Bunyi hon motorsikal menyedarkan Fareena dari lamunan. Pak Abu rupanya.
'Ingatkan siapa laa tadi', ngomel Fareena di dalam hati.
"Pak Abu, kenapa ada kat sini?" tanya Fareena kehairanan.
"Ish... Ish.. Kamu ni, di tengah-tengah parking kereta boleh kamu menggelamun, teringat pada siapa tu? aku sampai pun tak sedar.." ujar Pak Abu lalu menaikkan cermin helmetnya. Fareena tersengih malu.
"Ni haa.. laki kamu tu Dae Hyun pesan pada Pak Abu, minta hantarkan makanan tengahari ni pada kamu." ujar Pak Abu.
"Tadi aku rasa dia dah datang ke sini.. tiba-tiba pulak minta aku bagi sendiri kat kau." Kata Pak Abu sambil menghulurkan plastik kuning.
"Oh macam tu.. tadi saya dah makan dah kat kedai hujung tu." terang Fareena.
"Ya ke?, Pak Abu terlambat tadi sebab kedai ramai orang.. hmm tak ape laa, kalau petang nanti kamu lapar, makanlah ya.." saran Pak Abu.
"Bersungguh benar Dae Hyun suruh aku hantar pada kamu ni, takut perut kamu masuk angin katanya.." sambung Pak Abu lagi.
"Oh..." melopong mulut Fareena mendengar cerita Pak Abu. Namun, di dalam hatinya berbunga-bunga.
'Risau juga kau kat aku.. ihiks..' Dalam sakit pun, sempat lagi dia ingat pada Fareena. Fareena merasa sedikit bangga.
Sementara itu, dia berkira- kira untuk singgah ke rumah Pak Abu untuk melawat Dae Hyun. Tiba-tiba sahaja merasa rindu untuk menatap wajah Dae Hyun. Rasa sudah lama mereka tidak bersua.
******************
Waktu sekarang telah melewati jam 8.00 malam. Suasana agak meriah dengan kunjungan pelanggan untuk mengisi perut.
Beberapa orang pemuda sedang menguji sound system di sudut karaoke. Dan salah seorang dari mereka adalah Dae Hyun. Tak tentuan juga Fareena sebentar. Mahu pusing dan terus menghilangkan diri. Supaya Dae Hyun tak dapat mengagak niat dia ke mari.
Fareena menarik kerusi di meja kosong, niatnya mahu singgah sekejap, dapat melihat bayang suaminya pun jadilah..
"Fareena, kamu mahu pesan apa-apa tak?" soal Pak Abu yang datang dari arah dapur.
"Eh, tak mengapa Pak Abu, jika saya nak apa-apa, nanti saya panggil." jawab Fareena.
Telefon bimbit berbunyi, Mya yang memanggilnya.
"Hai, boleh join sekali dengan kau?" terdengar suara Mya menggilai dari belakang.
Kaget dibuatnya, tiada angin, tiada ribut, muncul pula di depan Fareena tiba-tiba.
"Fareena, kau datang spot cek laki kau ye.." usik Mya
"Kan aku dah cakap, laki kau tu ramai peminat kat sini, oppa korea kan.. kau aje yang jual mahal.." menjuih bibir Mya menceritakan perihal Dae Hyun kepada Fareena. Walaupun dalam hatinya terdetik rasa cemburu juga.
Mata Fareena tidak lekang dari melihat gerak geri Dae Hyun yang kusyuk membaiki kabel elektrik yang kusut. Langsung tidak menyedari dia diperhatikan Fareena.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...