Kesibukan di hospital pada waktu tengahari memang perkara biasa. Ditambah pula pada ketika ini adalah waktu melawat pesakit.
Cuaca sangat panas di luar. Pada petangnya pula, pasti akan berlaku hujan lebat diikuti dengan ribut petir.
Bidai ditingkap ditarik sedikit supaya menerangi ruang yang telah dihuni selama 5 hari itu. Kesan trauma daripada apa yang menimpa dirinya baru-baru ini sangat kritikal.
"Macam mana dengan keadaan Fareena sekarang, doktor?" pertanyaan yang sama diajukan Mya, sudah 5 hari sepupunya itu terlantar di katil hospital.
"Keadaan pesakit sudah melepasi tahap kritikalnya, mungkin bila-bila masa sahaja dia akan sedar dari komanya" Doktor lelaki yang dikatakan separuh abad itu menerangkan seperti itu kepada Mya.
"Oh, begitu..baiklah doktor, terima kasih untuk hari ini.." ujar Mya.
"Baiklah, sama-sama.." doktor meminta izin untuk beredar.
Mya menambah beberapa titisan aroma terapi di air diffuser. Supaya pengudaraan lebih segar dan harum. Selimut diperbetulkan kembali, biarpun pesakit masih tidak berganjak. Rambut Fareena di sisir semulajadi menggunakan tangannya
"Fareena, erm..kau apa khabar? ada rasa nak bangkit tak dari tidur?" si Mya sengaja berseloroh. Walaupun tiada respond daripada jasad yang terbujur itu.
"Sudah 5 hari kau tidur macam ni siang dan malam.. banyak benda yang kau terlepas..hmm" rungutan Mya bersahaja. Dia seakan menyesali apa yang telah berlaku beberapa hari lepas. Salah satunya mengubah status diri sepupunya.
Beberapa hari lepas, Fareena dijumpai oleh para penyelamat, dengan kerjasama polis tempatan dan polis antarabangsa. Mereka yang pada mulanya datang memerangi para penjahat. Insiden ini berikutan laporan yang diterima bahawa Fareena telah dijadikan tebusan.
Fareena didapati tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Pakaiannya pula berlumuran darah. Tapi tidak dapat Mya pastikan siapakah empunya darah itu. Yang mana ketika itu telah berlaku satu letupan yang kuat di gudang-gudang berhampiran pelabuhan itu.
Kehilangan Dae Hyun juga masih menjadi satu misteri di benak Mya saat ini. Adakah Dae Hyun telah selamat kembali ke negaranya atau pun sesuatu yang berlaku kepada Dae Hyun?
************
Malam beransur gelap. Mya masih lagi setia menemani Fareena. Dalam pada itu, Fareena cuba membuka matanya.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Любовные романы[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...