Bab 32 - Seung Joon sedang mengganas

147 3 1
                                        

Berita kebakaran yang berlaku di kedai makan Pak Abu memeranjatkan pembantu Seo. Dia beranggapan itu semua mesti perlakuan keji Park Seung Joon. Mereka telah melampau kali ini. Perkara yang pembantu Seo jangkakan berlaku juga akhirnya. Beberapa orang penyiasat upahannya melaporkan kepada dia awal pagi tadi.

 Beberapa orang penyiasat upahannya melaporkan kepada dia awal pagi tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Segera Dae Hyun dihubungi. Bimbang jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada Dae Hyun. Kerana malam tadi Dae Hyun ada mengatakan bahawa dia hendak pergi ke suatu tempat. Nombor Dae Hyun didail. Tidak lama kemudian panggilan diangkat.

"Hello...Dae Hyun..kamu tidak apa-apa ke?" cemas suara pembantu Seo.

"Hello...Hyung, kenapa bertanya macam ni?, ada sesuatu yang berlaku ke?" Dae Hyun bertanya cemas. Suaranya lagak baru bangun tidur. Jam di skrin telefon menunjukkan jam 5.15 pagi.

"Syukurlah kamu tidak apa-apa..kamu masih di hotel kan.."Dia menarik nafas lega akan keberadaan Dae Hyun yang lena di kamar hotel.

"Iya..saya masih berada di hotel. Esokkan kita perlu bangun awal.." ujar Dae Hyun.

"Baiklah kalau macam tu, kamu tunggu sahaja saya tiba pagi esok, kita akan berangkat awal bersama-sama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Baiklah kalau macam tu, kamu tunggu sahaja saya tiba pagi esok, kita akan berangkat awal bersama-sama.." talian diletak.

Dalam fikiran Dae Hyun memikirkan sesuatu. Untuk apa pembantu Seo menghubunginya seawal pagi ini. Bukan ada sesuatu yang serius kan yang telah berlaku?

Mata Dae Hyun masih mengantuk. Ruang katil yang kosong disebelahnya itu mengingatkannya tentang Fareena. Masih terasa lagi sentuhan hangat yang Fareena berikan pada malam itu. Lena sangat Fareena tidur di pangkuannya pada malam itu selepas mereka 'bersama'. Tanpa dia sedari, air matanya bertakung, lalu jatuh ke pipi. Fareena, abang akan selalu merindui kenangan kita bersama.

**************

Keesokan paginya.

Pembantu Seo datang menjemput Dae Hyun di kamar hotel. Barang-barang peribadi milik Dae Hyun juga telah dikemas rapi. Penerbangan mereka cuma berbaki beberapa jam sahaja lagi.

Dae Hyun hanya berkemeja biru laut dan berseluar slack hitam serta bersongkok. Gayanya seringkas mungkin.

 Gayanya seringkas mungkin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang