[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Suasana di gudang terbiar itu kalut sekali. Ini kerana tahanan mereka yang dijaga dengan penuh kesabaran telah berjaya melepaskan diri. Si pendek boroi menyepak beberapa kali belakang kereta buruk yang menyimpan tahanan mereka tadi.
'Harapkan pegar, pegar makan padi' Sakit hati pulak dia dengan si keding. Terbangun dia dari lena akibat perbuatan si boroi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Apa bising-bising ni?"
"Aku nak rehat laa sekejap." gumamnya sambil mengesat saki baki lelehan air liur di pipi.
"Tidur macam orang mati, kau sedar tak apa dah berlaku?"soal si pendek.
Temannya yang masih mamai menggosok-gosok mata sambil melilau ke kiri dan kanan.
"Haa..tu yang engkau..sekarang ni, apa kita nak jawap dengan bos!"ancam si pendek.
Si keding memeriksa dalam dan luar kereta. Dibiarkan bonet dan pintu kereta buruk tanpa enjin itu terbuka.
"Celaka!!!Mana apek tu cabut?!"sumpah si keding berbalas pertanyaan kepada si boroi.
"Dah-dah...kita berpecah cari, mesti tak jauh dari sini, lagipun di sini kawasan terpencil, dan mana ada orang lalu" ujar si pendek. Mereka bergegas keluar dari tempat persembunyian itu dan memulakan pencarian. Keadaan di luar begitu gelap.Mereka harus menemui tahanan mereka dengan segera. Jika tidak...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
**************** Di klinik rawatan,
"Aargh..." suara keras mengerang kesakitan dari ruangan bilik rawatan kedengaran. Mengejutkan Fareena. 'Apalah agaknya keadaan lelaki tadi?' membuat dia tertanya-tanya.
Dari tadi memang tiada langsung pesakit yang kelihatan. Oh mungkin sudah lewat malam agaknya.
"Cik, sila masuk sekejap" pelawa salah seorang staff klinik dari dalam bilik doktor. Fareena mengatur langkah dengan sopan dan duduk.
"Tadi saya diberitahu cik menemui pesakit di dalam kereta cik?" soal doktor lelaki berbangsa India. Fareena mengganguk.
"Sebenarnya, saya tak tahu macam mana dia boleh ada di dalam kereta saya." jelas Fareena.