Bab 72 - Kejutan buat Dae Hyun

125 2 1
                                    

Beberapa hari Dae Hyun hilang daripada pandangan 5 temannya lain. Mereka juga masih dalam mode bercuti. Masa mereka dihabiskan di dalam hostel mereka sahaja. Bukan selalu dapat peluang bercuti sebegini. Jaemin setia bersama buku bacaan di tangannya. Manakala yang lain sedang berjuang dengan permainan games di handphone masing-masing.

Esoknya pula memasuki tahun baru, lazimnya mereka berenam akan mengadakan party untuk sambutan tahun baru. Tiba-tiba suara Bobby memecah kesunyian di ruang tamu.

"Korang fikir Dae Hyun okay tak kat sana?" Bobby bertanya pada teman-temannya.

"Erm.. okaylah kot, dia tak ada hubungi kita pun. Siapa suruh kamu bagi kerja sekolah banyak pada dia." Jaemin menjawab persoalan Bobby. Lalu menyambung pembacaannya. 'Kerja sekolah' yang dimaksudkan Jaemin adalah menggubah lagu.

"Bukanlah.. tertanya juga. Makan ke tidak? Ataupun, hidup ke mati?" Seloroh Bobby.

"Sudahlah, dia dah besar panjang. Biarlah dia tenangkan diri kat sana dulu." Pesan Jaemin.

"Hyung, malam ni kan dah masuk tahun baru. Tak syoklah tak ada Dae Hyun, kan?" Bobby mencebik.

"Habis nak buat macam mana? Dia balik ke sini nanti huru hara pulak. Bukan korang tak tahu, gosip pasal Dae Hyun belum reda lagi." Ujar Jaemin. Dia yang paling memahami situasi yang melanda ahli bandnya itu.

"Apa susahnya, hyung.. hehe.." Bobby mengilai seorang diri menarik perhatian yang lain. Pelik betul dengan Bobby ni. Adalah macam-macam idea yang keluar dari otak si Bobby ini nanti.

"Apa???!" Teman-teman yang lain melempar bantal-bantal kecil ke arah Bobby. Masing-masing geram, Bobby memberi teka teki pula.

"Kamu dah lupa kejutan yang kita nak buat tu???" Bobby mempertahankan dirinya.

"Eh, kami lupa. Apalagi, jom lah kita bersiap, sempat lagi ni kita sampai sebelum tengah malam." Mereka semua teruja. Yang mana tadi asyik leka menatap handphone masing-masing bangkit mencari barang yang perlu dibawa bersama.

Tidak sabar menantikan saat sampai di sana nanti. Jaemin tersengih melihat gelagat adik-adiknya itu. Sebelum itu, dia menghubungi Pembantu Seo bagi memaklumkan kepemergian mereka itu nanti.

Seperti biasa, Jaemin terpaksa menadah telinga dahulu mendengar bebelan daripada Pembantu Seo. Tidak boleh itu. Tidak boleh begini. Setelah menerangkan bahawa mereka hanya ke sana hanya 2 atau 3 hari sahaja. Barulah Pembantu Seo mematikan talian.

******************

Setelah memandu hampir 2 jam, maka sampailah mereka berlima di destinasi yang dirancang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memandu hampir 2 jam, maka sampailah mereka berlima di destinasi yang dirancang. Di dalam hati mereka berkobar-kobar ingin melancarkan kejutan buat Dae Hyun.

Sampai hati Dae Hyun tidak langsung menghubungi mereka semua sepanjang berada di rumah percutian Bobby ini.

"Wahhh, rindunya aku pada rumah ni.!!!" Jerit Bobby keseronokan. Matanya melilau mencari kelibat Dae Hyun jika lelaki itu berada di luar rumah.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now