Bab 57 - Fareena melalui CCTV

206 4 2
                                    

"Dae Hyun, kenapa....."suara Fareena lemah tatkala melihat lelaki itu menghilang. Tanpa sedar, perlahan-lahan mata Fareena tertutup.

******************

Di asrama MeetsUp.

Dae Hyun berjaga sepanjang malam sehinggalah ke subuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dae Hyun berjaga sepanjang malam sehinggalah ke subuh. Adegan asmara malam tadi masih segar bermain dan berputar di benak fikiran Dae Hyun. Selepas dia memaksa Fareena 'bersama'nya, Dae Hyun memanggil grabcar menuju ke asrama kembali.

Ketika itu, jasad Fareena sedang lena tidur. Dia tidak ingin bersemuka lagi dengan Fareena buat masa terdekat ini dek perbuatan brutalnya malam tadi.

'Pasti Fareena cukup membencinya saat ini?'

Manakala, telefon bimbit, wallet dan passport milik Fareena turut dia rampas. Tujuannya, dia tidak ingin Fareena menghubungi bekas kekasihnya dan mencari jalan pulang ke Malaysia. Biarpun dianggap kejam oleh Fareena, dia sedia menanggung itu semua. Dibenci sekiranya oleh wanita kesayangan sendiri.

Dalam masa yang sama, di dalam hati bersarang suatu perasaan menyesal.

'Oh, ya Allah. Apa telah aku lakukan ni?' tidak diduga, air mata jantannya luruh jua.

Mahu dikatakan menyesal, tidak juga. Kerana marahnya masih berbaki.

"Eh, Dae Hyun. Kau tak tidur ke?" tegur Jaemin tiba-tiba. Air mata dikesat.

"Oh, Jaemin.. aku baru bangun." bohong Dae Hyun. Jaemin menggangguk.

"Mabuk kau tu sudah hilang ke? mahu aku buatkan sup untuk hilangkan mabuk?"

"Oh, tidak perlu, aku cuma perlukan tidur."

"Patutlah mata kau merah berair. Pergilah tidur. Nanti kami kejutkan bila nak bersiap." Dae Hyun menarik selimut dan berbaring di sofa panjang.
Dia cuba melelapkan mata, namun gagal.

'Susahnya untuk melupakan masalah ni.'

Dae Hyun bangkit semula, lalu bertanya kepada Jaemin. Yang mana Jaemin sedang membaca buku novel kesukaannya.

"Jaemin..?" Hairan lelaki sebayanya itu.

"Kenapa Dae Hyun?Tak dapat tidur?" soal Jaemin yang prihatin.

Dae Hyun menarik nafas dalam.

"Jaemin, kau kawan baik aku. Aku nak..nak tahu sesuatu." Jaemin tersengih. Lain macam peel Dae Hyun ni. Kerana Dae Hyun jarang meminta pendapat.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now