Setelah seminggu pernikahan Fareena dan Dae Hyun. Fareena masuk kerja seperti biasa. Kedengaran beberapa orang staff bercakap di belakangnya.
"Fareena, kami dengar kamu dah kahwin? Betul ke?!" tanya salah seorang antara mereka ketika dia melangkah ke masuk ke bilik pantri.
Fareena hanya mengangguk. Matanya langsung tidak menatap para kakitangan yang lebih senior darinya itu.
"Tengoklah tu.. orang bertanya, endah tak endah sahaja menjawapnya." Fareena hanya fokus pada mug yang berisi air milo itu.
"Lagi satu Fareena...Kami dengar kamu di cekup basah...haha...memang sesuai betul dengan kamu." sindiran sinis mereka membuatkan Fareena tidak lama di bilik itu. Mendengar gelak tawa mereka sudah cukup menyakitkan hati. Sampai di 'workstation' nya, air matanya tiba-tiba jatuh.
"Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu ini.." Doa Fareena sambil mengurut dadanya untuk mencari kelegaan.
Tidak lama kemudian, datang Farid yang jawatannya selaku Jurutera di syarikatnya itu. Dia jarang sangat berbual kosong dengan Farid dek kesibukan masing-masing kecuali perihal kerja.
"Reena, are you okay?!" sapa Farid yang berada di depan workstationnya. Panggilan Reena memang sudah lekang diucap oleh Farid. Hanya dia sahaja yang memanggil Fareena sebegitu.
"Saya okay, Farid, thanks." Fareena menghadiahkan senyum kelat kepada Farid.
"If you ada apa-apa nak dikongsi, I ada sentiasa untuk you, okay?! ucap Farid sebelum berlalu.
Nampaknya seperti Farid belum mendengar khabar gosip yang berleluasa di syarikat mengenainya sekarang.
Pekerjaannya yang tergendala selama 5 hari disambung. Satu persatu di senaraikan di dalam buku catatannya.Hampir 3 muka surat dihabisnya dengan catatan tugasan. Meneliti balik semua senarai itu membuatkan kepala Fareena pusing sedikit.
Panggilan telefon dari Khalid Ammar menyedarkan Fareena. Dia mengangkat telefon dan menjawapnya.
"Hello.. Fareena.."
"Hmm.. I di sini.." jawap Fareena lemah.
Terdengar helaan nafas Khalid Ammar di sebalik telefon bimbit itu. Entah mengapa Fareena terasa ingin menjawap panggilan lelaki itu.
"I dah.. hmm.. I dah dengar yang you dah.." lantas Fareena memotong percakapan Khalid Ammar.
"Iya.. I sudah berkahwin, Khalid" Sebak suara Fareena dapat Khalid Ammar kesan
"I nak jumpa you Fareena, I miss you a lot." ucap Khalid lemah.
"Khalid, you jangan keruhkan lagi keadaan..cukuplah selama ini I bersabar dengan you!!" telefon terus di letakkan.
Memikirkan jejaka kaya dan tampan itu membuat Fareena bertambah pening. Sepatutnya lelaki itu sudah melupakan kisah silam seperti mana dirinya sekarang dan meneruskan kehidupannya sebagai seorang suami.
Tetapi bagaimana dengan dirinya sendiri, dia pula tidak pernah menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri meskipun seminggu sudah lafaz nikah diucapkan oleh Dae Hyun. Rasa bersalah pula bersarang di hatinya.
Jam di dinding menunjuk sudah pukul satu tengahari dan sudah pun masuk waktu rehat tengahari.
"Hai Fareena, ni ada food rider yang bawakan awak makanan, dia cakap dia yang belanja." Datang kerani yang berada di kaunter pertanyaan di tingkat bawah jabatannya. Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja Fareena. Melihat kepada bungkusan itu, dia dapat menggagak siapa gerangan yang mengirimkannya makanan.
Selepas Dae Hyun memeluk islam, Pak Abu telah menawarkan pekerjaan kepada Dae Hyun. Pelayan di kedai makan Pak Abu. Di samping itu, Pak Abu juga meminjamkan motornya buat kegunaan Dae Hyun berulang alik dari kedai makan dan ke rumahnya.
Daripada situ, Dae Hyun sering membekalkannya makanan tengahari dan makan malam yang ditapau dari kedai Pak Abu sepanjang dia belum masuk kerja. Jika situasi sekarang, mesti Pak Abu yang menunjukkan lokasi tempat kerjanya.
Kadang-kadang tersentuh juga hatinya dek sikap ambil berat Dae Hyun itu. Mungkin itu cuma cara Dae Hyun membalas budinya.
Apabila sampai di rumah, suasana dalam rumah masih gelap gelita, sekarang sudah pun pukul 11.00 malam. Bilik Dae Hyun masih lagi gelap. Fareena menggerut dahi kehairanan. Risau juga dia jika sesuatu berlaku kepada Dae Hyun.
Tidak lama itu, panggilan daripada Pak Abu melegakan Fareena. Dia diberitahu bahawa Dae Hyun baru sahaja selamat dikhatankan. Pak Abu menempatkan Dae Hyun di rumahnya supaya senang untuk isteri Pak Abu menjaganya. Tersengih Fareena selepas mendengar penjelasan panjang lebar dari Pak Abu.
"Hello, Fareena.. ni haa.. Pak Abu nak bagitu.. suami kamu ni dalam pantang bersunat siang tadi." terang Pak Abu meninggalkan ketenagan pada Fareena.
"Biarlah dia tinggal seminggu di rumah Pak Abu ni..senang Pak Abu nak pantau dan bagi makan pada dia..kamu kan sibuk memanjang." Memang betul dirinya sangat sibuk. Apatah lagi mahu menjaga lelaki yang bersunat. Biarlah dia serah pada yang pakar.
Setelah mandi, Fareena ke dapur membuat minuman sebagai alas perut. Beberapa keping not duit kertas RM10 di letak diatas meja makan. Jumlah duit itu terkumpul sejak hari pertama Dae Hyun bekerja dengan Pak Abu. Fareena pula tidak pernah bertanya upah sehari yang Pak Abu berikan kepada Dae Hyun. Cukuplah makanan percuma diberikan Pak Abu kepada Dae Hyun.
🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷
💌 AUTHOR'S NOTE : Selamat malam readers sekalian, semakin membuak-buak idea yang datang ni. please vote and leave some comment. Thank you very much. 😘😘😘
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...