[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Dae Hyun merasa sangat panas ketika tidur. Keringat yang keluar di dahi dan membasahi belakang baju. Di toleh ke tingkap yang separuh tertutup dengan langsir. Hari telah pun siang rupanya. Patutlah bahang panasnya semacam.
**** flashback bab 5
Bau masakan menusuk masuk ke rongga hidung. Sedikit kedengaran bunyi perkakas dapur berlaga. Tekaknya teramat haus. Ruang tamu kecil itu telah pun dikemas rapi.
Dia melihat setiap empat sudut dinding berwarna kelabu cerah itu. Ruang itu hanya didekorasi dengan sebuah sofa tiga seater, meja kopi dan kabinet televisyen. Selain itu ruang lain dibiarkan kosong. Sangat ringkas citarasa pemiliknya.
Dae Hyun mengambil langkah dengan berhati-hati sambil memegang pada balutan jahitan di perut. Perit kesakitan di kulit perut kian terasa. Beberapa meter dari dapur, kelihatan pemilik rumah sedang bergelut dengan sudip dan kuali di depan api.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kehadirannya itu langsung tidak disedari. Dengan tebal muka, terpaksa dia masuk ke ruang dapur itu akhirnya. Tekaknya haus sangat.
Tanpa disengajakan, dia telah mengejutkan gadis itu. Tidak tentu arah si gadis tersebut. Bukan niatnya untuk bertindak sedemikian. Berdebar-debar jantung Dae Hyun tadi sewaktu gadis itu ralit menatapnya semasa dia meneguk air.
'Apakah pelik sangatkah kelakuannya tadi?' Disebabkan rasa bersalah cepat-cepat dia keluar dari zon peribadi gadis itu.
Waktu ini dirinya amat lapar sekali. Sudah beberapa kali perutnya berkeroncong minta diisi. Dia tergelak sendiri mengingat kembali saat tadi.
'Lucu juga gadis ni.' ujarnya dalam hati.
'Sempat lagi kau ketawa waktu begini Dae Hyun..' dia menggeleng kepalanya dan senyuman yang tadi hilang serta merta. Mungkin sebentar lagi si penyelamatnya itu akan meninggalnya di balai polis seperti yang dijanjikan malam tadi.
'Tidak!!!' Itu yang dirasainya sekarang. Sesungguhnya dia tidak rela bekerjasama dengan dengan pihak berkuasa.
Sepanjang tempoh dia ditahan di gudang lama itu, dia telah menyaksikan perlakuan sebenar para anggota polis. Mereka juga terlibat dalam komplot penculikannya itu. Mereka meninggalkan dia selepas penculik itu memberikan sejumlah wang.
Wang boleh mengelapkan mata sesiapa sahaja yang tamak akannya. Dan itu yang berlaku. Sememangnya dia tidak boleh mempercayai mana- mana pihak pun. Kecuali situasi sekarang ini.
Ketukan di pintu mematikan khayalannya. Pintu dibuka. Kelihatan si gadis bersama dulang yang berisi semangkuk bubur dan air kosong. Dae Hyun membetulkan posisinya di atas katil.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.