik brosur dari tangan Fareena. "Kau... kena jadi penjamin aku. Please..." pintanya, suara dibuat selembut mungkin.

"Nak buat apa lagi kali ni? Tak habis-habis engkau ni dengan along la, lintah darat la..." Fareena sudah tak mampu menahan marah.

"Kalau bukan kau, siapa lagi aku nak harapkan?" Mya menjawab, wajahnya penuh rayuan.

"Berapa ribu pulak kau nak pinjam kali ni?"

"Tak banyak pun... 10K jer," jawab Mya sambil mengangkat sepuluh jari, tersengih-sengih.

Fareena mendengus. Matanya mengerling tajam. Sakit betul hatinya. Setiap kali bertemu, pasti ada 'drama' dari Mya. Bila difikirkan balik, seumur hidup dia, pernah ke Mya tolong dia walau sekali? Asyik dia saja yang berkorban.

Dia tahu Mya sudah lama berangan nak buat pinjaman peribadi, tapi tak sangka secepat ini bertindak.

"Dah la, aku dah lambat ni. Kang kena potong gaji aku bulan ni." Dengan malas, Fareena menghulurkan kad pengenalannya.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang