Bab 40 - Temukan dia untukku.

112 4 0
                                    

Kembali di musim luruh, sebulan selepas Dae Hyun keluar hospital.

Selepas beberapa minggu Dae Hyun pulang ke rumah agam orang tuanya.

Kadang-kala, ahli-ahli bandnya akan datang menjenguk keadaan Dae Hyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadang-kala, ahli-ahli bandnya akan datang menjenguk keadaan Dae Hyun. Mengisi waktu terluang Dae Hyun sebelum dia masuk ke studio rakaman dan menjalani latihan untuk konsert mereka nanti.

"Dae Hyun, kamu sudah semakin sihat, kan?" Jaemin datang dengan dua tin bir di tangannya.

Satu dihulurkan kepada Dae Hyun. Dae Hyun menyambut, tapi meletakkannnya semula di birai balkoni.

"Terima kasih, Jaemin.." ucap Dae Hyun.

"Kamu sudah berhenti minum?" soal Jaemin.

"Oh, kemudian sahaja saya minum.." balas Dae Hyun kembali.

Dae Hyun masih belum bersedia memberitahu Jaemin yang dirinya kini telah memeluk Islam. Tunggu waktu yang sesuai nanti dia akan menerangkan status dirinya juga.

"Memandangkan sudah beberapa bulan kamu berada di Malaysia.. mesti banyak pengalaman yang kamu telah dapat, kan?" seloroh Jaemin.

Jejaka kacak itu yang sebaya dengan Dae Hyun. Dia merupakan salah satu ahli yang mempunyai ramai peminat di kalangan fangirl.

"Hurm.. tidak tahu dari mana saya boleh ceritakan, sememangnya ada hikmah saya diculik dan di bawa ke sana, ianya membawa banyak momen yang tidak terjangka dan sesuatu yang saya dapat di sana tapi saya juga kehilangannya.." Dae Hyun memejam mata, membayangkan 'kehilangannya' itu.

"Apa maksud kamu Dae Hyun?" Jaemin merasa kelainan dengan sikap Dae Hyun itu. Dae Hyun tidak menjawap pertanyaan Jaemin.

"Hurm..tidak mengapalah.. yang penting sekarang kamu sudah kembali kan, tiada apa yang sehebat ini, dapat kembali ke tanah air, selepas bergelut dengan macam-macam cabaran." kata-kata semangat Jaemin menenangkan Dae Hyun.

"Pihak media bersungguh-sungguh mencari tahu perihal kehilangan kamu pada masa itu, tapi nasib baik pembantu Seo dapat menanganinya.." cerita Jaemin lagi.

"Oh, begitu..kamu semua mesti sangat risau.." bahu Jaemin disapa Dae Hyun. Menghargai nilai persahabatan di antara mereka.

"Iya.. Kami yang tak sabar mahu mulakan projek terbaru kita ni, jika kamu tak pulang-pulang.. terpaksalah kami mencari ahli yang baru tau.." kata Jaemin sehingga mereka ketawa bersama-sama.

Dalam menghabiskan waktu yang terluang, Jaemin menceritakan dengan ringkas tugasan apa yang bakal mereka siapkan. Projek Mega yang akan menaikkan lagi  populariti

**********

Selama berada di mansion mewah ibu bapanya, Dae Hyun tidak dapat mencari ketenangan di jiwanya.

Tambahan pula, rumah besar yang sunyi sepi itu hanya ada dirinya. Orang tuanya pula cuma berada di rumah itu tatkala malam tiba.

Kadang-kadang mereka tidak pulang langsung. Menambahkan lagi kesunyian di hati Dae Hyun. Yang menemaninya saat itu adalah kenangannya tentang Fareena.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now