Bab 45 - Fareena dikejarkan ke hospital

373 2 2
                                        

Teriakan para peminat memeriahkan suasana di segenap ruang stadium. Ahli grup Kpop kesukaan ramai itu sudah siap sedia untuk beraksi menghiburkan para peminat.

"Bersedia ya semua. Dalam kiraan 5, 4, 3, 2, start!" suara juruteknik yang terlibat memberi arahan bersedia kepada masing-masing.

"Lets go.." persembahan bermula.

" persembahan bermula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

************

"Tolong..tolong..ada seseorang jatuh pengsan.." seorang gadis korea memanggil orang-orang yang disebelahnya untuk membantu.

"Cik..cik..kamu okay tak?" pertanyaan gadis korea itu kepada Fareena. Maria yang baru menyedari Fareena telah jatuh ke tanah terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Kak Fareena? Kak?! Kak?!" tubuh Fareena digoncang-goncang beberapa kali. Maria merangkul tubuh Fareena ke ribanya. Orang yang berada di sekeliling cuba memberi ruang, namun sukar untuk mendapat kerjasama pada waktu ini. Kerana persembahan di pentas sudah kembali rancak. Botol air di tangan Fareena terlepas. Maria sempat mengutipnya. Dan menghidu sesuatu bau yang pelik pada botol air itu.

 Dan menghidu sesuatu bau yang pelik pada botol air itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Jangan..jangan.." Maria terfikirkan sesuatu.

"Mana korang dapat air ni?, Kak Fareena minum air ni kot?" teka Maria. Botol air diberi kepada temannya yang lain untuk diuji.

"Cuba kau hidu bau dia.." salah seorang mengambil daripada tangan Maria. Lalu mencium.

"Tadi ada mamat korea tu bagi kat Aireen.." jawab salah seorang daripada mereka.

"Bak sini aku cek.." botol bertukar tangan.

"Aku rasa dalam ni diorang bubuh dadah.." mereka menatap satu sama lain.

"Betul tak kau ni?,agak-agak laa.." Aireen menafikan.

"Mamat korea tu dari tadi nak try kau., siap bagi air lagi.., ada niatlah tu.." bidas Maria balik.

"Boleh jadi ni.."

"Wait.. wait.. so, macam mana sekarang ni?"

"Kita kena segera bawa Kak Fareena ke hospital.."

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang