Telefon di syarikat hiburan terkemuka di Seoul tidak henti-henti berdering dek buruan para wartawan yang dahagakan maklumat untuk tabloid mereka. Pembantu Soe cuba menenangkan staff yang ada.
Berita kehilangan seorang ahli band k-pop di bawahan naungan syarikat itu telah menjadi tular.
Dia juga terpaksa mencipta pelbagai alasan setiap kali ahli band MeetsUp lain bertanya. Alasannya adalah mengatakan Daniel Cha sedang bercuti untuk tenangkan minda. Ini kerana, beberapa bulan lagi mereka akan sibuk dengan jadual yang padat. Apatah lagi ditambah dengan rakaman lagu baru dan juga konsert yang bakal berlangsung.
Akhirnya, misteri kehilangan Daniel Cha telah terjawap. Banyak usaha yang dilakukannya beberapa minggu ini. Pembantu Soe juga sangat berterima kasih kepada ibu bapa Daniel Cha yang sanggup menggunakan pengaruh besar mereka dalam mengrungkai kehilangan anak tunggal mereka.
Bahkan, tidak lama lagi dalang penjahat di balik kekusutan ini akan tertangkap. Nekad pembantu Soe didalam hati.
"Hyung..betul kah apa yang kami dengar, bahawa Dae Hyun telah diculik." soal Bobby, ahli paling muda.
"Harap kamu semua bertenang, ianya bukan yang di gembar gemburkan. Media sengaja ingin mencari titik lemah pada waktu ini. Tidak ada apa yang berlaku pada Dae Hyun." Pembantu Soe cuba menjernihkan keadaan.
Jawapan yang diberi tidak memuaskan hati ahli-ahli yang lain juga.Sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu Daniel Cha.
Sememangnya, mereka dimaklumkan bahawa Daniel Cha ingin ke luar negara untuk melancong. Akan tetapi, berita yang telah sampai ke pengetahuan mereka membawa maksud yang lain.
"Bagaimana jika apa-apa berlaku kepada Dae Hyun?" Bobby makin memanaskan pertanyaan.
Ahli-ahli lain, saling berpandangan.
Di bilik latihan itu diisi dengan tangisan Bobby. Sayang betul di kepada seniornya itu.
"Saya pasti Dae Hyun di tempat yang selamat.." pujuk pembantu Soe.
"Saya harap kerjasama kamu semua, kita mesti dapat harungi ini semua. Dae Hyun pasti akan kembali kepada kita semula. Percayalah!!" kata kata semangat pembantu Soe meredakan sikit keadaan.
"Betul tu, sama sama kita doakan supaya Dae Hyun selamat."
Apabila melihat awan ceria di antara mereka semua, hatinya lega. Telefon bimbitnya didail mencari contact kenalan.
**************
Di pantai..
Dae Hyun dan Fareena telah pun sampai. Setelah 20 minit memandu, tidak ramai manusia di situ. cuaca pula redup dan berangin. Mereka berdua berpimpinan tangan menyusuri kaki pantai.
"I am so sorry, dear.." terpacul ucapan maaf di mulut Dae Hyun
"Why?" Fareena menyoal.
"I should take you to special places, not here..like this" perlahan suara Dae Hyun.
"Oh..it is okay, Dae Hyun. I am happy as long be with you.." dirangkulnya erat lengan si suami.
Hari ini, ternyata begitu kacak penampilan Dae Hyun. berkasut Converse dan berjaket kulit. Miliknya yang dipakai pertama kali mereka bertemu. Ternyata, Fareena telah mencuci sebelum ini. Semakin terpaut rasa cinta di hati Fareena.
Mereka mengisi perut di gerai yang ada di sepanjang pantai. Dae Hyun mencuba beberapa hidangan tempatan. Ternyata menjadi kesukaannya juga. Tidak habis habis dia memuji makanan yang yang terhidang di depan mereka. Antaranya, keropok lekor goreng, udang serta sotong celup tepung dan juga rojak buah. Ditambah pula diminum bersama air kepala muda. Sempat lagi dia berpesan supaya membawanya datang ke gerai itu lagi.
Kehadiran Dae Hyun agak menarik perhatian pengunjung di situ. Mungkin mereka kagum akan keindahan fizikal milik Dae Hyun yang persis selebriti. Sedikit membuat Fareena tidak selesa.
Dae Hyun perasaan perubahan riak wajah Fareena. Tanpa berlengah, cepat-cepat dia menarik tangan isterinya supaya beredar dari situ.
"Who is that guy?" tidak ada angin dan ribut. Fareena terkejut.
"What do you mean?" langkah mereka berdua terhenti.
"I saw you and.."
"Khalid Ammar.. " masing masing terdiam.
Peristiwa dua hari lepas muncul di benak Fareena.
"My ex.."
"What happen to you both?" soal Dae Hyun lagi.
"Do you love him?"
"That is old story.. hmm.. already move on" malas untuk Fareena mengungkit kembali cerita antara dia dan Khalid Ammar. Biarlah semuanya padam menjadi lipatan sejarah.
Dae Hyun sengaja serkap jarang Fareena. Sebenarnya Mya sendiri pernah bercerita kepadanya kisah hidup Fareena. Bagaimana pengakhiran kisah cinta antara Fareena dan Khalid Ammar. Dari situ juga, membangkitkan perasaan cintanya terhadap Fareena.
Ditokok tambah juga dengan cerita makcik salmah itu. Ternyata Khalid Ammar masih lagi menyibuk dengan kehidupan Fareena. Itu yang membuatnya terdetik untuk tujukan lagu tempoh hari kepada Fareena. Agar Fareena mengerti apa yang dia rasa.
"I will make you happy, Fareena.. but how?.. Can you just tell me, what should I do for you?" bersungguh sungguh kata-kata Dae Hyun sambil meramas erat tangan Fareena. Diikuti kucupan mesra Fareena ke tangan Dae Hyun. Air mata menitis di mata mereka.
"Can you take me far away." ucapnya Fareena disambut senyuman manis dibibir Dae Hyun.
"Of course..I will take you to all around the world. We never apart.. I'm promise." Mereka sama sama mengikat janji.
"Are you jelouse, I'm right?" tanya Fareena Dae Hyun lalu dia mengganguk.
Didukungnya Fareena secara bridal style dek kenakalan isterinya yang mengusiknya ke persisir pantai. Riuh ketawa mereka berdua.
💌 AUTHOR'S NOTE : Amacam guys? adui.. please komen and vote guys. Sabarr... sendu lagi ke chapter ni?.. relax.. bagi tenang dulu. Anyway, thanks a lot kepada readers yang sanggup melayan sampai ke chapter ni.. Continue to next chapter.. 😘😘😘
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Любовные романы[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...