Bab 31- Penghantaran makanan terakhir

162 3 0
                                        

Sementara tidak jauh dari rumah Fareena. Dua buah kereta telah tiba dan keluarlah beberapa orang lelaki. Mereka bergegas keluar menuju ke rumah sewa Fareena. Dalam kegelapan malam, tiada sesiapa akan menyedari kehadiran mereka yang datang untuk membuat onar.

**************

Jam sudah pukul 11.00 malam, Fareena masih menatap kiriman pesanan WhatsApp diterimanya daripada Mya.

WhatsApp @ 9.30 p.m.

HAI FAREENA, KAU DATANG TAK MALAM NI..RUGI TAU..HUSBAND KAU DATANG NI, HANDSOME BETUL DIA TADI.. KALAU KAU LAPAR, DATANG LAH KE SINI YE..😘

Sengaja si Mya ingin mengeruhkan lagi keadaan. Padahal tengahari tadi, Mya baru mendapat tahu akan khabar penceraian antara dia dan Dae Hyun. Katanya, pembantu Seo sendiri yang datang memaklumkan perihal itu kepada Pak Abu dan Hadi.

Hadi pula memang tidak boleh simpan rahsia langsung. Alasannya supaya, Mya sentiasa bersedia berada di sisi Fareena jikalau sepupunya itu dalam kesedihan.

Tidak lama kemudian, pintu rumah sewa Fareena diketuk oleh seseorang.

TOKK..TOKK..

"Fareena, Fareena..." Kedengaran namanya dipanggil berulang kali.

"Fareena, awak ada di dalam?" suara yang sangat dia kenali. Dae Hyun!!!

Untuk apa dia ke sini? Tidakkah dia marah akan peristiwa malam tadi. Dengan teragak-agak, pintu utama dibuka. Terpacul muka Dae Hyun di depan pintu. Lampu di luar rumah tidak dibuka. Gelap.

"Assalamualaikum

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Assalamualaikum.." Dae Hyun memberi salam.

"Waalaikumussalam.. hurm.. ke.. kenapa kamu di sini?" Pertanyaan hairan daripada Fareena akan kehadiran suaminya itu.

" Oh..ya, maafkan saya kerana mengganggu.." Dae Hyun menelan air liur. Agak kekok untuk dia berbicara saat ini. Lama dia berdiam. Di tangannya ada beberapa bungkusan yang berisi makanan. Sempat Fareena menjeling.

"Nah..di sini ada sedikit makanan yang isteri Pak Abu bekalkan.." Dae Hyun menghulur bungkusan makanan itu.

"Dan..ini mungkin ini food delivery order yang terakhir saya untuk awak." Tambah Dae Hyun lagi. Mata Fareena tidak menatap wajahnya langsung.

 Mata Fareena tidak menatap wajahnya langsung

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang