Bab 9 - Kerana Sakit Hati

161 1 6
                                    

"Kau jangan ingat boleh terlepas dari aku, Fareena!!" Khalid Ammar menumbuk bumbung keretanya.

Ucapan spontan dari mulut Fareena tadi menganggu konsantrasinya. Lalu pelbagai niat jahat menerjah masuk ke benak fikirannya.

Dengan itu tanpa berfikir panjang, terus dia memandu menuju ke rumah sewa. Malam ini, dia akan jadikan Fareena miliknya. Khalid Ammar nekad.

Apatah lagi sekarang Fareena sememangnya tinggal sendirian. Dengan alasan itu, Fareena tidak akan bisa lagi menolaknya kerana selepas ini tiada siapapun akan sanggup menerima maruahnya yang telah tercemar.

Jika tubuh Fareena tidak dapat dijamahnya malam ini, Khalid sudah mempunyai 'backup plan'. Sememangnya kali ini jeratnya mesti menjadi. Hatinya girang kerana yakin mangsanya makin hampir dalam genggamannya.

Khalid Ammar memberhentikan kereta di bahu seberang jalan. Dia tidak mahu disyaki apa-apa oleh Fareena mahupun jiran tetangga. Lampu kereta telah dipadam ketika dia mulai memasuki ke lorong rumah Fareena lagi.

Jam di tangannya menunjukkan sudah pukul 8.30 minit malam. Keadaan di kejiranan itu agak sepi. Hanya lampu jalan yang malap yang menerangi kegelapan di situ. Hati Khalid Ammar berbunga kerana keadaan seakan menyebelahinya. Sekejap lagi peluang yang ditunggu akan tiba.

Dengan langkah yang berhati-hati, Khalid Ammar menolak pintu pagar dan mengintai di sebalik pintu dan tingkap rumah Fareena. Lampu di tengah rumahnya, dan dia perhatikan lampu dua bilik dan dapur juga terpasang cerah.

Selalunya, tiap kali Khalid Ammar lalu di depan rumah Fareena, sentiasa bergelap. Lalu dia terus berlalu pergi, apatah lagi memikirkan kemungkinan Fareena telah masuk tidur awal.

Di sebalik pintu belakang dapur, Khalid Ammar menggamati sesuatu. Dia terdengar butir percakapan seseorang. Biarpun tidak berapa jelas, kadang-kadang diselangi dengan gelak tawa perlahan.

"Apa?!" Khalid Ammar mengetap giginya sehingga menampak rahangnya mengeras.

Dalam hatinya menyimpan rasa geram dan marah yang tidak terhingga. Kecewa bercampur marah pun ada. Sememang tidak syak lagi suara yang samar-samar tadi adalah suara lelaki.

Dia tidak menyangka sekali akan sikap Fareena Delisha. Ternyata sekarang Fareena telah pun menunjukkan warna dirinya yang sebenar.

Kini, Khalid Ammar boleh mempercayai sepenuhnya kata-kata Fareena kepadanya petang tadi.

Khalid Ammar kembali ke keretanya semula. Niatnya sekarang bertukar untuk memalukan Fareena kerana berani menghancurkan hatinya. Lalu mendail telefon bimbitnya.

"Hello"
"Saya ingin membuat aduan tentang..."

🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷

💌 AUTHOR'S NOTE : Please vote guys.. leave comment. Thank you so much.. 😘😘😘

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now