Bab 21- Pisahkan mereka!!!

126 3 6
                                        

Di rumah agam keluarga Cha

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Di rumah agam keluarga Cha.

Gagang telefon di hempas dengan kuat. Air muka wanita yang lebih separuh abad itu merah padam menahan marah di hati. Ditambah lagi kebahangan cahaya matahari yang menerjah masuk ke ruangan bilik bacaan yang luas itu. Pada waktu ini, adalah penghujung musim panas. Tidak lama lagi, musim luruh akan tiba.

Khabar berita yang diterimanya tadi sepatutnya gembira bertukar menjadi sebaliknya. Sebentar tadi, pembantu Seo memberitahu bahawa anak lelakinya telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita di sana. Luluh hati seorang ibu.

" Sayang..apa yang harus kita lakukan sekarang?" tanyanya kepada sang suami yang dari tadi terdiam.

"Cuba kamu bertenang dahulu, kita belum cari tahu lagi apa yang sebenarnya berlaku?" saran Tuan Cha.

"Macam mana lagi saya hendak bertenang?"kata kata Puan Cha dalam meracau. "Apa nak jadi dengan keluarga kita sekarang?" 

"Macam mana pula dengan perjodohan Dae Hyun dengan anak gadis President Kang.."

"Jika perkara ini sampai ke telinga mereka, siapa lagi yang akan menyokong parti kita?" Ujar Puan Cha dalam kebimbangan. Tuan Cha hanya menadah telinga mendengar leteran isterinya.

Tidak terpikir dek akal mereka berdua bagaimana anak lelaki mereka boleh menjadi suami orang.Sesuatu harus segera dilakukan untuk menjernihkan keadaan. Malah yang paling mereka terkejutkan adalah Dae Hyun telah pun menganuti agama Islam.

*************

Sementara Dae Hyun menunggu kepulangan Fareena, tiba-tiba telefon bimbit Dae Hyun berbunyi.

Tertera nama pembantu Seo. Segera di angkat. Pertemuan mereka tadi sekejap sahaja. Ini kerana, Dae Hyun tidak sabar-sabar berjumpa Fareena. Mahu mengkhabarkan kegembiraan tentangnya. Maka cepat-cepat mereka bersurai dari ruangan lobi hotel lima bintang itu.

Panggilan dijawapnya.

"Hello..hyung?" sapa Dae Hyun.

"Iya, ini saya Dae Hyun.." sapa si pemanggil.

"Baiklah, sila teruskan.." Dae Hyun membasi.

Suara di celah telefon sunyi sekejap. Hanya kedengaran keluh kesah si pemanggil di sana.

"Kenapa ye, hyung?"

"Begini Dae Hyun.." pembantu Seo memulakan bicara.

"Baiklah, saya sedang mendengar." sambut Dae Hyun teruja.

"Kamu sudah sampaikan pada isteri kamu mengenai perkara petang tadi?" Soal pembantu Seo

"Oh..pasal itu ke?"

"Fareena belum pulang lagi dari tempat kerja lagi." jelas Dae Hyun.

"Kenapa hyung tiba-tiba bertanya?" musykil Dae Hyun akan soalan pembantu Seo itu.

"Dengarkan saya, Dae Hyun.." nafas ditariknya. "Kamu harus melupakan hasrat kamu itu tadi."

"Kamu harus putuskan hubungan kamu dengan wanita itu." Ibarat batu dihempap ke jantung.

"Oh, Tuhan.." panggilan diletakkan begitu sahaja.

Sekali lagi telefon bimbit berdering. Panggilan diangkat.

"Iya.. hyung," jawap Dae Hyun.

"Maafkan saya, semua ini atas arahan ibu bapa kamu, Tuan Cha..maafkan saya..Jikalau, kamu...

"Cukup.. cukup.. hyung, saya mengerti."

Bagaimana harus dia terangkan kepada Fareena nanti. 'Akhirnya, hari perpisahan kita tiba juga, Fareena...' dalam hati Dae Hyun menangis semahu -mahunya.

Dia bersandar di atas sofa sambil menutup mata, sehinggalah Fareena balik. Impiannya untuk membawa Fareena bersamanya kembali ke tanah airnya terkubur. Dia baru sahaja merasai kebahagiaan, sekaligus ianya direntap. Dia tersepit antara kemahuannya dan juga ketaatannya kepada ibu bapanya.

WHATSAPP @ 17.45:

DAE HYUN, SAYA BERHARAP KAMU AKUR DENGAN PERINTAH TUAN CHA DEMI KEBAIKAN KAMU DAN WANITA ITU. KAMU KENA BANGKIT DARI MIMPI SEKARANG.

Kiriman pesanan yang baru diterimanya dibaca. Sememang ada benarnya apa yang disampaikan. Dia sudah lama bermimpi.

******************

Selepas berbicara dengan Dae Hyun tadi, Fareena mengurungkan dirinya di dalam bilik. Tidak sanggup lagi dia bersua mata dengan lelaki itu. Dia merasakan sakit hati dengan kenyataan Dae Hyun itu tadi. Untuk apa kemesraan yang dipamerkan selama ini. Saat susah dialah yang ada disampingnya. Kini, tergamak Dae Hyun pergi meninggalkannya setelah semua yang mereka lalui.

 Kini, tergamak Dae Hyun pergi meninggalkannya setelah semua yang mereka lalui

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

'Salah kau juga Fareena kerana mudah termakan dengan cumbuan manja dia

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

'Salah kau juga Fareena kerana mudah termakan dengan cumbuan manja dia..' Berkali-kali Fareena menyalahkan dirinya. Tidak seharusnya mereka bertemu di dunia ini. Jikalau untuk membekaskan parut luka di hati. Di ruangan kamar itu, Fareena menangis semahu -mahunya sehingga tertidur.

Sementara di luar, Dae Hyun masih berkira-kira untuk masuk ke kamar itu. Dae Hyun tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia ingin memberi ruang untuk Fareena bertenang. Oleh itu dia memutuskan untuk mengunci mulut mengenai rahsia dirinya. Jikalau, dia kembali ke Korea nanti. Fareena bisa cepat melupakannya. Tiada apa yang sejarah pasal dirinya akan terpahat di hati Fareena.

'Maafkan diri ini Fareena, suamimu ini belum kuat untuk pertahankan kebahagiaan kamu.'

Dae Hyun menyedari sekiranya dia bertindak melulu akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Tapi hatinya begitu terseksa untuk melepaskan Fareena. Mana mungkin.

🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷

💌 AUTHOR'S NOTE : Please vote guys.. leave comment. Thank you so much.. 😘😘😘

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang