Selepas Dae Hyun memberi kata putus tadi, Fareena dapati Dae Hyun terus membawa diri duduk di sofa panjang. Fareena cuba mencuri pandang beberapa kali ke arah Dae Hyun yang berehat di sana. Sambil leka melihat telefon bimbit. Kadang-kadang menaip sesuatu di skrin.
Fareena menahan sebak di dalam hati. Dia sangat mengharap Dae Hyun akan memujuk hatinya semula seperti tadi. Meskipun dia masih memendam api kemarahan lagi, namun jiwa Fareena terasa berbunga kembali akan ayat-ayat manja Dae Hyun.
Huh.. Nampaknya, dia kena berhenti berharap. Sepertinya, memang benar Dae Hyun mungkin juga sudah muak kerana dia asyik meminta Dae Hyun melepaskannya.
Telefon bimbit Dae Hyun bergetar, lalu di angkat. Fareena tidak memahami butir perbualan mereka dalam bahasa korea. Mungkin itu adalah hal kerja Dae Hyun. Beberapa minit kemudian Dae Hyun mematikan perbualan.
Fareena cuba berlagak tenang di sebalik kain selimut. Dia cuma memerhati dari jauh Dae Hyun berdiri melihat pemandangan di luar jendela bilik sakit itu. Entah apa yang difikirkan Dae Hyun. Malam semakin dingin.
"Jika kamu sibuk, pergi sahaja." Fareena memecah kebisuan di antara mereka. Dae Hyun berpaling ke arah Fareena. Dia mengeluh.
"No, tonight I am will stay here!" ucap Dae Hyun lalu berbaring di sofa panjang tadi. Dia sengaja memaling tubuhnya daripada menatap Fareena. Lalu matanya di pejam rapat.
"Sudahlah. Buatlah apa yang kamu suka." Ngomel Fareena sendiri meskipun suaranya perlahan.
Chupp!!
Satu ciuman hinggap di pipinya.
"Ka..kamu..Dae Hyun.." secara tiba-tiba kelibat Dae Hyun terpacak di hadapannya. Terkejut dengan tindakan Dae Hyun itu.
"Cakap apa tadi?!!" Wajah mereka mendekat. Terasa hembusan nafas masing-masing.
Bagi Dae Hyun, ingin sahaja mengucup dan melumat bibir merah Fareena saat ini. Sudah lama dia menahan perasaan itu. Dia juga dapat merasakan kegelisahan di mata Fareena. Wajah Dae Hyun semakin rapat.
"Hish.. apa ni Dae Hyun." dada Dae Hyun ditolak kasar. Hampa.
"Sekarang tolak pula, tak ingat malam tu dia macam mana." kata-kata Dae Hyun mengingatkan Fareena pada malam mereka di hotel beberapa hari lepas.
"Apa maksud kamu?" Fareena membulatkan mata. Buat-buat tidak memahami apa yang Dae Hyun utarakan.
"Tak mengapalah.. mungkin hormon wanita.. hurm.." balas Dae Hyun. Lalu kembali semula ke sofa tadi.
"Hormon..wanita apa?" Dae Hyun tidak menjawap sebaliknya dia berbaring lalu menarik selimut.
"Good night" ucap Dae Hyun bersahaja sambil melambai kepada Fareena. Sedangkan Fareena mengetap bibir menahan geram seolah-olah dipermainkan Dae Hyun.
Malam ini, Dae Hyun harus berehat lebih awal kerana esok jadual kerjanya memerlukan dia hadir ke acara sidang media. Apalagi jika bukan kerana kenyataannya pada malam konsert itu. Khabar angin mengenainya terus menjadi topik hangat di dunia hiburan.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...