Bab 47- Aku suami Fareena

155 5 1
                                    

Selepas konsert berakhir, mereka dikejutkan dengan lawatan mendadak En. Kim, iaitu selaku ketua pengurusan eksekutif di syarikat mereka bernaung.

"Di mana Dae Hyun berada?" ketua pengurusan syarikat hiburan tiba-tiba menerjah masuk ke bilik persediaan grup MeetsUp

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Di mana Dae Hyun berada?" ketua pengurusan syarikat hiburan tiba-tiba menerjah masuk ke bilik persediaan grup MeetsUp. Sedikit mengejutkan lima orang ahli kpop idol itu. Namun, di dalam hati mereka tertanya-tanya tujuan En. Kim meluru masuk seperti itu. Biasanya dia jarang mengambil tahu keadaan mereka berenam.

Jika tiada situasi yang menguntungkan dia. Jauh api dari panggang, En. Kim tidak ambil pusing langsung akan kebajikan mereka. Berbeza pula dengan pembantu Seo. Segala perihal mereka diuruskan oleh pembantu Seo. Walhal pembantu Seo cuma makan gaji.

Mereka menunduk kepala tanda hormat kepada En.Kim. Pembantu Seo mengiringnya di belakang.

"Oh, Dae Hyun baru sahaja keluar. Dia ada hal yang mustahak." Bobby menjawab.

"En.Kim, lebih baik kita bincangkan sahaja perkara tersebut pada esok. Sekarang sudah lewat. Biarkan budak-budak ini semua balik berehat dahulu." ucap pembantu Seo kepada En. Kim dalam nada memujuk. Muka masing-masing jelas terpancar keletihan.

"Baiklah, kalau begitu. Kita akan berbincang pada esok hari. Bersedia ya semua." Selepas.En. Kim beredar, masing-masing kebingungan. Memikirkan gerangan apakah yang ingin dikatakan En. Kim tadi

"Apakah kerana ucapan Dae Hyun di pentas tadi." teka ZhouMi.

"Hurm.. mengarutlah kamu semua. Ucapan Dae Hyun itu tadi kan untuk semua. Ucapan itu khas untul para peminat MeetsUp." Jaemin cuba menafikan tuduhan ZhouMi tadi.

"Kita semua macam tak tahu, Dae Hyun mungkin tujukan ucapan tadi buat bakal tunangnya. Katrina Kang. Bukankah mereka akan berkahwin nanti." Bobby mula membuat sangkaannya sendiri.

"Dae Hyun tidak pernah bilang dia sukakan Katrina. Cuba tengok tu." Donghae mengerling beberapa hadiah dan barang pemberian Katrina untuk Dae Hyun. Ianya merupakan jambangan bunga dan beberapa kotak coklat mewah. Dihadiahkan sempena kejayaan Dae Hyun dan grup MeetsUp yang telah berjaya melangsungkan konsert mereka.

"Dia langsung tidak usik pemberian Katrina tu..Sayang betul.." ujar Donghae.

***************

Mengatur langkah dengan berhati-hati, Dae Hyun tiba di hospital, seperti malam sebelumnya. Dia menyelinap masuk perlahan tanpa bunyi hentakan kasut. Lorong menuju ke wad Fareena yang baru ini agak sepi. Ianya merupakan bahagian untuk kelas VIP. Dekorasi ruang cukup gah jika dilihat.

 Dekorasi ruang cukup gah jika dilihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now