Bab 7 - Dibuai Perasaan Masing-Masing

737 2 3
                                        

"Agaknya dah lapar si apek tu kot..." Fareena meneka. Berkemungkinan Dae Hyun belum makan apa-apa lagi sejak semalam.

"Dia tu ahli geng kongsi gelap ke apa?!" tanya Fareena kepada diri sendiri. Di tangannya sedang menyenduk bubur nasi yang tengah berasap.

Lagak Dae Hyun itu macam orang kena belasah. Kalau disebabkan oleh kemalangan, macam mana boleh terluka seperti dihiris pisau di bahagian perutnya.

Dan entah bila masa pula dia berhenti kereta di tengah-tengah perjalanan pulang dari tempat kerjanya, sampaikan ada orang sempat menyorok di dalam keretanya. Setahu Fareena, tiada sebarang kejadian pun berlaku sewaktu dalam perjalanan pulangnya itu.

'Oh ya.. dia ada singgah di gudang yang mahu dirobohkan itu semalam untuk mencari dompetnya yang hilang. Berkemungkinan besar di situlah Dae Hyun masuk ke dalam keretanya. Lantas dia teringat bahawa dia ada ke gudang usang semalam untuk mencari dompetnya yang tercicir.

Namanya pula dibagitahu adalah Dae Hyun. Berbangsa cina agaknya ataupun keturunan siam. Ah lantaklah! Fareena belum dengar dikalangan manusia yang dikenalinya bernama seperti itu. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Kalau diikutkan hatinya, mahu terus dia bertanya sebab-sebab yang terjadi kepada Dae Hyun si tinggi lampai itu.

'Mengapa mereka membelasahnya sedemikian rupa?' Sampai hampir nak terburai perut. Itu nasib baik tertusuk macam itu. Jika tidak macam-macam hal lagi bakal terjadi. Dulang telah pun diangkat dan menuju ke biliknya.

**** Fareena keluar setelah habis menyuap Dae Hyun makan.

45 minit berlalu, Fareena keluar semula menuju ke dapur. Dia masih tidak menyangka 'arus elektrik' yang dirasainya sebentar tadi. Seram sejuk dia tatkala ini. Dia yang cuba cekalkan hatinya sekuat mungkin semasa menyuapkan bubur ke mulut Dae Hyun tadi. Entah mengapa Fareena terasa Dae Hyun asyik menjeling kepadanya tadi.

Jejaka yang awalnya disangkakan lelaki berbangsa cina itu rupa-rupanya berasal dari negara korea selatan. Negara yang terkenal dengan ginseng merah. Dia kurang familiar dengan latar belakang negara tersebut.

Yang dia tahu ada beberapa drama dan filem pernah dia tontoni. Itu pun semasa dia masih di bangku sekolah menengah dan menonton bersama dengan Mya, sepupunya.

Minat sangat si Mya dengan selebriti dari sana. Semua nama selebritinya dihafal. Pelakon dan penyanyi tempatan Malaysia langsung tidak dilayannya.

Kalau diketahui oleh Mya bahawa dia menyimpan si oppa di rumahnya, mahu kecoh satu pekan dek kebecokan mulut Si Mya. Lebih-lebih lagi mamat jambu dari korea macam Dae Hyun. Lebih baik dia duduk diam sahaja seperti sekarang.

Fareena mengingat kepada dirinya sendiri. Dae Hyun memberitahu yang dirinya telah diculik dan dibawa ke Malaysia.

Oh patutlah, sememeh macam itu sekali penampilan Dae Hyun masa pertama kali dijumpainya di dalam kereta. Sekarang plot cerita yang bermain di kotak kepalanya tersingkap.

Tiada sebarang dokumen diri dijumpai Fareena mengenai Dae Hyun. Atas sebab apakah penjahat menculiknya?

'Ini mesti kes-kes rebut kuasa laa ni. Macam kat dalam filem diorang tu..'

'Tidak pun, kes balas dendam.. ish.. ish.. macam-macamlah zaman sekarang.. Biasalah tu, konco kongsi gelap dan gangster..' ngomel Fareena seorang.

Sudah lapuk sangat kisah seperti itu. Lupa pula Fareena mahu bertanya tadi pada Dae Hyun. Kalau tak, tidak adalah dia berkelakuan seperti sekarang.

Fareena membuka TV, bosan dek tiada agenda untuknya pada petang ini, selalunya pada cuti sabtu begini, memang dia lebih suka melepak di rumah. Berbekal saluran tv percuma sahaja yang menghiburkannya selama ini.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang