Bab 48 - Jika Ini Yang Kamu Inginkan

154 4 7
                                    

Dae Hyun hanya merenung melihat betapa lenanya Fareena tidur di hadapannya. Tadi, Malik telah memaklumkan yang Fareena telah sedarkan diri. Mungkin masih dalam keadaan trauma dan terkesan dengan pengaruh dadah, Fareena begitu nyenyak beradu. Masa inilah, Dae Hyun terasa ajaibnya rahmat Tuhan berikan kepada dia. Dalam penuh pengharapan, akhirnya Fareena muncul di depannya.

"Hurm.." renggekan manja Fareena sesekali berbunyi tanpa tuan badannya sedar. Muka Fareena sedikit berkerut. 'Comel betul'. Getus suara hati Dae Hyun.

Sememangnya dari malam tadi kedudukan Dae Hyun di kerusi tidak berubah. Jari jemari mulus Fareena digenggam erat. Diramasnya beberapa kali. Kadang-kadang dicium juga. Rindu sangat Dae Hyun akan susuk Fareena itu. Ini kerana pertemuan mereka di hotel tempoh hari belum cukup mengubat rindu yang beberapa bulan mereka terpisah.

Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 pagi. Dae Hyun masih belum menunaikan solat Isyak. Usai mengambil wuduk di bilik air. Kebetulan ruang besar dan selesa di wad sakit itu membuat Dae Hyun senang untuk menunaikan kewajipannya itu di tepi tingkap. Banyak doa yang dipanjatkan kepada Illahi. Berharap agar segala yang kusut di mindanya bisa dapat menemui penyelesaian.

Setelah setengah jam, matanya terasa sangat mengantuk, Dae Hyun cuba menahan kelopak matanya yang berat. Makin ditahan, makin kerap dia menguap. Akhirnya, tanpa Dae Hyun sedar, tubuhnya telah pun rebah di sofa empuk yang selesa. Kepenatannya tubuhnya amat terasa.

************

Pertemuan sulit antara pembantu Seo dan Tuan Cha diadakan di sebuah restoran jepun mewah. Orang-orang pengiring ahli kenamaan itu tegak berdiri di luar ruangan makan. Awal-awal lagi pembantu Seo sudah dapat menggagak yang Tuan Cha pasti akan mencarinya.

Tidak lain tidak bukan, pasti ingin membicarakan perihal Dae Hyun. Tuan Cha sendiri ibarat bayang-bayang Dae Hyun. Ingin tahu gerak-geri langkah anak tunggalnya itu.

"Kamu tahu kenapa dipanggil ke sini?" bicara Tuan Cha kedengaran keras nadanya. Makanan yang terhidang di depan di kuis-kuis tanpa menyuap ke mulut. Riak wajah lelaki separuh abad itu sangat serius.

"Saya tahu, tuan." jawap pembantu Seo dengan tenang.

"Saya fikir hal mengenai Dae Hyun sudah selesai, tiba-tiba begini pula jadinya." Tuan Cha bersuara.

"Saya akan cuba berbincang baik-baik dengan Dae Hyun." jawap pembantu Seo dengan tenang.

"Singkirkan wanita itu dari hidup Dae Hyun cepat." saran Tuan Cha disusuli anggukan daripada pembantu Seo.

Meskipun, di hati pembantu Seo resah mencari kekuatan supaya dapat memujuk Dae Hyun nanti.

************

Di hospital @ 5.45 a.m,

Dalam kemalapan ruang bilik wad itu, Fareena tersedar. Matanya tertumpu pada sofa. Seolah satu jasad seseorang yang berbaring di sana. Langkah perlahan diambil, dan menghampiri ke sisi sofa tersebut.

"Ohh..Dae Hyun!!" nama itu terpacul dari mulutnya. Sedang lena tidur. Rindunya dia pada lelaki itu.

Lama Fareena berdiri sambil menatap diri Dae Hyun di hadapannya. Seribu pertanyaan di benak Fareena.

Bagaimana bintang kpop terkenal yang menjadi kegilaan para gadis ini berada di sini? Macam mana dia tahu dirinya di sini? Mungkin dengan kuasa media sosial sekarang, segalanya cepat terjawap.

Dek simpati melihat tubuh Dae Hyun meringkuk kesejukan, Fareena mengambil selimut di katil lalu membalut tubuh Dae Hyun dengan berhati-hati. Tidak terduga, akibat perlakuan itu, tiba-tiba Dae Hyun terjaga.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now