[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pelabuhan Busan yang terletak sebelah utara negara korea selatan. Pemanduannya mengambil masa 5 jam 20 minit dari kota Seoul. Waktu sekarang menunjukkan jam 2.45 minit petang. Hari ini, adalah hari Sabtu, suasana pelabuhan tidak berapa sibuk. Dae Hyun mencari tahu lokasi yang telah diberi kepadanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia memberhentikan kereta Range Rover putih di sisi penghadang jalan kerana dihalang oleh penutup jalan. Di situ tertulis mengatakan hanya kakitangan yang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan itu. Dia keluar dari kereta dan melangkah melepasi lintasan tape di papan tanda.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Matanya melilau mencari kelibat manusia yang memintanya datang ke sini. Gaya pemakaiannya seringkas mungkin. Berjeans biru gelap, tshirt putih dan berjaket hitam tebal. Ini kerana panggilan telefon tidak terduga dari orang yang telah lama berdendamnya.
Hari ini, seboleh-bolehnya dia ingin menamatkan segala kemelut permusuhan antara mereka.
Dae Hyun, atau nama sebenarnya Cha Dae Hyun merupakan Idol K-pop yang sudah mempunyai nama besar di Korea Selatan. Menggunakan nama komersial Daniel Cha sebagai penyanyi band MeetsUp.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.