Bab 59 - Cemas di hospital.

127 1 1
                                    

Saat sampai di rumah, mata Dae Hyun melilau mencari Fareena. Terkujur lesu tubuh isterinya terbaring di birai tangga. Dengan segera Dae Hyun berlari.

"Fareena.. Fareena.." pipi isterinya di tepuk beberapa kali. Pipi Fareena sejuk. Di ciumnya berkali-kali. Baju Fareena pula telah dicemari darah yang hampir kering.

"Darah.." tangan Dae Hyun sudah dikotori.

"Bertahan iya, sayang." tubuh longlai itu dirangkul masuk ke dalam kereta.

Kembali semula di dalam rumah, Dae Hyun datang bersama beg kecil yang berisi pakaian bersih Fareena. Tudung Fareena dililit rapi ke kepala.

Mana tahu, jika Fareena ditahan di hospital. Baju panas miliknya juga ada sekali.

Dadanya umpama mahu pecah. Risau teramat. Tangan Fareena dipegang erat. Dikucup berkali-kali.

"Maafkan abang, sayang." tanpa sedar airmatanya menitis. Perut Fareena juga diusap lembut.

Di dalam fikiran Dae Hyun, dia harus menyelamatkan dua insan tersayangnya. Jika dia kehilangan bayinya. Sekaligus, dia boleh kehilangan Fareena juga. Tiada sebab untuk Fareena kembali kepadanya jika anak mereka tiada.

"Hello Doktor Sun, ini Dae Hyun." panggilan telefon ke hospital rakan baiknya.

"Saya.. saya mahu minta tolong." pinta Dae Hyun dengan suara terketar-ketar.

*******************

Loceng rumah ditekan berkali-kali, masih tiada suara yang menjawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Loceng rumah ditekan berkali-kali, masih tiada suara yang menjawab. Katrina menyepak beberapa kali pintu pagar. Geram. Serta hatinya menyumpah Dae Hyun.

"Hei Dae Hyun.. keluar!!! keluarlah!!" Jeritan Katrina kuat mungkin mengejutkan jiran sekeliling. Para pengawalnya hanya mampu menggeleng kepala.

"Kalau kau ada di dalam rumah, keluar! bersemuka dengan aku. Sekaranggggg!!!!" bak orang terkena histeria perilaku Katrina.

"Tak guna jantan. Banyak kali permainkan perasaan aku. Ingat aku tunggul kayu. Tidak diendahkan langsung!" dia mula menangis umpana anak kecil.

"Cik, nampaknya Daniel Cha tiada di rumahnya." pujuk orang kanannya.

"Aku tak peduli, aku nak tunggu sehingga dia balik." keras betul hati perempuan manja ini. Ngomel si bodyguard.

Kedinginan memaksa para pegawal Fareena kembali masuk ke dalam kereta. Mereka tidak sanggup menahan sejuk. Boleh terkucil jika lama-lama berada di luar.

"Kenapa kamu semua masuk????" suara Katrina sudah lemah. Hidung mulai memerah. Tatkala dia ingin bangun untuk mengetuk lagi pintu pagar. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. Panik sekalian pegawalnya. Salah seorang daripada mereka menghubungi En.Kang.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now